Saturday 20 August 2011

Perak yakin suntikan tiga pemain pinjaman

IPOH, (Bernama) - Persatuan Bolasepak Perak (Pafa) yakin prestasi pasukan Perak bagi menghadapi kancah Piala Malaysia akan lebih mantap dan bertenaga dengan suntikan 'vitamin' tiga pemain yang dipinjam bagi menyarung jersi skuad Seladang.

Tiga pemain yang akan membantu Perak mengharungi kempen Piala Malaysia bermula 6 September ini ialah penjaring terbanyak Universiti Sains Malaysia
(USM) Mohd Failee Mohd Ghazli, pemain Perlis Mohd Hafiszuan Salehuddin dan pemain Harimau Muda Muhammad Rafiuddin Roddin.

Ketiga-tiga mereka dikatakan semakin serasi dengan pemain-pemain sedia ada serta mempamerkan persembahan mantap dalam tiga perlawanan persahabatan lalu, kata Pengurus Pasukan Perak Khairul Azwan Harun.

Dalam tiga perlawanan ujian yang diadakan sejak penyertaan mereka, Perak menewaskan Tentera 4-1, Polis 5–0 dan TLDM 6–0.

Perak kehilangan lima tonggak utamanya yang digantung tujuh perlawanan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 18 Julai lepas.

Mereka yang digantung ialah ketua pasukan Shahrulnizam Mustapha, penjaring terbanyak Akmal Rizal Ahmad Rakhli, penjaga gol utama, Mohd Nasril Nourdin serta
dua tonggak bahagian tengah, Mohd Syazwan Roslan dan Azmeer Yusoff.

Perak pernah menjuarai piala berprestij itu sebanyak tujuh kali sejak diperkenalkan pada tahun 1921 iaitu pada 1926, 1931, 1957, 1967, 1970, 1998 dan 2000.

Sabtu, 20 Ogos 2011
Source: Bernama


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...