Wednesday, 18 January 2012

Lirik : : Roman

Roman : Kilafairy ft Roman
Kilafairy
Bila terasa deras jantungku
Terisi dengan nada-nada yang resah
Menyakinkanku adanya cinta
Tapi tak pernah terang

Sedangkan diriku semakin menjauh
Dan mula melupakanmu
 
Roman
Tersedar aku dalam pelukan
Kekasih tak pernah ku impikan
Cerita kita menghilang jauh
Hanya menjadi sirnaku

Masihkah dirimu mendiamkan cinta
Percaya kepadaku

Cinta
Usah kau ragu
Ia kan selalu menemanimu
Biar kan ia bertamu

Cinta..
Ku tiada ganti hilang
Tanpa kau sedari
Cinta..
Ku hanya untuk kamu

Roman
Maafkan aku tak seperti yang kamu inginkan
Melepaskan mu saat kau memerlukan
Hapuskan hiba dihadapanku
Ku masih menanti kehadiranmu

Kilafairy
Dapatkah melawan getarannya
Cinta..

Kilafairy & Roman
Cinta
Usah kau ragu
Ia kan selalu menemanimu
Biar kan ia bertamu

Cinta..
Ku tiada ganti hilang
Tanpa kau sedari
Cinta..
Ku hanya untuk kamu 


Lirik : : Ombak Rindu

Ombak Rindu : Adira & Hafiz

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Filem :: Sumpahan Kum Kum

Sinopsis
Cerita bermula apabila Mila yang memiliki wajah berjerawat, malu dengan keadaan rupanya lalu berjumpa dengan seorang dukun bagi mendapatkan rawatan susuk. Pantang laranganya adalah Mila tidak boleh melihat cermin selama 44 hari. Di tempat kerjanya, Mila yang dahulunya langsung tidak dipandang oleh lelaki, mula menjadi siulan ramai. Mila tidak sabar untuk melihat wajah barunya dan dia melihat cermin. Wajah Mila bertukar menjadi hodoh dan Mila pergi berjumpa dukun yang sama untuk memulihkan wajahnya.



Setelah dipujuk dan dirayu, akhirnya dukun iaitu Mak Tom, memberitahu Mila bahawa satu-satunya cara untuk memulihkan wajahnya adalah dengan meminum darah 9 gadis sunti. Mila mengekori Shima ke tandas dan membunuhnya serta meminum darahnya. Shima adalah anak kepada Mak Tom. Mak Tom bertekad untuk membalas dendam terhadap kematian anaknya dan memanggil Mila dengan mengatakan kononnya ada cara lain untuk mencantikkan kembali wajahnya. Mak Tom melibas Mila dengan cangkul dan memasukkan tubuh Mila yang nyawa-nyawa ikan ke dalam lubang yang telah digalinya. Sebelum ditimbus, Mila sempat menyumpah yang dia akan membunuh anak-anak sunti keturunan Mak Tom. Mak Tom mempunyai seorang cucu, Tini dan Mak Tom bimbang Tini akan menjadi mangsa dendam Mila maka Mak Tom sentiasa bersikap dingin terhadap Tini. Hantu Mila(hantu kum-kum) sering merayau dan menggangu orang kampung.
Pada suatu hari, Mak Tom meninggal dan wajahnya berulat dan dipenuhi lipas dan serangga. Rahsia Mak Tom terbongkar apabila Adi, anak lelaki Mak Tom pergi berjumpa Mak Leh, ibu saudaranya, untuk mendapatkan penjelasan tentang hantu Mak Tom dan hantu Shima yang menganggunya. Adi menyuruh isterinya, Nurul, membawa anak mereka pulang ke KL. Di KL, hantu Mila mengekori Tini dan Nurul sehingga dirumah. Nurul mendapat panggilan dari Adi menyuruhnya mengunci semua pintu dan tingkap. Malangnya, Mila sudah berada didalam rumah dan sedang bermain dengan Tini. Nurul mengunci dirinya dan Tini di dalam bilik.
Di kampung, orang kampung sedang mengadakan upacara pengebumian mayat Mila. Adi bergegas pulang ke rumahnya di KL dan ketika tiba, Adi mendapati Tini berada di dalam bilik bersama hantu Mila dan sedang menjerit ketakutan. Adi berjaya membuka pintu dan mendapati hantu Mila sedang mengendong anaknya yang pengsan. Sebelum sempat hantu Mila menggigit leher Tini, hantu Mila menggelupur kerana pada ketika itu, di kampung, orang ramai sudah selesai mengebumikan mayat Mila dan sedang membaca Yassin. Di kubur Mila, kelihatan sorang wanita berjubah dan berhijab sedang berdiri tunduk melihat batu nisan.

Pengarah
Ismail bob Hashim

Lakonan

Feroz  Khan,Putri Mardiana,Lydiawati,Echa,Maimon Mutalib,Kazaar Saisi dan Abdul Razak Ahmad

Tarikh Tayangan – 26 Januari 2012

Tuesday, 17 January 2012

Jom sertai Prudential


Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi agent PruBSN Takaful sama ada Part Time atau Full Time, berikut adalah syarat-syarat minimum yang perlu dipenuhi.

Permohonan Agent baru

1. Syarat Kelayakan (minimum)
  • Pemohon mestilah berumur antara 18 tahun hingga 55 tahun
  • Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap (PR)
  • Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia.

2. Dokumen yang diperlukan untuk permohonan agent baru
  • Melengkapkan borang permohonan asal (Fax tidak dibenarkan)
  • Sijil Akademik (min SPM/MCE dengan 5 subjek lulus)
  • Salinan IC (depan / belakang)
  • 6 salinan gambar berukuran passport (tulis nama dan no IC dibelakang setiap keping gambar)
  • Selection Interview Sheet
  • Borang pendaftaran LIAM yang lengkap dan Yuran LIAM sebanyak RM 30.00
  • Sijil PCE ,CEILLI , TBA. Kalau belum ada ketiga2 sijil berkenaan , kita akan uruskan untuk ambil exam.Buku rujukan kita sediakan. 
  • Agent Agreement, Letter of Guarantee dan Code of Ethic & Conduct yang lengkap diisi
  • Borang Auto Pay
  • Pemohon yang ingin mendaftar sebagai Agent Sepenuh Masa (full time) perlu menghantar salinan surat perletakkan jawatan daripada syarikat terdahulu.
  • JIKA ANDA BERMINAT BOLEH CALL 017 5112737 UNTUK KETERANGAN LANJUT

Pemain import Perak tak berkesan..??

Apa sudah jadi yop dengan pemain import ni..si Popo dengan Kubala..Dan 3 game tapi impak masih tak nampak..Pemain tempatan jugak yang menyerlah...Patut ambik je player2 import yang dulu2..mcm Marlon Alex yang dulu main dengan Kedah..sekarang dengan ATM menjadi..
Apa apapun harap2 lepas ni PopoKubala boleh memberi kesan yang baik..kalau tak jugak hantar je balik..Macam dulu Laslo Repasi ...mula2 macam hampeh...lepas tu terus jadi top scorer..
Jom layan game Perak vs N9






Sunday, 15 January 2012

Filem :: Bujang Terlajak


 Filem yang mengisahkan 3 orang sahabat karib yang jatuh cinta dan bersaing sesama sendiri untuk merebut seorang gadis ...seterusnya baca sini

Thursday, 12 January 2012

Filem :: Keramat

 
 
Sinopsis:
Di tahun 1900, seorang lelaki bernama Habib telah difitnah merosakkan kehormatan Mustika. Akibat dari itu, Habib telah dikerumuni dan dipukul oleh orang kampong diketuai oleh Jabar, abang kandung Mustika. Habib yang merupakan bukan calang-calang orang terus dipukul dan kain yang selama ini menutupi wajahnya ditarik oleh orang kampong dan berlakulah satu peristiwa yang amat dahsyat di mana semua penduduk kampung mati dek cahaya terang yang terpancar dari wajah Habib.
Di zaman ini, kehidupan dua beradik iaitu Nazmir dan Nasti mula dihantui pelbagai pertistiwa pelik dan menyeramkan bermula dengan kehilangan bayi yang dikandung Syazura, isteri Nazmir. Sejak itu, seorang demi seorang ditimpa pelbagai peristiwa di luar fikiran termasuk Munirah, Isteri Nasti. Keinginan Syazura untuk pulang ke kampong halaman suaminya menjadikan keadaan bertambah rumit. Satu persatu rahsia terbongkar dan mendedahkan sebuah sejarah yang mengejutkan Nazmir, Syazura, Nasti dan Munirah. Siapa sebenarnya dalang dalam perkara ini dan apakah rahsia tersebut?
Jom pegi panggung ...

Pengarah

 
Lakonan:
:
Nazmir / Habib (Pelakon Utama)
:
Syazura / Atie (Pelakon Utama)
:
Munirah (Pelakon Utama)
:
Bukhari (Pelakon Pembantu)
:
Dr. Najwa (Pelakon Pembantu)
:
Mustika (Pelakon Pembantu)
Krew:
:
(Pengarah Fotografi)
:
(Pengarah Seni)
:
(Pembantu Pengarah)
Penerbit:
:
(Penerbit)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...