Tuesday 19 June 2012

Alasan paling popular tak nak amik Medical Card



' Saya satu family Company cover bang ...tak payah dah nak amik yang lain '....ni ayat paling selamat untuk tak nak amik medical card . Tapi korang tau tak setakat mana yang company korang cover tu...Cuba pikir balik ..
Ada tak company bagi salinan polisi kat staff ??
Kalau admit wad ..ada tak company bagi Elaun khas sehari RM150
Kalau korang tetiba je disahkan dapat penyakit kritikal , ada tak company nak bagi pampasan RM50k
Kalau korang udah pencen umur 55 tahun , company cover lagi tak ..??
Kalau eksiden dan disahkan TPD , company nk bagi tak RM50k...silap2 kena buang kerja


Jadi apa salahnya ambil satu Medical Card ni....bayaran RM100 je pun sebulan ( minimum )...Mungkin sekarang ni RM100 tu besar nilainya bagi korang , tapi satu hari nanti RM100 nilah yang akan meringankan beban korang...Sebabnya kalau udah dapat sakit kritikal , bayaran RM100 tu dah tak payah bayar...FREE !!!..Prudential yang bayarkan..Tapi kalau Medical Kad company agak2 nak ke Company bayarkan kalau udah macam tu....


Bagi nama , tarikh lahir , pekerjaan , smoking status ....saya akan buatkan Quotation untuk korang..FREE je ..lepas tu nilaikan sendiri ...Kalau mampu pakai Kancil je jangan le nak harapkan lajunya macam BMW...
email kat :


 khairulniza@prupartner.com.my 
 SMS je kat 017 5112737

Gol berharga dari dua pemain gantian


Pemain gantian menjadi penyelamat Perak apabila mengalahkan Felda United 2-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh malam semalam.
Penyerang lincah, Mohd Shafiq Jamal yang menggantikan Akmal Rizal Ahmad Rakhli menyamakan kedudukan menjadi 1-1 pada minit ke-76.
Shafiq yang menerima hantaran daripada Albert Bodjongo menguis masuk bola ke dalam jaring Felda United mengelirukan penjaga gol, Md Hamsani Ahmad.
Selepas itu, seorang lagi pemain gantian, Mohd Fazrul Hazli menyumbatkan gol kedua bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Perak.
Fazrul yang menerima hantaran daripada Bodjongo terus merembat deras menumpaskan Hamsani pada minit ke-84.
Sebelum itu, pintu gol Perak berjaya dirobek oleh Ahmad Fakri Saarani selepas perlawanan bermula 34 saat bagi gol tunggal Felda United.
Gol yang dijaringkan oleh Ahmad Fakri membuatkan pemain, pegawai dan penyokong Perak terkedu sebelum bangkit semula pada separuh masa kedua.
Pengurus Pasukan, Khairul Azwan Harun berkata, beliau meminta para pemain supaya kembali fokus bagi mendapatkan gol kemenangan.
“Saya meminta mereka bermain bersungguh-sungguh supaya tidak menghampakan para penyokong,” jelas Azwan.
Beliau meminta para pemain berbuat demikian semasa berjumpa dengan semua pemain di bilik persalinan semasa berhenti rehat.
Beliau bersyukur kerana semua pemain telah bekerja keras bagi mendapatkan kemenangan tersebut agar kedudukan Perak dalam saingan liga tidak terjunam.
Kemenangan tersebut meletakkan Perak di tangga keempat dengan mengumpul 33 mata selepas beraksi 20 perlawanan.
Lions XII masih mendahului pasukan lain apabila mencatat kemenangan tipis mengalahkan Terengganu 1-0 seterusnya mengumpul 50 mata.
Kelantan merapatkan kedudukannya dengan Lions XII setelah menumpaskan Kuala Lumpur 1-0 bagi mengutip 44 mata.
Selangor yang membelasah T-Team 5-0 berada di tangga ketiga dengan mengumpul 33 mata selepas 20 perlawanan.

credit to : Perak FA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...