Saturday 31 December 2011

Ambang 2012 di Bandaraya Ipoh meriah





LIMPAHAN cahaya bunga api menerangi bandar raya Ipoh malam tadi ketika sambutan ambang tahun baru 2012 di sekitar Bandaraya Ipoh.

Ramli Sarip membuat persembahan
Orang ramai mengambil peluang meraikan malam ambang tahun baru dengan menyaksikan pertunjukan bunga api dan persembahan artis tempatan di Perkarangan Stadium Indera Mulia Ipoh.
 

Antara artis yang membuat persembahan ialah AC Mizal sebagai pengacara, Ramli Sarip dan Adam AF. Persembahan itu diserikan lagi dengan persembahan kebudayaan Cina, tarian bangra dan paluan kompang serta rebana.
 

YAB Dato' Seri Zambry Abdul Kadir Menteri Besar Perak turut hadir. Turut hadir exco pelancongan YB Dato Hamidah Osman.
credit to : Sungai Rapat Online

Filem : : Papa I Love You


Filem Papa I Love You turut dibintangi pelakon cilik, Mia Sara Nasuha sebagai Mia. Filem Papa I Love You mengangkat kisah kasih sayang dan dilema yang dihadapi bapa tunggal, Bahar lakonan Zalif terhadap anaknya, Mia selepas kematian isteri manakala Lisa melakonkan Elly.

Selepas kehilangan isteri tercinta, Bahar terpaksa berusaha hidup berdikari. Dia yang sebelum ini sibuk dengan pelajaran dan pengalaman bekerja yang berdepan banyak masalah, membuatkan dia tidak mempunyai keyakinan diri untuk membina hidup baru.

Namun, atas semangat, dorongan dan kasih sayang terhadap anaknya, Bahar nekad untuk berubah. Apakah Bahar akan berjaya melakukannya? Perkenalan dengan Elly juga banyak membantu Bahar menguruskan Mia yang rindukan kasih sayang seorang ibu.

Di sisi lain pula, Elly yang tiada hubungan baik dengan bapanya cukup kagum melihat kasih sayang terjalin antara Bahar dan Mia. Apakah Elly juga mampu memaafkan dan menerima bapanya semula? Papa I Love You mengungkap kasih seorang bapa.




Butiran Filem Papa I Love You

FILEM: Papa I Love You

TERBITAN: MIG Production Sdn Bhd

PENERBIT: David Teo

PENGARAH: Hashim Rejab

PENOLONG PENGARAH 1: Fauziah Muhammad

PENOLONG PENGARAH 2: Fairoz Admi

PENGARAH FOTOGRAFI: Mohd Shahreel Abu Bakar

PENGARAH SENI: Hanizar Ithnin

THE MAKING OF: Mokd Ikhram Izzazuddin Zainuddin

STILL PHOTO: Mohd Suhairi Mat Johor

KOORDINATOR PRODUKSI: Azahari Abdul Hamid

KOORDINATOR: Veronica Khoo

PENOLONG KOORDINATOR: Norsyariman Zainal Abidin

SOLEKAN: Azman Shafie

GRIP: Zainal Md Nayan

PELAKON: Lisa Surihani (Elly), Zalif Sidek (Bahar), Mia Nasuha (Mia), Zaidi Omar (Datuk Kudin

Friday 23 December 2011

Filem : : Suatu Malam Kubur Berasap


 Bertempat di 'Kampung Angan Tak Sudah', filem 'Suatu Malam Kubur Berasap' ini mengisahkan cerita tentang tiga sahabat kampung iaitu Atan, Bun, Pet dan seorang sahabat dari bandar yang baru dikenali iaitu Mie.

Atan (Angah Raja Lawak) seorang yang lurus bendul, rajin, ringan tulang dan bekerja sebagai penggali kubur. Bun (Along Raja Lawak) seorang kutu rayau yang gemar merempit dengan motor kapcainya. Hampir setiap malam beliau akan mengacau gadis-gadis kilang yang baru pulang dari bekerja. Pet (Azrul Raja Lawak) merupakan pemandu lori ayam yang sering bekerja lewat malam. Beliau mempunyai suara yang sengau, suka berlagak dan bercakap besar terutamanya melibatkan perkara mistik dan hantu. Ketiga-tiga mereka sering diganggu oleh Jerdil dan Tocai, Geng Beduk, samseng kampung.

Mie (Zac Diamond) seorang lelaki yang kacak dan segak dari Kuala Lumpur, mula rapat dengan ketiga-tiga sahabat ini selepas kereta beliau rosak di kampung. Beliau mempunyai tunang bernama Lola. Sejak kedatangan Mie, pelbagai peristiwa pelik dan menakutkan berlaku. Mereka juga berkenalan dengan seorang gadis bernama Siti yang menjemput mereka ke kenduri rumahnya. Atan tertarik dengan keayuan Siti dan mula mahu mengenalinya. Mereka berempat ini juga sering diganggu oleh Hantu Cempaka. Dari mana datangnya Hantu Cempaka? Mengapa Hantu Cempaka hanya menganggu mereka? Apakah yang sebenarnya telah berlaku di Kampung Angan Tak Sudah?

Filem ini akan 'berasap' di pawagam pada 22 Disember 2011.BACA SINI ....



Perak FA 2012 Senior Squad



 
The Management

Manager : Khairul Azwan Harun
Assistant Manager I : Haji Johar Joharuddin
Assistant Manager II : Ahmad Shahrul Azhar Sofian
The Coaches & Backroom Staff

Head Coach : Norizan Bakar
Assistant Coach : Chong Yee Fatt
Goalkeeping Coach : Abdul Talib Saidi
Physiotherapist : Zainuddin Zakariar
Physical Trainer : Nor Ikhmar Madarsa
General Assistant : Mohd Shukor Omar Ali
 
The Players

Jersey No 1 : Khairul Amri Salehuddin
Jersey No 2 : Chan Wing Hoong
Jersey No 3 : Mohd Khairi Zainudin
Jersey No 5 : Muhd Shahrom Abdul Kalam
Jersey No 6 : Mohd Syazwan Mohd Roslan
Jersey No 7 : Fahrul Razi Kamaruddin
Jersey No 8 : Shahrulnizam Mustapa (Team Captain)
Jersey No 9 : Lazar Popovic
Jersey No 10 : Mohd Nazri Mohd Kamal
Jersey No 11 : Badrul Azam Mohd Zamri
Jersey No 12 : Mohd Failee Mohd Ghazli
Jersey No 13 : Wan Hossen Wan Abdul Ghani
Jersey No 14 : Akmal Rizal Ahmad Rakhli
Jersey No 15 : Mohd Khalis Ibrahim
Jersey No 16 : Mohd Fazrul Hazli Kadri
Jersey No 17 : K Nantha Kumar
Jersey No 18 : Mohd Syafiq Jamal
Jersey No 19 : Mohd Noor Hazrul Mustafa
Jersey No 20 : Mohd Rafiuddin Roddin
Jersey No 21 : Kamarul Effandi Abdul Rahim
Jersey No 22 : Isma Alif Mohd Salim
Jersey No 23 : Mohd Nasril Nourdin
Jersey No 24 : Mohd Hisyamudin Shaari
Jersey No 25 : Michal Kubala

Thursday 22 December 2011

Penyakit ASMA

Penyakit asma adalah penyakit yang sangat sinonim di negara kita. Ia berlaku pada pelbagai lapisan masyarakat. Dari yang sekecil-sekecil budak sehingga setua-setua manusia. Penyakit asma merupakan keradangan di bahagian saluran pernafasan yang menyebabkan berlakunya pengecutan saluran pernafasan. Walaubagaimanapun ia tidak bersifat kekal kerana ia boleh dikembalikan kepada asal atau nama lainnya ‘reversible’.
Simptom-simptom
  1. Seringkali pesakit akan mengalami sesak nafas dan selalunya ia berlaku disebabkan rangsangan luar. Sekiranya ia berlaku kepada bayi, anda akan lihat pernafasannya menjadi pantas.
  2. Sesak nafas juga sering disusuli dengan sejenis bunyi yang digelar ‘wheezing’. Ia merupakan bunyi seperti wisel yang berada di anak tekak dan selalunya berlaku apabila mereka menghembuskan nafas berbanding menarik nafas.
  3. Pada waktu malam, mereka akan sering batuk-batuk. Cuaca yang sejuk merangsang batuk tersebut. Batuk tersebut digambarkan batuk yang berkahak.
  4. Kadang-kadang mereka juga akan mengadu sakit dada akibat kesukaran untuk bernafas.

Bagaimana serangan asma boleh berlaku? Apakah punca-puncanya?
Serangan asma selalunya berlaku disebabkan rangsangan. Sama ada rangsangan dari luar mahupun dalam.
  1. Rangsangan alergen. Contoh-contohnya adalah seperti habuk, lipas, debu tungau dan sebagainya. Anda perlu lihat di kawasan rumah anda sama ada mempunyai karpet yang berdebu atau tingkap anda sering terbuka yang menyebabkan debu-debu luar sering masuk ke dalam rumah.
  2. Bulu binatang peliharaan. Rata-rata ramai yang memelihara kucing di mana bulu binatang-binatang ini sering merangsang serangan asma. Sekiranya keluarga anda mempunyai sejarah alergi, anda tidak digalakkan untuk membela binatang peliharaan yang berbulu seperti kucing.
  3. Pencemaran udara. Pencemaran udara tidak kira mahupun luar ataupun dalam boleh merangsang serangan penyakit asma. Sebab itu kalau boleh pastikan tingkap ditutup. Kadang-kadang ada juga di rumah berdekatan dengan kerja-kerja pembangunan yang membawa pencemaran udara ke dalam rumah. Di ulang, pastikan tingkap anda ditutup sekiranya rumah anda mudah terdedah dengan habuk mahupun segala bentuk pencemaran udara di luar.
  4. Cuaca. Cuaca juga tidak kurang penting dalam memainkan peranan dalam merangsang serangan asma. Selalu asma dikaitkan dengan cuaca sejuk. Terutamanya di waktu malam dan di awal pagi.
  5. Senaman. Senaman sememangnya baik untuk kesihatan, tetapi terdapat juga bukti yang menunjukkan serangan asma boleh berlaku ketika bersenam. Ia digelar ‘exercise-induced asthma’. Tetapi ia tidak bermakna anda tidak boleh bersenam. Anda masih lagi boleh bersenam sekiranya anda tahu bagaimana untuk mengawal asma anda.
Siapa yang selalu berisiko untuk mendapat penyakit asma?
Penyakit asma boleh berlaku pada semua peringkat umur. Tetapi seringkali asma ini berlaku ketika kecil lagi. Orang yang berisiko tinggi untuk mendapat asma ialah keluarga yang mempunyai sejarah penyakit asma mahupun alergi. Sekiranya terdapat keluarga anda yang alergi kepada makanan laut misalnya, ahli keluarga anda juga turut berpotensi untuk menghidap asma. Sejarah ibu-bapa yang mempunyai asma meningkatkan kepada 3 hingga 6 kali ganda untuk anak menghidapi asma. Dari segi jantina, ia sering berlaku kepada lelaki ketika kanak-kanak.
Untuk bercerita tentang asma, subjek ini terlalu luas dan dalam. Banyak lagi yang boleh menyebabkan berlakunya penyakit asma terutama ketika dewasa iaitu serangan asma ketika bekerja. Kepada yang mengalami penyakit asma, untuk mengelakkan keadaan asma anda menjadi tidak terkawal, pastikan ada langkah pencegahan seperti yang saya maksudkan di atas iaitu pastikan rumah tidak berhabuk, membela kucing peliharaan dan suhu di rumah tidak terlalu sejuk. Kemudian pastikan ubat yang diberikan oleh doktor anda ikut menurut seperti yang ditetapkan.
Sekiranya ubat tersebut hanya diperlukan ketika serangan gunakan. Dan sekiranya diperlukan pada setiap hari pastikan anda ikut jadual tersebut. Sekiranya keadaan asma anda masih lagi teruk walaupun telah menggunakan ubat yang diberikan, pastikan anda segera ke klinik atau hospital berdekatan untuk mendapatkan bantuan oksigen.

Monday 19 December 2011

Kaedah pengiraan Dividen ASB

Membuat pelaburan dalam Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) tidak seperti kita membuka akaun bank kemudian kita masuk dan keluarkan duit. Ini adalah kerana apabila kita memutuskan untuk membuat pelaburan ASB, matlamatnya ialah untuk memperolehi keuntungan jangka panjang.


Jadi kalau kita masukkan duit dan selang beberapa hari kemudian kita keluarkan duit, itu bukan pelaburan jangka panjang namanya. Itu dah kira macam kita bukan akaun di bank yang mana kita boleh masukkan dan keluarkan duit dengan senang.
Apabila dah buka akaun ASB, kenalah ambil tahu bagaimana pengagihan dividen dilakukan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Senang cakap macam mana nak kira dividen. Kaedah pengiraan dividen ASNB adalah berdasarkan kepada baki terendah setiap bulan didarabkan dengan kadar dividen yang diisytiharkan oleh ASNB dan dibahagikan berapa bulan kita mencarum.

Untuk menggambarkan cara pengiraan ini, cuba lihat contoh di bawah:

Ogos
- Masukkan RM300.00
- Keluarkan RM100.00
- Masukkan RM100.00
Meskipun sudah masukkan RM300, tetapi oleh kerana ada pengeluaran pada bulan berkenaan, baki minimum yang dikira ialah RM200.00, bukannya RM300.00 walaupun selepas itu RM100 dimasukkan kembali.

Sept
- Baki dari bulan Ogos RM300.00
- Masukkan RM300.00
Meskipun RM300 telah dimasukkan tetapi RM300 adalah baki minimum pada bulan berkenaan. Jadi baki minimum yang diambilkira ialah RM300.00, bukannya RM600.00

Okt
- Baki dari bulan Sept RM600.00
- Tiada kemasukan pelaburan baru
- Jadi baki minimum yang diambilkira ialah RM600.00
- Baki kekal sehingga ke hujung tahun

Jadi pengiraannya ialah RM200 (Ogos) + RM300 (Sept) + RM600 (Okt) + RM600 (Nov) + RM600 (Dis)
= RM2,300 / 5 bulan X 0.07 (kadar dividen)
= RM32.20
Ini kalau kira secara manual, nampak macam susah sahaja. Tetapi di ASNB, mereka sudahpun mempunyai sistem berkumputer yang boleh kira dividen dan bonus dengan mudah. Masukkan aje angka-angka tertentu, seterusnya komputer yang akan kira. Walaupun kaedah komputer menyenangkan, cara pengiraan dividen perlu kita ambil tahu juga.

Dividen ASB 7.65 sen, bonus 1.15 sen seunit


Dividen ASB tahun ni 7.65sen....Bonus 1.15sen...naik 0.15 sen berbanding tahun lepas..mana yang ada buat loan ASB dengan Maybank..CIMB...RHB...boleh la korang kira berapa ada untung..Kalau loan RM100k rasanya tahun depan tak yah bayar bulan2 dah...tolak je dari keuntungan...nak tau lanjut Baca sini

Sunday 18 December 2011

2 hari 1 malam @ Kem Lang Buana Kuala Kangsar

Saya berkesempatan mengikuti program Jatidiri Pewaris Bangsa anjuran Puteri UMNO Ipoh Timor.Seramai 55 orang telah menyertai program selama 2 hari ni kat Kem Lang Buana Kuala Kangsar...tempat Kartika yang pernah menggemparkan kita dulu dengan kes............
Banyak program2 best yang diatur oleh pihak urusetia Puteri UMNO dengan petugas kem...Kembara Malam..Fire Ball...berakit di sungai perak...Bush Trekking...memancing....
Layanan pihak Kem memang terbaik..keselamatan peserta yang rata2nya remaja baru abis SPM memang terjaga walaupun malam tu ada yang nyaris2 nak kena 'kacau'...maklumlah..masuk tempat orang..kena la bagi salam.Kami memang bernasib baik sebab buat program dalam musin buah...rambutan..langsat..durian..udah tak terlarat nak makan..Korang tengok le gambar ni...kalau rasa2 nak pegi boleh tengok sini...kem lang buana




 







Monday 5 December 2011

Pemuda buat panggilan bom palsu halang teman wanita ke ibu kota

 MOHD SHUKRI  (kiri)   menunjukkan telefon bimbit yang digunakan suspek untuk membuat panggilan palsu pada sidang media di Ipoh semalam.
MOHD SHUKRI (kiri) menunjukkan telefon bimbit yang digunakan suspek untuk membuat panggilan palsu pada sidang media di Ipoh semalam.



IPOH: Ancaman bom palsu yang menyebabkan lebih 1,200 penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari utara ke ibu negara terkandas lebih enam jam pada Khamis lalu, berpunca daripada seorang pekerja jualan langsung yang bergaduh dengan teman wanita serta mahu menghalangnya ke Kuala Lumpur.
Lelaki berusia 25 tahun itu mengakui membuat panggilan palsu bagi menyekat perjalanan kekasihnya yang mahu menaiki tren untuk menghadiri satu kursus di ibu negara walaupun sudah dilarang.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata perbuatannya terbongkar selepas suspek ditangkap di Teluk Intan, jam 6.10 petang Sabtu lalu dan selepas disoal siasat dia mengakui membuat panggilan itu kerana berang dengan tindakan teman wanitanya yang berkeras meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.

"Dia kini ditahan reman lima hari sehingga Khamis ini dan polis merampas sebuah telefon bimbit jenis Nokia 1280 yang dipercayai digunakan suspek untuk membuat panggilan palsu itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah," katanya semalam.

Khamis lalu, perjalanan tren Ekspres Langkawi dari Haatyai-Kuala Lumpur Sentral, Ekspres Langkawi Butterworth-Kuala Lumpur Sentral, Sinar Mutiara dari Ipoh-Kuala Lumpur Sentral dan perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) dari Ipoh ke Kuala Lumpur Sentral terkandas lebih enam jam selepas KTMB menerima panggilan mengatakan ada objek dipercayai bahan letupan di landasan antara laluan Sungkai-Slim River.

Bagaimanapun, selepas pemeriksaan dan pemantauan lebih 10 jam, polis mendapati objek yang ditemui berdekatan landasan di Kilometer 259.25 itu adalah satu botol plastik berbalut tikar plastik yang ditimbus dengan batu di Jambatan Sungai Pekan Lama, Sungkai.
Objek itu kemudian diletupkan dan hasil pemeriksaan tidak menemui sebarang bahan letupan.

"Kita kesal dengan perbuatan itu dan menasihatkan orang ramai tidak membuat panggilan palsu untuk kepentingan diri terutama menggunakan talian kecemasan 999. Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab ini," katanya

Friday 2 December 2011

Al -Fatihah: Gadis Cantik Rara Zikry Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Pertama sekali kami di Mynewshub.my ingin memohon kepada semua pembaca agar menyedekahkan al-Fatihah kepada Rara Zikry atau Zarith Nadhira Mohamad Zikri yang kembali ke rahmatullah pukul 10 pagi semalam di Sunway Medical Centre.
Mengikut perkembangan yang diletakan di wall Facebook Contribution for Rara Zikry’s medical expenses (Sumbangan untuk bantuan perubatan Rara Zikry), jenazah Allahyarham dibawa dari rumah ke masjid SS19 Subang Jaya pukul 8 pagi tadi.
“Insya Allah jenazah Akan disempurnakan dan akan dikebumikan sebelum solat jumaat. On behalf of the family, thank you for the condolences, Doas and contribution. Semoga ALLAH swt bless her soul, forgive her sins, make her grave a garden and grant her the highest level of paradise. May ALLAH grant her eternal peace and may her soul be placed amongst the pious and chosen believers. Amin,” menurut status berkenaan.
Allhyarham Rara, 23, merupakan bekas pelajar sebuah universiti swasta.
Pada 19 Mac 2010, Allahyarham dan beberapa rakan keluar melakukan senaman berjalan kaki di sebuah kawasan berhampiran Mahkamah Shah Alam dan dia diserang penyakit asma ketika itu.
Rakan-rakan yang bersama dengannya secara pantas menghantarnya ke sebuah hospital namun ketika tiba di pusat perubatan tersebut, mereka dimaklumkan oleh doktor bahawa Rara sudah pun koma.
Apabila Allahyarham tersedar dari koma, dia sudah tidak mampu bergerak dan bercakap.
Serangan asma berkenaan telah membawa kepada keadaan Hypoxic Ischaemic Encephalopath iaitu kecederaan otak disebabkan kekurangan oksigen kesan daripada sesak nafas.
Al -Fatihah: Gadis Cantik Rara Zikry Meninggal Dunia
Berikutan itu, keluarga Allahyarham melancarkan page Contribution for Rara Zikry’s medical expenses untuk meringankan sedikit beban kewangan mereka dalam meneruskan rawatan untuk Allahyarham.
Rara dikenali sebagai seorang gadis yang bukan sahaja cantik, tetapi ceria dan memiliki personaliti yang disenangi semua orang.
Namun, seperti yang dikatakan, kita hanya mampu merancang, Allah SWT yang menentukan segalanya. Rara kembali kepada penciptanya semalam.
Sumber dari : mynewshub.my

Thursday 1 December 2011

Borang permohonan bantuan RM500 untuk isi rumah keluar pada bulan Disember – LHDN

 Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bakal mengeluarkan borang permohonan pemberian bantuan kewangan RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah mulai Disemberini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Mohd. Shukor berkata, borang tersebut boleh didapati di kesemua cawangan LHDN dan 17 pusat khidmat hasil di semua daerah seluruh negara.
“Kita juga bakal memaparkan borang-borang tersebut secara dalam talian bagi membolehkan pemohon memuat turun dan mungkin juga akan disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas hadir merasmikan sambutan Hari Inovasi LHDN 2011 di Akademi Percukaian Malaysia di Bandar Baru Bangi di sini semalam.
Perdana Menteri telah mengumumkan insentif tersebut pada pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat pada Oktober lalu.
Insentif tunai berjumlah RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan membantu menangani kesulitan golongan berpendapatan rendah.
Jelas Mohd. Shukor, pihaknya kini 98 peratus telah bersedia bagi mengendalikan mereka yang layak memohon insentif tersebut.
“Kita sekarang hanya menunggu keputusan akhir daripada Kementerian Kewangan bagi mengemas kini definisi isi rumah yang dijangka siap dalam tempoh dua minggu lagi,” jelasnya.
Ujarnya, pihaknya menjangkakan pembayaran insentif tersebut bakal dilakukan bermula Januari tahun hadapan secara berperingkat-peringkat.
“Bagi kita (LHDN) tempoh selama 14 hari bekerja bagi memproses semua permohonan yang layak,” ujarnya.
Katanya, setiap permohonan yang berjaya bakal dilunaskan oleh Akauntan Negara menerusi bank-bank yang akan dilantik.
Pihaknya turut menjangka seramai tiga juta isi rumah bakal terlibat dengan pemberian insentif tersebut dan maklumat mengenai mereka akan diperoleh menerusi kerjasama sistem pangkalan data e-Kasih dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

RM30 Shopping Voucher !!!

 
 
Whoever he dreams of being, we’re listening

At Prudential, we recognise that different stages in life bring different goals and dreams.

That’s why we believe in the power of listening to make a difference for each of our customers. Listening gives us a deeper understanding and appreciation of your needs, and enables us to tailor-make the right financial solutions for you, whether it’s Retirement Planning, Education Savings, Family Protection or Wealth Management.

So take a few moments to tell us about yourself. With a better understanding of your priorities, we can help you take a step closer towards your dreams.




Take me to  

Maafkan saya: Ferguson



TONGGAK Man United, Park Ji-sung (kanan) bersaing dengan Glenn Murray dari Crystal Palace dalam saingan Piala Liga di Old Trafford, kelmarin.


Crystal Palace singkir Man Utd saingan suku akhir Piala Liga

MANCHESTER: Bos Manchester United, Alex Ferguson memohon maaf kepada peminat United selepas skuad kendaliannya tumpas 2-1 di tangan kelab Liga Kejuaraan, Crystal Palace pada peringkat suku akhir Piala Liga kelmarin.Ferguson turut kecewa dengan cara pasukannya dikalahkan yang menyaksikan Da Silva dan Dimitar Berbatov terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan. Penyerang Bulgaria itu mengalami kecederaan buku lali dan bakal terlepas perlawanan Aston Villa esok.
Saya tidak tahu di mana hendak mulakan. Saya benar-benar mahu meminta maaf kepada peminat United kerana itu bukan permainan sebenar Manchester United. - Alex Ferguson, Pengurus Man United
Palace kini bakal berdepan sebuah lagi kelab Liga Kejuaraan, Cardiff dalam saingan separuh akhir, manakala Manchester City bakal bertemu pesaing Liga Perdana, Liverpool dalam satu lagi pertemuan separuh akhir.

Kekalahan kepada Palace adalah yang kesembilan buat United dalam siri kekalahan kepada kelab liga lebih rendah pada saingan Piala Liga sejak 1990 dan Ferguson hilang kata-kata ketika diminta mengulas mengenai perlawanan berkenaan.

“Saya tidak tahu di mana hendak mulakan,” kata Ferguson. “Saya benar-benar mahu meminta maaf kepada peminat United kerana itu bukan permainan sebenar Manchester United. 

“Saya harap Palace mara ke final kerana mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk kemenangan ini ketika kami mempamerkan aksi mengecewakan. Ketika permainan diheret ke masa tambahan, saya fikir kami akan menang, tetapi menghampakan. 
“Kami mengawal permainan tetapi tidak melakukan apa-apa dengan peluang itu.” Palace mendahului permainan menerusi rembatan Darren Ambrose sebelum Frederico Macheda menyamakan kedudukan, dan Glenn Murray menanduk masuk gol kemenangan pada masa tambahan. – AFP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...