Friday, 3 June 2016

London Trip - Chapter 6

CHELSEA KE MANCHESTER dan GoPro

Hari ni masuk hari terakhir aku di London, bagi kawan-kawan lain hari ni depa akan balik ke malaysia, tapi aku dengan kawan-kawan akan meneruskan task kami untuk jelajah stadium. Kami akan extend lagi 3 hari untuk ke Manchester dan Liverpool manakala Lynn dan Sue akan fly ke Kota Fesyen , France.




Ok , selesai sarapan kali terakhir di hotel dan chek-out kami meneruskan perjalanan. Tapi kami akan ke Malaysian Hall dulu kat Bayswater untuk simpan beg-beg yang besar sebab kami akan bawak beg kecik je untuk ke utara England.




Kebetulan kawan PokNik staff di Malaysian Hall dan kami diberi kebenaran untuk simpan beg kat sana. Dari Edgware Road kami naik Tube ke Bayswater. Sini memang area yang banyak Malaysian sebab kawasan student. Sampai jugak aku kat Malaysian Hall ni, biasa dengar nama je. Kalau Town Hall kat Ipoh ni aku biasa la hahaha....


Dah letak beg , destinasi pertama Stamford Bridge, home of Chelsea. Kami akan merialisasikan impian Hanip untuk stadium tour kat sana.Tiket masuk GBP18 ajer. Dari Bayswater station kami ke Fulham Road. Lynn dengan Sue tak follow ke Stamford Bridge, depa dok kat station Fulham Road sambil menikmati secawan kopi Starbuck. 

Tak jauh pun jalan kaki dari station, 5 minit je. Apa yang aku peratikan kebanyakkan stadium mesti dekat dengan station. Mudah untuk fans naik public transport je untuk tengok game.
Sampai stadium Hanip senyum lebor la sebab impian dah tercapai. Impian aku dengan lain2 belum sampai lagi ni. Aku amik keputusan untuk follow Hanip masuk dalam stadium.Lain-lain depa dok luar je. Teruja beb dapat masuk




Dalam stadium kami di bawa oleh tour guide untuk jelajah apa yang ada dalam stadium.Kali pertama masuk....Kecik rupanya stadium ni, tapi dalam TV nampak besar giler. Kami di bawa ke Press Room , kawasan Grand Stand dengan persekitaran yang lain. Abis tour masuk kat MegaStore Chelsea...sempat la rembat neck tie Chelsea, buat kenangan kan...kalau jual balik pun ada rege tu hehehe..

 




Abis stadium pi balik station, Lynn dan Sue masih setia menunggu....Next destination pi Victoria Station sebab kami akan naik bas ke Manchester pada jam 5 petang. 
Wahhh besar gile station Victoria ni, yang best ada Wi-Fi free boleh update fesbuk. Sementara tunggu bas kami meronda-ronda area sini je sambil pastu lepak kat Subway. 


Jam 5 petang bas sampai dan kami bertujuh bergerak meninggalkan London menuju ke Manchester.Perjalanan ke sana dalam 4 jam setengah.Jalan agak sesak ketika keluar dari London, sebab time balik keja kot.


Balik kampung oiii
Dalam bas.....tidor lah sambil layan Nirvana...
Alhamdulillah kami selamat tiba di Manchester pada jam 10 malam. Cuaca kat Manchester ni lagi sejuk dari London. Aku sampai Manchester dah komeee... Mujur hotel dah book awal-awal...ibis Budjet Manchester Pollard Street


Dari stesen bas kami berjalan kaki je ke hotel, sebab dekat...sampai hotel nak chek-in , sekali........Salah hotel la pulak...iBis budjet kat tempat lain..ni Ibis tak berapa bajet. Jarak ke hotel tu kalau jalan kaki dalam 20 minit, tapi aku dengan Lynn dan Sue serta Zaki amik keputusan amik taxi je sebab dah letih, lagipun beg puteri-puteri ni besaq , lagipun sejuk beb.. Lain2 depa berjalan. Sampai hotel chek-in ..masuk bilik rehat. 
Lepas mandi ingat nak trasfer gambar dari GoPro ke ipad....

MANA GOPRO AKU NI.....
Arghhh jammed, mana pulak aku tertinggal, tanya Lynn depa tak tau, Zaki pun tak tau. Aku dah gelabah, takde GoPro esok ke Old Trafford mesti akan hambar..Ok tenang, pikir baik-baik...start turun bas-Hotel Ibis-Taxi...Aku punya rasa tertinggal kat hotel mula-mula tu..tapi kalau tinggal dalam taxi abis....Cuba suruh reception Ibis tu call Ibis lagi satu...Masalahnya pulak depa ni tak tau apa itu GoPro...dah la nak explain pun susah. 


Aku amik keputusan untuk patah balik ke station bas.Mujur PokNik dengan Kong nak temankan aku.Naik taxi ke stesen, tanya staff sana depa tak nampak pun GoPro tu..Ok ke Ibis hotel pulak...sampai je tanya reception ada nampak tak...dia kata tak nampak..aduhhh jammed otak wei..Tapi kalau dah jodoh tu tak kemana kan...aku tengok staff tu cari dalam almari...pastu dia tanya ' how long your camera'...dalam hati aku GoPro aku dah jumpa...dia bawak keluar dari almari...Alhamdulillah..GoPro aku dah jumpa...
Memang kecut aku malam tu, masa nak balik hotel singgah restoran beli Pizza Janam..celebrate hahahaha....Tima kasih la Kong dengan PokNik...tanpa GoPro tour Manchester United dan Liverpool akan suram muram...
Malam tu tido lena peluk GoPro hahaha...Bangun esok pagi aku akan ke Old Trafford , home of Manchester United...impian aku akan jadi kenyataan. Aku pernah letak Old Trafford ni dalam dream board aku masa mula-mula jadi agen.

Apa ada kat OT.....Chapter 7 akan aku ceritakan...dah penat ni...
Gracias chiowww....

London Trip - Chapter 5

FREE & EASY - WEMBLEY-ARSENAL

Hari ni masuk hari keempat aku kat London. Aktiviti harini free & easy ataupun hari buat la apa korang nak buat..
Aku memang plan nak ke Stadium Wembley hari ni memandagkan aku terlepas nak ke Wembley masa Final Emirates FA Cup ( Man Utd vs Crystal Palace ) pada hari kedua aritu. Plan asal ke sana dengan geng stadium ..Poknik , Kong , Zaki dan Hanip. Macam biasa lah aku pun ajak la sekali Lynn dengan Sue join sama. Masa tu pun diaorang mungkin takde plan lain atau pun terpaksa follow aku...Kiranya aku berjaya la hasut depa ikut aku..Paksa rela namanya hahahaha...



Jam 9 pagi start bergerak , tapi memandangkan puteri-puteri kayangan ni lambat siap maka aku terpaksa gerak lewat. 

PokNik & geng gerak dulu dan janji jumpa di Wembley. Selesai sarapan kat hotel kami mula bergerak. Destinasi pertama mencari Underground Station untuk ke Wembley. Kat London ni public transport dia memang efisien. Senang nak bergerak dari titik A ke B. Korang boleh beli Oyster Card dalam GBP5 je pastu topup kalau nak guna. Macam touch & go la,atau boleh beli Travelcard. Ni guna untuk sehari suntuk , kalau Oyster Card boleh guna bila-bila masa. Jadi kami amik Travelcard je dengan harga GBP12 untuk laluan zon 1-6. Kira satu London boleh pegi.


Tube Map ni banyak membantu

Start dati stesen Edgware Road kami terus amik Tube Metropolitan Line untuk ke Wembley Park Station. Perjalanan tak sampai setengah jam pun.Sampai Wembley Park, turun je dah nampak Stadium Wembley depan mata. Exited beb, biasa dok tengok Stadium Bukit Jalil je haha...Exited punya pasal sampai je tak boleh masuk kawasan stadium, polis dok merata-rata tempat, tak tau pasal apa. Kami pun dilencongkan ke dalam library. Seb baik ada wifi free kat situ. Nak keluar memang tak boleh sebab polis tu kata dalam sejam setengah baru selesai...Jammed, PokNik & geng pulak kat area Designer Outlet.







Pandai jugak Lynn ni guna GoPro....
Ok, boleh keluar library ..sempat la ronda dalam kawasan stadium sambil berGoPro. Sue dengan Lynn redho je la sebab kena ikut aku. Lepas acara bergambar, kami amik keputusan patah balik ke Central London, sebab gagal hubungi PokNik. Kami berpisah di sini.
Aku dah sampai Wembley oiiiii

Kali ni aku pulak kena follow agenda Lynn dan Sue iaitu Sopping...ahahhh....kita ke Oxford Road untuk sessi terapi minda dan poket. Amik Tube berenti kat Baker Street.



Sampai Oxford Road , Lynn pulak kasut dia jahanam..kena beli kasut baru kalau tak jalan kaki ayam la...cari paling murah kat H&M dapat la rege GBP12 kalau tak silap. mahai gila..tak lawa pulak tu kihkih





Next...pi Primark outlet, fuh..sini memang boleh mencederakan poket..murah baju dia. Kalau baju budak tu GBP1.5 je..kaut tak ingat la...bila nak bayar GBP25 ..amik kau..
Lynn pun lebih kurang jugak la..cuma Sue je tak sopping sebab tak berapa sihat kot.
Ok abis duit kat Primark dah, perut dah lapor..mana nak cari kedai makan halal ni. Nampak McD je...boleh la makan beger ikan dengan Fries. Best jugak makan fries dengan serunding kan..sebab cari cili sos tak jumpa...licin jugak la sebab lapor punya pasal.
Dah kenyang kan...sekarang giliran Lynn dengan Sue pulak kena ikut aku ...haaaa nampak tak game aku macamana..kali ni kita ke Emirates Stadium , Arsenal





Masuk Underground amik Tube dari Baker Street dan tukar Tube kat Green Park dan terus menghala ke Arsenal...Finally sampai jugak aku kat Arsenal. Dari stesen tu jalan kaki 5 minit dah sampai stadium. 


Ada orang tak...nak tumpang toilet boleh
Teman dah sampai Arsenal oiii
Tak sangka beb, kawasan stadium bersih je, tak la besar sangat stadium ni. Lynn pulak dari tadi dok mencari toilet, sebab kat station memang takde toilet..wat the fishhh..camane depa ni 'throw small water' ni. Kat stadium pun tak jumpa, maybe sebab dah tutup kot.
Boleh slim dok London ni..banyak jalan kaki




Ok ..bertenang dan cari jalan...tak jumpa jugak last-last kami patah balik ke hotel. Tu je toilet yang aku nampak ...sepanjang dalam Tube gelisah tak tentu arah dah...cis!!! apa da ..tak mesra toilet sungguh
Jam 7 malam sampai hotel, Lynn dah selesai hajat dia, Sue pun dah penat jadi depa terus masuk bilik berehat. Aku ?? macam biasa ada lagi urusan tak selesai..ROCK SHOP laa
Kebetulan jumpa Wan Melaka kat lobi dan dia dengan kawan-kawan dia pun nak ke Hard Rock...Cantekkk ada geng ..Masuk underground dari Edgware Road menghala ke St James Park Station, dari sana jalan kaki dalam 5 minit ke Hard Rock.



Abis beli terus belah, Wan pulak nak ke Primark, aku tak follow dah sebab jahanam kalau ke sana nanti..Aku balik solo naik taxi sebab dah penat nak berjalan, kena GBP6 je...ok la kan...Sampai hotel perut lapor , sempat la pau Maggi goreng kat bilik Lynn. Masuk bilik tengok Zaki tak sampai lagi...
Makan maggi goreng dengan hot choclate memang ohsem dunia ni hahahaha....Terima kasih lah Lynn dengan Sue sebab sudi follow aku hari ni. Menyesal dak ? hahahahaha

Ok chapter 5 dah abis , esok chek-out hotel dan balik Malaysia , tapi aku dengan kawan-kawan tak balik lagi sebab ada task belum selesai...apa task tu ? tunggu chapter 6 lah...

OK gracias amigos ....

Thursday, 2 June 2016

London Trip - Chapter 4

PARLIAMENT SQUARE , THE BIG BEN DAN 'MATA LONDON' 
THEME DINNER

Fuhhhhh ....dapat jugak aku menulis untuk chapter 4, kisah aku dan kawan-kawan di Kota London.Selama 3 hari jigak la aku alami 'jetlag' ni...sama jugak dengan kawan-kawan yang lain.Untuk Lynn dan Sue yang baru sampai Malaysia semalam (1 Jun 2016 ) , Selamat menempuh 'jetlag' ye .....Ok, apa tu Jetlag ??
Ianya satu keadaan yang biasa dialami bagi satu-satu penerbangan jauh yang merentasi 1 zon ke zon yang lain.Ia juga boleh membuatkan seseorang itu mengalami pening kepala serta hilang keseimbangan badan.Biasanya badan kita tak dapat nak bezakan zon masa setiap negara berlainan.Contoh macam pi London ni, kat sana siang , kat Malaysia malam. Jadi bila kita sampai Malaysia kita masih konpius sebab badan dan otak kita masih berada dalam zon London. Tu yang jadi malam berjaga siang berdengkur...
Ok lupakan kisah 'Jetlag' ni....



Hari ketiga di London banyak di habiskan dengan sessi bergambar je.Jam 8.30 pagi kami di bawa ke Parliament Square untuk sessi berGoPro. Time ni Lynn dan Sue hilang lagi. Agaknya depa dah cemuih kot ikut aku ni hehehe.Sessi BerGoPro tetap mood ON dengan geng-geng lain.





 Abis situ terus ke The Big Ben, salah satu mercu tanda London. Kalau sampai London tak bergambar di sini memang tak London la..Kalau nak tau The Big Ben tu apa...baca sini..Tak lama kat sini, dalam bas baru sempat tanya Lynn kenapa hilang, rupanya Sue tak berapa sihat...alaaaa ciannye..Sue ni kira kuat jugak la, sebab dia baru keluar wad beberapa jam sebelum fly ke London...salute la...






Naik bas lagi , kali ni kami akan ke London Eye....apa tu ..Ianya sebuah Giant Ferris. macam kat funfair tu tapi ni besaq bak hang...baca ni ..Ni la first time nak naik...
Sebelum nak masuk sempat lagi buat group photo..siap ada awek-awek mat salleh join sekali hahaha...lupa pulak tanya ' ada fesbuk tak'....







Tiket masuk pun boleh tahan GBP20 seorang...setiap satu Capsules tu boleh muat dalam 25 orang.Ia akan berpusing perlahan dan kita akan nampak keseluruhan Kota London.Memang ohsem naik ni...tak gayat pun..macam biasa Lynn dan Sue lah penyeri GoPro aku..seb baik depa tak hilang lagi..Turun dari Capsules, sempat cari souvenior kat situ. Rege macam biasalah..







Jam 12.30pm kami kami terus ke Bicester Village. Apa hal nak pi kampung pulak ni...Rupanya ianya satu tempat sopping..Designer Outlet..bicestervillage...Abislah aku, bajet ciput je pun.Perjalanan ke sana jauh jugak, dalam 2 jam lebih kurang, sempat la buat taik mata dalam bas. Sampai je sana kami disambut dengan CupCake dan diskaun voucher.kami cuma ada masa dalam 3 jam rasanya untuk sopping.Seb baik 3 jam kalau lebih mau tutup awal kedai kat sana.Lynn dengan Sue ??? sukar dikawal pergerakan mereka di sana hahaha...Tak banyak moment kat sini, aku sempat la sambar kasut Clark dengan baju Superdry. Tu pun setelah berjaya dihasut oleh Zaki.Berbaloi dengan harga...memang murah. Nak balik baru teserempak dengan Lynn dan Sue. Hairan sebab depa sopping sikit je...pelik...maybe ada agenda lain tu..







Malam ni kami ada Theme Dinner kat hotel.Temanya baju mesti ada kombinasi warna biru,merah dan putih. Aku pakai jeans biru dengan T Shirt Superdry kaler merah tulisan putih...simple je. Theme dinner ni nak meraikan mereka yang pertama kali bergelar StarClubbers atau Green Horn. Lynn salah sorang dari GreenHorn selain Hanip , Pak Non dan Thira. Pasal dinner aku tak nak citer sangat..sebab gambar pun tak banyak. GoPro tak bawak sebab kualiti cahaya dalam dewan tak cantik. Gambar akan jadi gelap.


 Keseluruhan dinner tu aku boleh bagi 5/10 je. Tak sempat abis aku dah naik bilik tidooooo. Sakit kepala dowh..memang penat sangat. letak kepala kat bantal je sedar-sedar dah jam 7 pagi...
Ni ada gambar sekita Dinner yang di cilok dari fesbuk Lynn ....
Gambar aku tak banyak sini :(







Harini hari keempat di London......Free & easy ...nanti aku sambung kat Chapter 5 ya..
Gracias...Choowwww

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...