Saturday, 7 January 2012

Ada Medical Card Company? Tapi masih perlu Personal Medical Card, MENGAPA..???

Pernyataan ini saya memang saya selalu dengar daripada saudara-saudari kita yang bekerja di Syarikat Swasta yang memberikan kemudahan perubatan. Jadi mereka berpendapat, "Buat apa amik plan medical insurance/takaful?
Syarikat tempat saya bekerja cover unlimited..." atau ada juga yang bagitau, "Syarikat saya cover medical, so saya tak perlu amik plan medical sekarang..tunggu saya dah pencen baru amik" Memang saya teramat biasa dengar perkara ini. Tetapi, kepada saudara-saudari kita yang bekerja dengan syarikat swasta, yang terlalu yakin dengan manfaat perubatan yang disediakan oleh syarikat.
Pertama sekali, saya ucapkan tahniah, kerana anda bertuah sebab company tempat anda bekerja prihatin dan memberikan kemudahan perubatan yang ditanggung oleh syarikat insurance yang mana premiumnya ditanggung oleh syarikat. Ada beberapa perkara yang saya ingin bertanya kepada mereka2 yang berpendapat seperti yang saya nyatakan di atas.

PERTAMA
Company cover unlimited....Betul, kekadang memang kita dengar syarikat tempat kita bekerja cover medical unlimited. Sedangkan kita tidak pernah pun lihat sendiri policy yang menyatakan medical coverage kita unlimited. Akan tetapi, hakikatnya, walau pun unlimited..(pada pendapat anda)....limitnya adalah:

Sekiranya anda mengidap penyakit kritikal, yang terpaksa memerlukan cuti yang panjang, atau kerap bercuti daripada menjalankan tugas disebabkan keperluan untuk mendapatkan rawatan. Agak-agaknya, berapa lama syarikat mahukan kita terus berada dalam syarikat tersebut?...Syarikat terpaksa membayar gaji sedangkan kita sudah tidak productive (sebab asyik cuti saja). Sekiranya anda yang menjadi pengarah syarikat (pemegang syer terbesar dalam syarikat), berapa lama agaknya anda ingin simpan orang yang tidak productive berapa didalam organisasi anda? Sedangkan syarikat terpaksa membayar gaji pekerja yang sakit tadi?...Biasanya kes-kes ini akan masuk dalam Medical Board untuk perbincangan sama ada pekerja tersebut perlu diberhentikan kerja atas-atas sebab kesihatan. Setuju?... Jadi, setelah kita tidak lagi diperlukan syarikat, adakah syarikat masih mahu membayar lagi semua kos rawatan anda pada masa akan datang? Jadi, inilah hadnya atau limit medical benefit yang disediakan oleh syarikat. Kemudian, dah sakit baru nak mohon medical card? Adakah syarikat insurance mahu berikan perlindungan perubatan kepada kita? Fikirkanlah sendiri...

Kalau kita bertukar tempat kerja, adakah syarikat asal masih mahu memberikan manfaat perubatan lagi?...Kalau tempat baru tiada menawarkan kemudahan perubatan, tapi dengan gaji yang lebih tinggi dan sukar untuk ditolak, bagaimana?..anda tukar kerja atau tidak? Seterusnya jawapan anda.."Haaa, masa tu baru le amik medical card.."....jawapan saya "...Kalau you boleh jamin you sihat sampai bila-bila dan takkan sakit, then you amik medical card nie kemudian, kalau you tak boleh jamin, lebih baik amik sekarang...sebabnya medical card hanya boleh dibeli dengan 2 benda iaitu DUIT dan KESIHATAN. Dah sakit, kalau you boleh bayar saya RM 2,000 utk 3 tahun punya payment akan datang sekali pun, syarikat akan tolak permohonan you....masa tu menyesal sudah tidak berguna, bersiap sedia le untuk menghabiskan duit simpanan untuk biaya kos rawatan. Termasuklah duit dalam EPF....bagaimana hari tua anda?....EPF untuk simpanan hari tua, tapi tak sempat nak tua duit dalam EPF dah habih bayar ke Hospital....Fikirkan lah sendiri.."

KEDUA -
Tak perlu ambik medical card sekarang sebabnya saya dah ada company punya. Sekiranya anda boleh jamin anda akan sihat sampai le anda dah nak bersara besok, anda boleh tunggu untuk amik medical ini akan datang. Tapi, kalau anda tak boleh jamin, lebih baik anda ambil sekarang. Kita biasa melawat saudara-mara kita di hospital...pernah atau tidak kita bertanya kepada pesakit tu, "Kou tau dari awal ke yang kou akan kena sakit nie?...." atau "Kou memang nak ke, sakit nie terkena kat kou"...cuba le tanya diorang sama ada jawapannya Ya atau Tidak. Kalau jawapannya tidak, anda kena amik medical card sekarang.
Kalau jawapanya ya....anda tak perlu amik medical card tu sekarang sebabnya, sebabnya anda ada kebolehan untuk tahu apa perkara yang akan berlaku pada masa akan datang. Jadi, apabila anda tau anda nak sakit je, baru anda amik. Fikirkanlah sendiri. Kalau nak ambil medical card sekarang, hubungi saya.
Penerangan percuma dan tiada paksaan, itu janji saya. Saya cuma ingin beritahu anda apa yang anda perlu tahu pasal medical card ini dan bagaimana medical card ini penting untuk elakkan anda jadi seperti kes-kes seperti di bawah ini. Kalau anda tidak tahu, jangan tidak ambil tahu, ambil tahu, fahamkan apa sebenarnya medical card ini.....kemudian buat keputusan sama ada perlu ambil atau tidak.
Sebabnya....kalau anda dah sakit, agent insurance/takaful dan syarikat insurance boleh cari client yang sihat. tapi, anda tidak boleh cari insurance yang nak cover orang yang dah sakit. Sekadar berkongsi pengalaman. Untuk pengetahuan anda semua, saya ada seorang client yang buat claim pembedahan batu karang, kos rawatan cecah Rm 20,000 di salah sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Kemudian dalam pula elaun hospital dan elaun bedah hampir RM 6,000. Dengan caruman Rm 150 sebulan, dia mampu untuk mendapatkan rawatan yang terbaik, dan tidak terjebak dengan hutang. Sebaliknya, dapat duit elaun lagi.. Anda bagaimana,,????

PruBSN Takaful Puteri

Manfaat Takaful Puteri merupakan manfaat tambahan (perlu disertakan dengan pelan Takafulink). Pelan Takaful Puteri menawarkan pelbagai manfaat tambahan kepada wanita yang biasanya tidak terdapat didalam pelan Takafulink.
Terdapat 2 pilihan pelan iaitu Takaful Puteri atau Takaful Puteri Plus.
Kedua-dua pelan menawarkan tiga tahap jumlah yang diinsurankan iaitu
RM50,000,
RM100,000
RM150,000
Pelan Takaful Puteri menawarkan :
  • Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi daripada penyakit-penyakit berkaitan wanita
Pelan Takaful Puteri Plus menawarkan:
  • Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi anda daripada penyakit-penyakit yang berkaitan wanita.
  • Manfaat Penjagaan Ibu yang melindungi komplikasi kehamilan dan penyakit-penyakit congenital bayi (penyakit sejak lahir)
Illustrasi ringkas mengenai manfaat Takaful Puteri & Takaful Puteri Plus adalah seperti berikut :
Table Plan
Manfaat Wanita
Manfaat Ibu Mengandung




Nota : Kejadian yang boleh dituntut di bawah Manfaat Penjagaan Wanita Dan Manfaat Penjagaan Ibu mestilah kejadian pertama yang berlaku di sepanjang hayat Hayat Diinsurankan.
Maklumat lanjut boleh sms / call 017 5112737

Friday, 6 January 2012

Jadual Liga Super 2012


Buat penyokong bolasepak Perak DR ...kome boleh download jadual penuh Liga Super 2012...
Boleh pegi kat Kejor Yop Kejor

Reds eye Cahill

Manchester United are monitoring Gary Cahill's on-off move to Chelsea. Bolton had agreed a £7million fee with the Londoners for the England centre-back. But the 26-year-old's representatives have failed to agree personal terms at a first meeting. Chelsea are offering £70,000 a week, while Cahill is seeking £100,000 a week. Now United could make a move to bolster their injury-hit defence. Manager Sir Alex Ferguson is minus captain Nemanja Vidic for the season, while Rio Ferdinand has struggled with injury problems. Chris Smalling and the Da Silva twins have also been sidelined, while Phil Jones has been operating more in midfield of late. Ferguson has insisted he has the money to spend in this month's transfer window but added he would not enter the market unless the right player became available.


The Sun also shine the spotlight on Wayne Rooney after his return in the defeat to Newcastle and comment: "Rooney's display certainly did not look like one of a man at loggerheads with his boss. When the player was taken off on 75 minutes, there was no anger and the handshake from Fergie looked amicable."
The Manchester Evening News carry recent quotes from Scotland coach Craig Levein suggesting Darren Fletcher has had his bowel condition,ulcerative colitis, for four years and will have complete rest for four months.a

Filem :: Sesuatu Yang Tertinggal


Sinopsis Sesuatu Yang Tertinggal:-
Filem seram ini mengisahkan enam orang penghuni rumah anak yatim, Arshad (16), Mona (15), Zakiah (15), Ashraf (11), Daud (10) dan Murni (9) yang melalui satu pengalaman yang menghantui mereka ketika menetap di sebuah rumah lama. Cerita bermula apabila mereka dan penghuni-penghuni Rumah Anak Yatim Setia harus berpindah ke sebuah rumah yang telah diwakafkan oleh seorang lelaki. Rumah itu adalah milik arwah datuknya.
Sebuah almari antik telah dijumpai oleh anak-anak yatim tersebut semasa proses pembersihan dan mereka mengambil keputusan untuk mengalihkan almari itu ke bilik yang lain. Semasa mereka memindahkan almari tersebut, ia tergelincir dan menyebabkan lantai kayu usang terkopak. Arshad menjumpai sebuah cermin muka tua melalui celahan bahagian yang terkopak dan menghadiahkan kepada Mona tanpa mengetahui bahawa cermin itu bakal menjerumuskan mereka ke ambang kemisterian. Mona berubah sikap.
Baca kat My Gossip

SINDROM BAYI TERGONCANG


Apakah yang dimaksudkan dengan Sindrom Bayi Tergoncang?

Sindrom Bayi Tergoncang merupakan kecederaan otak yang berlaku akibat bayi digoncang dengan kuat. Kecederaan otak yang dialami bukan sahaja menghasilkan impak jangka panjang yang mendatangkan kecacatan kepada bayi malah ianya juga boleh membunuh bayi tersebut.


Apakah peringkat umur bayi yang paling berisiko?


Bayi berumur 0-9 bulan merupakan golongan yang amat terdedah kepada sindrom bayi tergoncang, walau bagaimanapun, terdapat juga kes yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur 1-4 tahun.


Bagaimanakah ianya boleh berlaku?


Otot leher bayi belum berkembang dengan baik dan dan tidak berupaya untuk menyokong kepala bayi yang agak besar dimana beratnya adalah 25% (satu per empat) daripada berat badan bayi. Otak bayi pula, bersaiz jauh lebih kecil berbanding dengan tengkoraknya dan salur darah dan tisu otak bayi masih lembut dan rapuh.


Perbuatan menggoncang menyebabkan kepala bayi terhayun dan mampu membuatkan otak bayi bergoyang dengan kuat di dalam ruang tengkorak. Pergerakan yang kuat ini menyebabkan salur-salur darah di dalam kepala bayi dan tisu otak terkoyak dan menyebabkan perdarahan.


Kecederaan ini bertambah teruk sekiranya goncangan bayi diikuti oleh pergerakan hentakan tubuh bayi (ke dinding atau ke atas tilam)


Kenapa bayi digoncang?


Perbuatan menggoncang bayi dengan kuat boleh berlaku dalam keadaan-keadaan berikut:


1. Apabila anak/bayi tidak berhenti menangis menyebabkan orang yang menjaga anak/bayi tersebut berada dalam keadaan kecewa, marah dan stress lalu menggoncang bayi tersebut dengan kuat.


2. Penjaga bayi/kanak-kanak hilang pertimbangan dan mudah bertindak ganas akibat pengaruh dadah/alkohol/masalah kewangan


Kenapa ianya merbahaya?


Satu dari tiga bayi yang menderita sindrom bayi tergoncang akan berakhir dengan kematian, yang lainnya akan mengalami kecacatan kekal kesan dari kecederaan otak yang dialami. Perdarahan di dalam organ mata pula boleh menyebabkan kebutaan.


Apakah gejala dan tanda-tanda Sindrom Bayi Tergoncang?


Tanda-tanda awal:

1.Bayi mudah meradang (irritable)
2.Sawan
3.Kaki dan tangan mengalami kekejangan
4.Bayi tidak bermaya dan kurang bertindakbalas
5.Tahap kesedaran bayi menurun
6.Muntah dan tidak mahu makan
7.Perdarahan yang teruk boleh menyebabkan; kematian akibat terhentinya pernafasan dan denyutan jantung

Tanda-tanda lewat akibat dari kesan jangka panjang kerosakan otak:

1.Masalah pembelajaran
2.Kurang upaya anggota
3.Masalah penglihatan atau buta
4.Masalah pendengaran
5.Terencat akal (Cereberal Palsy)
6.Masalah tingkahlaku
7.Sawan berterusan
8.Kematian.

Bagaimana mencegahnya?


Bayi meragam adalah lumrah. Ianya mungkin disebabkan bayi merasa lapar, kembung perut, demam atau merasa tidak selesa. Setiap penjaga bayi harus bersabar dan tenang mengendali bayi dalam keadaan begini. Dapatkan rehat yang cukup, amalkan makanan seimbang agar sentiasa berada dalam keadaan yang cergas dan belajarlah cara-cara menangani stress dengan bijak. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil bagi menghentikan tangisan bayi:


1. Memastikan bayi tidak lapar dan berada dalam keadaan yang selesa (lampin tidak basah)

2. Memastikan bayi tidak sakit (demam, bengkak gusi atau kembung perut)
3. Menghayun bayi secara perlahan atau berjalan perlahan2 sambil mendokong bayi.
4. Menyanyi atau bercakap perlahan2 dengan bayi
5. Menggunakan permainan yang mengeluarkan bunyi agar menarik perhatian bayi
6. Membawa bayi berjalan2 di dalam kerusi tolak
7. Meletakkan bayi di kerusi keselamatan dan bawa bayi berjalan2 di dalam kereta
8. Mendakap bayi sambil bernafas secara tenang dan perlahan2
9. Elak membuai bayi dalam keadaan marah kerana ianya mungkin menyebabkan anda terdorong membuai bayi dengan kasar dan kuat.
10.Sekiranya anda keletihan, minta bantuan seseorang menjaga bayi anda sementara anda berehat seketika
11.Sekiranya tiada satu pun tindakan di atas berjaya dan anda merasa diri anda tertekan, tinggalkan bayi di dalam katil bayi (crib), tenangkan diri anda dan periksa semula bayi selepas 5 minit.
12.Dapatkan nasihat doktor sekiranya bayi anda masih tidak berhenti menangis.

Bahaya Tibi

pix_gal0


Ramai alami simptom lengah jumpa pakar, ada percaya terkena ilmu hitam hingga batuk makin kronik

ANTARA 1945 hingga 1957, batuk kering atau nama saintifik perubatannya, Tuberkulosis (tibi) menjadi penyakit paling digeruni masyarakat dan pembunuh No 1 negara ketika itu.
Senario waktu itu, berikutan ketiadaan penawar berkesan untuk mengubati wabak berkenaan, tibi akhirnya berleluasa menyerang orang ramai sehingga pesakit terpaksa dikuarantin bagi mengelak jangkitan lebih meluas.
kesedaran yang tinggi berhubung penyakit ini perlu ada dalam diri setiap penduduk Malaysia. Jadi, jika anda mengalami apa saja simptomnya, tolong segera bertemu pakar tibi sama ada di hospital swasta, kerajaan atau IPR. - Dr Abdul Razak Muttalif, Pengarah IPR
Pada 1961, kerajaan memperkenalkan Program Kawalan Tibi Kebangsaan dan semua individu yang dikesan mempunyai tanda penyakit ini dirujuk ke Pusat Tibi Negara atau kini dikenali sebagai Institut Perubatan Respiratori (IPR), Jalan Pahang, Kuala Lumpur, untuk rawatan susulan.

Sejak itu, diperkukuhkan dengan kaedah bidang perubatan yang makin moden, tibi mula terkawal sehingga Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan Malaysia sebagai 'Negara Tibi Sederhana'.

Bagaimanapun, sejak 1955, kes baru tibi yang dilaporkan kembali meningkat dan membimbangkan setiap tahun. Pada 2000, sebanyak 15,051 kes direkodkan berbanding 10,873 kes pada 1990.

INFO: Antara simptom Tibi

  • Batuk berpanjangan (lebih dua minggu)

  • Hilang selera makan

  • Demam

  • Berpeluh waktu makan

  • Susut berat badan

  • Batuk berdarah

    Golongan berisiko

  • Pesakit HIV

  • Penghidap diabetes

  • Perokok

  • Banduan

  • Individu berusia dalam lingkungan 20 tahun hingga 40 tahun dan 60 tahun hingga 80 tahun

  • Kerap berada di tempat sesak

  • Berurusan atau berhampiran dengan mereka yang tidak sihat

  • Pendatang asing.

    Kaedah cegah

  • Jalani pemeriksaan kesihatan dengan pakar berkaitan penyakit tibi dengan segera apabila mengalami simptom

  • Gunakan topeng mulut dan hidung apabila berada di kawasan awam terutama apabila anda mengalami batuk atau selsema

  • Doktor di klinik awam perlu memahami serta mempunyai kemahiran mengesan simptom sebenar tibi dan menasihatkan pesakit bertemu pakar

  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...