Sunday, 12 June 2016

Paris Trip - Special Chapter

BIENVENUE a Paris

Sementara tunggu waktu berbuka, boleh la tulis pengalaman Lynn dan Sue di Paris. Aku tengok kat fesbuk je lah kemeriahan diaorang kat sana. Ikut plan asal memang aku ke Paris jugak selain Manchester, tapi sebab tertentu terpaksa aku lupakan hasrat nak tengok Eifell Tower. 



Setelah hampir 18 jam dalam bas Liverpool-London-Paris , akhirnya diaorang sampai dengan selamat di Kota Paris, di sambut oleh rakan Sue yang memang menetap di sana. Berbaloi kalau ada teman atau saudara yang menetap di sana sebab boleh jimat duit hotel kan....Kat sana diaorang stay kat Vitry Sur Seine, Val De Marne 94,..mana tu...ntah la aku pun tengok kat fesbuk Sue hahaha..






Memang best la Paris, kena pulak bahang Euro 2016 yang dah mula pun bulan June ni,..bila la aku nak ke sana...kumpul duit sebulan rm200 cukup kot untuk pegi lagi 5 tahun....Shopping memang heaven la kat sana...boleh mencederakan poket. Kalau barang branded memang murah kat sana.

Pegi pasar katanya...


Hampir 5 hari jugak la diaorang kat Paris tu...puas jugak la kot, kalau aku kat sana 5 hari mau 5 stadium aku jejak..Paris St German , Lyonn , Marseille , Bordeux ..Tapi kalau team Liga France ni PSG la champion..




31hb Mei..Lynn dan Sue bergerak meninggalkan Paris untuk ke London dengan EuroStar ..keretapi laju yang memang aku teringin nak naik tapi tak kesampaian..mujur ada ETS Ipoh-KL...hehehe..Flight ke KL akan transit di Abu Dhabi jugak.



Heathrow - Abu Dhabi jam 845 malam dan mereka sampai di KLIA pada 1 Jun 2016 jam 1045 malam...maka tamat lah perjalanan mereka di Kota Paris,..aku hanya menulis untuk menutup kisah perjalanan kami bermula dari KL-London-Manchester-Liverpool-Paris-KL. Selepas ini trip Prudential akan ke Korea, tapi aku tak lepas untuk ke sana. Hanya Lynn je yang akan ke KoreakeKiteeee...pandai2lah bawak diri ye...
Memang London ni adalah pengalaman yang takkan aku lupakan, sebab impian aku dari dulu dah jadi nyata...kalau ikutkan impian aku untuk ke Jepun , England dan USA telah aku realisasikan dengan Prudential. Next StarClub ke Crotia...tapi aku tak berapa minat nak ke sana dan untuk tahun 2017 aku akan berusaha untuk ke Australia...nak tengok kanggaroo...

Ok tamat sudah,...jom kita ke bazar ramadan cari tepung pelita,..harap2 sumbu tak basah..
Jumpa lagi di siaran akan datang...Grasias








Tuesday, 7 June 2016

London Trip - Chapter 8.1

LIVERPOOL MENANGIS ....

Tengok tajuk dah macam Telemovie kat Astro Ria..Kenapa Liverpool menangis...

a. Sebab kalah final UEFA dengan Sevilla
b. Sebab hujan di sana
c. Sebab penerbangan ke Paris dibatalkan......

Apapun jawapan korang, semua tu ada hubungkait. Macam entry kat Chapter 8 lepas, Lynn dan Sue sepatutnya akan fly ke Paris dari John Lennon Airport Liverpool jam 1.30 petang. Waktu kami kat Anfield, Lynn dan Sue bersiap untuk ke Airport, meninggalkan kami di sini..huhuhu


Tapi, ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Sue call PokNik bagitau semua flight ke Paris haritu dibatalkan atas sebab-sebab yang kurang jelas.
Oh men......what to do...jammed oooooo
Lynn dengan Sue amik keputusan untuk patah balik ke Liverpool One Station. Apa alternative lain untuk ke Paris hari tu,...Train ? Bas ? atau tunggu esok kalau flight beroperasi semula...

Paling mudah naik bas lah...mujur depa cepat bertindak, terus booking tiket bas dari Liverpool - London - Paris...alhamdulillah tiket sempat beli.
But......Bas ke London jam 11 malam, sekarang baru jam 1.30 petang. Takkan nak duduk kat station bas sampai 10 jam lagi, takkan nak sopping sampai lebam , dah la usung beg yang boleh tahan berat jugak. Hotel dah chek-out tadi...
Time ni ada sedikit salah faham atau mungkin sebab kecewa atau sebab yang aku pun tak tau. Aku boleh temankan korang pun sampai jam 3.30 petang je sebab kami kena bergerak balik ke London.

Nak tak nak, waktu kami ke hotel untuk ambil beg,aku cadangkan pada Sue untuk sewa untuk sehari lagi..walaupun rugi sikit lah sebab dok sampai 11 malam je kan...sebab hotel tu takde sewa ikut jam...Daripada duduk merata-rata tempat dan agak bahaya jugak la, baik berehat je dalam bilik. Timbul pulak isu lain, bocor la pulak bilik masa malam tu..deposit hotel hangus..adoiiiii......jammed lagi...

Kat luar dah la hujan....pastu 'hujan' lain pulak...dah la kena marah dengan staff Bas Stesen tu sebab tinggal beg lama sangat...hampeh betuiii la...
Kat Britain ni depa sensitif sikit pasal beg atau bungkusan yang tertinggal ni, kalau lama lagi mau ke balai polis la jawabnya...takpe itu semua pengalaman.

Ada sedikit konflik kat sini....malas la nak tulis sebab bagi aku...suka sama-sama biarlah sedih sama-sama


Settle masalah bila Lynn dan Sue dah masuk bilik, aku pun dah bergerak ke London. Apa jadi lepas tu aku tak tau..yang pasti jam 11.30 malam diaorang dah selamat naik bas ke London. Tiba di London jam 5 pagi dan bas ke Paris jam 8 pagi..
Bak kata orang, setiap yang jadi ada hikmahnya, bila naik bas ke Paris memang satu pengalaman baru buat mereka. Melalui selat Inggeris memang best bila bas lalu bawah laut. Jeles beb!! sebab aku tak ikut hahaha..





Alhamdulillah, mereka selamat sampai di Paris jam 5 petang. Tamat tugas aku kat London bila mereka selamat sampai. Aku rasa bertanggungjawab sebab aku yang ajak mereka join trip stadium ni. ..Fren, aku dah buat yang terbaik untuk korang..



Apa mereka buat kat Paris?......nanti la aku korek-korek cerita kat depa ni..

Apa pun satu hari nanti aku akan ke Paris,....

London Trip - Chapter 8

YOU NEVER WALK ALONE - LIVERPOOL

Kisah London Trip dah nak sampai ke penghujung.Entry ni aku tulis sambil layan Mocha Iced kat Coffea Bean AEON Kota Bharu ....jauh beno cari ilham sampai sini hehehe...



Pagi di Liverpool amat sejuk ...dengan hujan renyai mengiringi hajat kami untuk ke Anfield, stadium keramat The Kop....Aku sebenarnya dulu minat jugak dengan Liverpool ni tapi Manchester United jugak tetap dihati.....
Jarak dari Apartment ke stadium jauh jugak la....kami naik bas dari stesen One Liverpool


Lebih kurang setengah jam kami sampai di Anfield...orang paling suka tentulah PokNik...sebab impian dia sorang je belum tercapai...Masa tu jam baru 9 pagi...Berposing sakan dulu la depan pintu utama stadium...Malangnya kami tak dapat untuk stadium tour sebab stadium dalam proses ubahsuai...nak tambah kerusi fans kot...
Takpe , kita proceed je ke Museum tour..tengok Steven Gerrad collection....Lagenda Liverpool yang akhirnya di jual hehehe..




Takde apa pun menarik sangat kat stadium ni...biasa-biasa aje
Kami habiskan dalam 2 jam je kat sini...next stadium mestilah musuh setempat Liverpool..Everton


Untuk ke Goodison Park kami jalan kaki je...dalam 20 minit jarak perjalanan. Sampai Goodison Park tersergam stadium kebanggaan Everton. 



Nampak macam stadium lama je. Kami posing depan stadium je sebagai bukti yang kami dah sampai sini...Sebelum balik singgah sat kat Evertonone Store..beli souvenirs Everton..aku beli stoking je hahaha..




Selesai task di Anfield dan Goodison Park,kami amik bas patah balik ke Liverpool One. Perut dah lapar, kami terus ke St John Shopping Mall...tapi sebelum tu sempat la berposing dalam hujan renyai di Kota Liverpool....kota lama yang dekat laut.
Dalam mall jumpa satu kedai jual nasi arab...ada HALAL ok la tu...bedal nasi dengan ayam..rege GBP10 kot...




Lupa pulak pasal Lynn dengan Sue....depa pi mana...????
Sebenarnya depa last day kat Liverpool jugak...waktu kami ke Anfield depa terus ke John Lennon Airport untuk flight ke Kota Fesyen, Paris...
Tapi ......Air mata di Kota Liverpool ....kenapa aku tulis macam tu...nanti korang baca kat Chapter 8.1 ....macam-macam perasan ada..



Kami akan meninggalkan Liverpool pada jam 3.30 petang untuk kembali ke London. Ini bermakna penjelajahan kami tamat di sini...Kali ni naik bas UK Megabus...Ada wifi dalam bas ..hahaha
5 jam perjalanan kami tiba di Victoria Station London...masuk underground amik Tube terus ke Bayswater...mujur hotel dah book awal dengan Booking.com ..Bayswater Inn
Jam 8 malam ..check-in hotel...masuk bilik rapatkan katil maka muat la kami berlima tidur malam terakhir di London....Lynn dengan Sue...? Tak pasti apa nasib mereka ketika ini hehehe..Lena aku tidur malam tu..penat sangat 


Hari terakhir di London, hari ni Jumaat, kami hanya bersiar di sekitar Bayswater je...cari souvenir buat kawan-kawan..Ikutkan nak je ke White Heart Lane....Stadium Spurs tapi masa tak mengizinkan sebab kami kena ke Malaysian Hall semula untuk ambil beg.



Jam 2 petang kami ke Malaysian Hall...amik beg dan terus ke Heathrow Airport..Kali ni naik taxi sebab tak lalu nak naik Tube dah dengan beg-beg yang beso gedabak....
Jam 4 petang tiba di airport..Flight balik dengan Etihad Airways jugak jam 8 malam. Masa yang ada hanya berehat sambil mengenang kembali saat manis di London-Manchester-Liverpool.


Selamat tinggal London, aku pasti akan kembali lagi ke sini...ikutkan plan asal aku akan extended sehingga 29 Mei , tapi atas sebab tertentu aku balik 27 Mei....
Kami akan transit di Abu Dhabi....sepanjang perjalanan ke Abu Dhabi dengan Airbus A380 aku hanya tido je....

Tiba Abu Dhabi jam 7 pagi dan sambung semula penerbangan ke KL jam 10 pagi. Hampir 7 jam penerbangan , Alhamdulillah aku selamat tiba di KLIA jam 1030 malam. Betul kata orang..'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,lebih baik negeri sendiri'..

Aku balik ipoh naik bas dari KLIA ke Ipoh jam 6.30 pagi.Masa yang ada sempat jugak layan Final Champions League ..Real Madrid vs Atletico Madrid kat mamak stesen bas KLIA ni...

Jam 10 pagi Ahad aku selamat sampai Ipoh....membawa kenangan manis ...

Ok tamat sudah cerita London Trip aku.....tapi belum habis lagi sebab ada chapter khas dari Paris.....Tapi tak tau la bila nak tulis, sebab aku takde kat Paris. Hanya gambar yang akan menceritakan semuanya. Buat Lynn dengan Sue...sorry ye sebab cilok gambar korang kat fesbuk.
Terima kasih buat geng Stadium Tour , PokNik, Arep , Anip dan Zaki...impian kita sudah jadi kenyataan..
Buat Lynn dan Sue..terima kasih sebab sudi menjadi penyeri perjalanan kami...Banyak pengalaman berharga korang dapat....

TAMAT : 11.37 PM 


Friday, 3 June 2016

London Trip - Chapter 7

OLD TRAFFORD ..HOME OF MANCHESTER UNITED

Good morning Manchester ..malam tadi tidur lena jugak walaupun tilam tak seeumpuk di Hilton Metropole. Agenda pagi ni Manchester United..tapi sebelum ke sana kami nak melawat stadium musuh setempat United...Manchester City.


Dari hotel kami berjalan kaki ke Etihad Stadium, dalam 20 minit jugak la.Sampai sana terus aksi berGoPro di depan stadium.Besar stadium ni..kebetulan masa kami sampai diaorg tengah buat persiapan untuk konsert Bruce Springteen.



Kami memang takde plan nak stadium tour pun, cuma nak masuk City Store je..cari souvenior tapi malangnya Store tutup hari tu sebab konsert.



Tak payah tunggu lagi, kami terus ke Old Trafford. Kali ni kami naik Tram terus ke Old Trafford.Tram di sini rupanya percuma untuk penduduk Manchester.



Akhirnya kami sampai di Old Trafford, jalan kaki sikit dari Tram Station dalam 10 minit. Dari jauh dah nampak bumbung stadium. Tak sabar nak melompat depan stadium hahaha..



Yes !!! my dream come true, dapat jugak aku menjejakkan kaki ke sini. Selama ni aku hanya boleh berangan je nak ke sana. Kawan-kawan fans aku kat Malaysia tentu jeles kihkih...Kong dengan Zaki pun melompat sebab depa pun fans United sejati. PokNik biasalah...dream dia belum come true lagi..



Tiket untuk masuk stadium tour GBP20 seorang, mujur kami dah beli sebulan awal. Start tour jam 1.30 petang. Sebelum tu kami minum-minum kat Red Cafe..


Masuk je dalam stadium, meremang bulu roma beb..selama ni tengok kat TV je kali ni padang stadium dah depan mata..seb baik tak bagi pijak padang kalau tak mau bergolek aku atas padang.Hari tu memang bertuah buat kami, dapat berjumpa dengan lagenda United, Dennis Law...yang patung dia kat depan stadium tu..apa lagi mintak autograf la..sign kat baju terus...



Kami di bawa ke Press Room , Dressing Room untuk player United...ishhh!!! tak leh nak gambarkan perasaan...korang tengok je lah gambar-gambar ni..









Selesai di Old Trafford kami berpatah balik ke hotel..sebab Lynn dengan Sue tunggu di sana...Apa depa buat masa kami di OT....biasalah pompuan kan..Shopping la..PRIMARK lagi...dok malas-malas sopping alih2 balik beg penuh.


Next plan nak ke Hard Rock Manchester...tapi memandangkan cuaca hujan dan beg puteri-puteri ni besar , aku tak join depa ke HRC , hanya kirim kat Zaki je tolong belikan dan aku dengan Lynn dan Sue terus ke Manchester Bus Station. Bas ke Liverpool jam 6.30 petang. Masa ni mood aku tak berapa baik sket..sebab hujan kot ...:(


Dok lepak kat stesen bas ..Lapo la pulak....takpe sikit je tu..Sempat lelap sat..
6.30 petang bas sampai dan aku meninggalkan Manchester dengan kenangan manis dan sedikit kelat hehehe..

Perjalanan ke Liverpool hanya sejam lebih je dan kami sampai di Liverpool jam 8 malam. Apartment dah booking awal...dari stesen bas jalan kaki dalam cuaca sejuk dan hujan ke apartment..seb baik dekat je...
Esok kami akan ke Anfield...malam tu berehat , makan biskut cicah ayor teh o takde gula

Tunggu chapter 8 aku citer pasal Anfield dan Chapter khas....AIR MATA DI KOTA LIVERPOOL  (cam tajuk telemovie je)

CHIOWWWW GRACIAS...

11.51pm










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...