Sapa suka beli anak2 barbie? Coki2? Suka sgt bwk anak2 p disneyland ka genting ka tp x amik insuren utk anak2 ptot consider kisah nie broo.... Time hgpa enjoi ada insan sedeh kenang nasib anak2.. 2 org anak sakit kronik derrr.. Maybe depa ni xda ilmu kewangan yg cukup tp korg yg NAMPaK,BACA dan PAHAM kisah ni cmna? Cer imagine anak2 hgpa sakit lagu nie? Cmna? Kalau xmampu xpa ak paham tp yg dok tayang baby2 hari2 kt fb tp xdak insuren lgu mana? Lagguu mana????
Credit to : Pojikun
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Wednesday, 30 January 2013
Thursday, 17 January 2013
NEW !!! PRUlink million
Investment Linked Plan – Everyone is a Millionaire.
An exclusive regular premium investment-linked insurance plan that provides you with a high coverage of RM500,000 and above, and safeguards what is important to you and your loved ones.WHAT WILL I RECEIVE?
With PRUlink million, you can enjoy peace of mind as you will receive at least your basic sum assured amount in the event of death or total and permanent disability (TPD). Depending on the performance of the funds invested, you may receive more than your current sum assured!
A FLEXIBILE PLAN
PRUlink million gives you flexibility to customize your coverage term and premium payment term.
ENHANCE YOUR PROTECTION
Enhance your protection with our optional benefits1.
.
INCREASE YOUR CASH VALUE
We provide the flexibility to increase your policy investment value via Single Premium Top Ups.
NO-LAPSE GUARANTEE
Your policy will not lapse even when the value of units in the plan falls to zero2.
1Attachment of optional benefits is subject to underwriting and additional premium(s)
2Subject to all premiums being paid up to date and no withdrawals performed
HOW DO I START?
First, determine your protection needs, such as your basic cover and other optional benefits. Then decide how long you want to be covered and how long you wish to pay premiums for. The minimum sum assured is RM500,000.
PREMIUM PAYMENT
Premiums can be paid yearly, half-yearly, quarterly or monthly via Auto Debit, Credit Card, Cash or Cheque.
PREMIUM ALLOCATION
For premium payment term of 10 years:
Policy Year
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
Above 6
|
PRUlink million premium Allocation Rates
|
60%
|
70%
|
72%
|
80%
|
95%
|
95%
|
100%
|
PRUsaver premium Allocation Rates
|
95%
|
For premium payment term of 20 years and above:
Policy Year
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
Above 6
|
PRUlink million premium Allocation Rates
|
40%
|
50%
|
60%
|
70%
|
90%
|
90%
|
100%
|
PRUsaver premium Allocation Rates
|
95%
|
WHERE ARE MY FUNDS INVESTED?
The premium will be invested in the PRUlink golden equity fund and PRUlink golden bond fund according to an asset mix as shown in the following table.
The premium will be invested in the PRUlink golden equity fund and PRUlink golden bond fund according to an asset mix as shown in the following table.
If you choose to pay premiums for a shorter term than your policy term, your funds will be switched into the PRUlink golden managed fund upon the end of the premium payment term.
You can track the performance of your funds by checking the unit prices published daily on our website at www.prudential.com.my
OPTIONAL BENEFIT
1) Critical Illness Covers
Crisis Defender is an optional benefit that is designed to pay a lump sum benefit upon diagnosis of any of the 36 critical illnesses.
2) Payor Covers
Enhanced PRUpayor basic, Enhanced PRUpayor saver, PRUspouse payor basic and PRUspouse payor saver pay for your plan in the event of death, disability or critical illness (if Crisis Defender is attached) on behalf of the payor of the plan be it yourself or your spouse.
For further details on the product and riders, please call 03-2116 0228, email us at customer.mys@prudential.com.my or contact your friendly Prudential Wealth Planner KHAIRUL KHAMIS at 017 5112737 to assist you in performing a needs analysis to assess your suitability and affordability needs.
Punca penyakit Appendiks dan rawatannya ...
Apendiks
merupakan satu organ seakan kantung yang terkeluar dari kolon di
bahagian bawah dan kanan abdomen anda. Walaupun fungsi struktur organ
ini tidak begitu dikenalpasti tetapi ini tidak bermaksud organ tersebut
tidak akan mendatangkan masalah. Apendisitis (= radang Apendiks)
merupakan satu keadaan di mana apendiks itu akan membengkak dan dipenuhi
nanah. Adalah dianggarkan lebihkurang 2% dari mana-mana kalangan
masyarakat akan mengalami penyakit radang apendiks dalam jangka hayat
mereka
Simptom
utama apendisitis adalah rasa sakit yang bermula di bahagian perut
(tengah abdomen) dan beralih ke bahagian bawah kanan abdomen. Rasa
sakit apendisitis selalunya menjadi bertambah sakit dalam tempoh 6 – 12
jam dan lama-kelamaan ianya menjadi lebih teruk.
Sesiapa
sahaja boleh mengalami apendisitis tetapi lazimnya ia terjadi kepada
mereka yang berumur di antara 10 – 30 tahun. Apendisitis merupakan
salah satu sebab utama surgeri di bahagian abdomen kanak-kanak
dilakukan.
Rawatan
yang biasa dilakukan untuk apendiks ialah dengan mengeluarkan apendiks
tersebut. Kaedah ini agak ringkas dan pesakit boleh pulih dengan
segera. Tetapi jika apendiks telah pecah, surgeri yang akan dilakukan
agak rumit dan pesakit mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk
sembuh. Apendisitis yang telah pecah tetapi tidak diberi rawatan dengan
segera akan mengakibatkan komplikasi yang lebih serius seperti
jangkitan kuman di dalam darah. Dalam beberapa kes yang jarang berlaku,
apendisitis yang melibatkan apendiks yang telah pecah boleh
mengakibatkan maut.
Tanda-tanda dan Simptom
Apendisitis boleh mengakibatkan pelbagai simptom yang boleh berubah pada bila-bila masa sahaja. Simptom
awal yang biasa dialami ialah rasa sakit di sekitar kawasan pusat yang
akan bergerak ke bahagian bawah kanan abdomen. Rasa kesakitan itu akan
menjadi lebih teruk apabila inflamasi di apendiks itu merebak ke
tisu-tisu yang berhampiran, lebih-lebih lagi ke bahagian dalam lapisan
(peritoneum) abdomen anda.
Lama-kelamaan, rasa sakit itu akan bergerak ke bahagian kanan bawah
abdomen anda – kawasan ini dikenali sebagai poin McBurney.
Bahagian ini terletak kira-kira di bahagian pertengahan di antara perut
dan bahagian atas tulang pelvik kanan anda. Walaubagaimanapun, bagi
ramai pesakit yang mengalami apendisitis, bahagian yang sakit mungkin
berbeza bergantung kepada umur dan posisi apendiks tersebut, lebih-lebih
lagi kanak-kanak dan juga orang tua yang mungkin mengalami sakit
apendisitis di tempat yang berlainan dari yang disebut di atas.
Jika anda tekan secara perlahan di kawasan yang sakit itu, ia akan
terasa lembut. Tetapi, apabila anda lepaskan tekanan itu, lebih-lebih
lagi jika anda melakukannya secara tiba-tiba, rasa sakit apendiks itu
akan menjadi lebih teruk (rebound tenderness).
Ia juga akan menjadi lebih teruk jika anda batuk, berjalan atau
melakukan sebarang pergerakan. Tambahan pula jika apendiks yang
membengkak itu bersentuhan dengan peritoneum – lapisan membran selembut
sutera yang meliputi dinding abdomen dan usus. Namun demikian, jika
anda membaringkan tubuh anda di sisi dan menarik lutut ke dada anda,
rasa sakit yang dialami akan berkurangan.
Selain
daripada rasa sakit yang dialami, anda mungkin akan mengalami satu atau
lebih daripada tanda-tanda dan simptom-simptom berikut:
· rasa mual dan muntah
· hilang selera makan
· demam ringan selepas timbul tanda-tanda dan simptom lain
· sembelit
· tidak boleh mengeluarkan gas/angin (kentut)
· cirit-birit
· bengkak di bahagian abdomen
Punca-punca berlakunya Apendisitis
Setakat
ini tiada sebarang penjelasan yang tepat kenapa penyakit apendisitis
berlaku. Kadangkala ianya disebabkan halangan yang berlaku apabila
terdapat sisa makanan atau ketulan najis yang keras (fecal stone) terperangkap di dalam saluran apendiks anda.
Apendisitis juga mungkin terjadi akibat jangkitan seperti jangkitan
virus di dalam usus atau ia mungkin terjadi akibat inflamasi yang lain.
Dalam kedua-dua konteks, bakteria akan merebak dengan cepat,
menyebabkan apendiks itu membengkak dan dipenuhi nanah. Jika tidak
dirawat dengan segera, apendiks anda mungkin akan pecah.
Ujian Penyaringan dan Diagnosis
Rasa sakit dari apendisitis akan berubah dari masa ke semasa, jadi adalah agak sukar untuk mendiagnosiskannya. Tambahan pula, rasa sakit di abdomen mungkin berpunca dari pelbagai masalah kesihatan selain dari apendisitis. Keadaan-keadaan lain yang berkaitan sakit di abdomen yang menyerupai apendisitis termasuk:
· kehamilan ektopik. Rasa sakit di abdomen mungkin berpunca dari kehamilan ektopik (kehamilan di luar rahim)
· sista ovari. Sista di sebelah kanan ovari mungkin mendatangkan rasa sakit di kawasan yang sama dengan apendisitis.
· batu karang.
Kadangkala, batu karang dari buah pinggang sebelah kanan akan keluar
melalui ureter yang terletak di antara buah pinggang ke pundi kencing,
dan terperangkap di situ. Ini akan menyebabkan rasa sakit yang seakan
apendisitis, lebih-lebih lagi di kalangan orang dewasa.
· Jangkitan air kencing.
Ini kerap berlaku di kalangan kaum wanita.Ianya boleh juga berlaku di
kalangan pesakit yang sedang mengalami penyakit batu karang di dalam
buah pinggang yang belum dirawat.
· penyakit Crohn. Keadaan ini yang menyebabkan inflamasi yang kronik pada trek pencernaan, juga seakan apendisitis.
Untuk
mendiagnosis apendiks, doktor anda akan memeriksa abdomen anda.
Apabila kawasan yang sakit itu ditekan dan dilepaskan dengan tiba-tiba,
rasa sakit apendisitis itu akan menjadi lebih teruk lebih-lebih lagi
jika peritoneum yang berhampiran membengkak. Doktor anda juga akan
memerhatikan tanda-tanda lain termasuk kekakuan yang berlaku di abdomen
dan kebarangkalian anda mengeraskan otot abdomen anda apabila tekanan
diletakkan ke atas apendiks yang membengkak (guarding). Di samping itu, doktor anda akan menyarankan prosedur-prosedur berikut:
· Ujian darah. Doktor anda akan mengira bilangan darah putih yang tinggi jika terdapat sebarang radang apendiks.
· Ujian air kencing.
Anda mungkin dikehendaki menjalani ujian air kencing untuk memastikan
jika terdapat sebarang jangkitan di trek urinari atau batu karang yang
mengakibatkan rasa sakit itu. Jika ianya batu karang, sel darah merah
akan kelihatan apabila pemeriksaan mikroskopik dijalankan ke atas air
kencing si pesakit.
· Ujian imbasan.
Doktor anda mungkin akan menyarankan sinaran-x atau imbasan ultrasound
dilakukan ke atas bahagian abdomen anda yang akan mengesahkan tidak
terdapat penyakit lain yang menyerupai apendisitis. Imbasan ultrasound
yang menggunakan gelombang bunyi berfrekuensi tinggi dan teknologi
komputer akan menghasilkan imej organ dalaman anda. Lebih kerap lagi,
imbasan tomografi berkomputer (computerised tomography – CT) digunakan untuk mengesahkan sesuatu diagnosis. Imbasan CT
merupakan satu ujian imbasan yang menggunakan satu siri sinar-x yang
dihasilkan oleh komputer untuk menghasilkan pandangan yang lebih
komprehensif terhadap organ dalaman anda berbanding sinaran-x yang
konvensional. Ia juga akan membantu mendedahkan sebarang diagnosis yang
lain jika apendiks anda bukan merupakan punca sakit yang dialami.
Disebabkan imbasan CT akan menghasilkan radiasi, adalah perlu untuk
pesakit wanita memastikan dirinya tidak hamil sebelum mengadakan imbasan
CT.
Walaupun
berbagai-bagai ujian di atas mungkin dilakukan ke atas sesetengah
pesakit yang mengalami sakit perut yang sukar dibuat diagnosis, pada
umumnya untuk pesakit ynag mengalami radang apendiks, pemeriksaan
fizikal oleh pakar bedah adalah yang paling penting untuk membuat
diagnosis apendisitis akut. Sungguhpun begitu diagnosis yang dibuat
hanyalah sekadar syak yang tinggi apendisitis akut mengikut
kebarangkalian klinikal. Memandangkan begitu banyak punca sakit perut
yang lain yang boleh menyerupai apendisitis akut, pakar bedah yang yang
berpengalaman luas amat jarang untuk memberi jaminan 100% bahawa
diagnosis adalah apendisitis akut sebelum pembedahan dijalankan.
Komplikasi
Komplikasi yang lebih serius terhadap apendisitis adalah jangkitan di bahagian lapisan kaviti abdomen anda (peritonitis).
Ianya mungkin terjadi jika apendiks anda pecah dan isi kandungan usus
dan organisme akan berjangkit masuk ke dalam kaviti itu. Apabila
ini terjadi, anda akan rasa lega secara tiba-tiba. Tetapi, sejurus
kemudian, seluruh bahagian abdomen anda akan dipenuhi gas dan cecair
sebelum ianya mengeras dan terasa sakit apabila disentuh. Anda juga
akan berasa sakit di bahagian abdomen tetapi mungkin tidak seteruk rasa
sakit apendisitis yang normal. Tambahan pula,
anda mungkin tidak boleh mengeluarkan angin (kentut) atau membuang air
besar disebabkan inflamasi usus. Lain-lain tanda atau simptom adalah
demam, rasa haus yang keterlaluan dan pembuangan air kecil yang amat
sedikit.
Peritonitis
adalah satu kes kecemasan yang memerlukan rawatan. Jika anda atau
anggota keluarga menghidap tanda-tanda jangkitan abdomen, anda
dinasihatkan pergi ke wad kecemasan mana-mana hospital atau mana-mana
klinikal yang beroperasi 24jam dengan segera. Walaupun dengan mendapatkan rawatan segera, peritonitis boleh menjadi lebih serius.
Kanak-kanak
akan lebih cenderung mengalami apendiks yang pecah daripada orang
dewasa. Disebabkan kanak-kanak tidak selalunya menghidap
simptom-simptom biasa apendisitis, ibubapa mungkin akan lengah untuk
mendapatkan rawatan. Atas sebab itu, adalah dinasihatkan agar ibubapa
tidak mengambil sikap acuh tak acuh jika anda atau mana-mana anggota
keluarga mengalami kesakitan di bahagian abdomen. Walaupun jika anda
mengesyaki ‘sakit perut’ itu tidak serius, sila hubungi doktor anda
untuk memastikannya.
Adakalanya, jangkitan atau penyerapan kandungan usus akan membentuk lapisan nanah (appendiceal abscess)
sekecil biji kacang atau sebesar buah limau. Walau apa pun saiznya, ia
memerlukan surgeri sebelum nanah itu menembusi dinding usus itu dan
menyebabkan peritonitis.
Rawatan
Jika
anda mempunyai apendisitis yang teruk, anda perlu menjalani pembedahan
untuk mengeluarkan apendiks tersebut (apendektomi). Pakar bedah anda
akan melakukan pembedahan terbuka yang tradisional dengan menggunakan
insisi di abdomen (di antara 3 – 7cm) atau melakukan surgeri
laparoskopik di mana ia hanya memerlukan beberapa insisi yang kecil di
bahagian abdomen (di antara 0.5 – 1cm).
Dalam prosedur laparoskopik, pakar bedah anda akan memasukkan satu
laparoskop – tiub senipis pensil yang mempunyai sistem lampu dan kamera
video kecil ke dalam abdomen melalui kanula (satu tiub lompang). Prosedur
ini hanya memerlukan insisi yang kecil. Video kamera ini akan memberi
gambaran di bahagian dalam abdomen anda di monitor video dan pakar
bedah anda boleh melakukan surgeri ini dengan lebih jelas. Untuk
mengeluarkan apendiks anda, pakar bedah anda akan menggunakan alat kecil
yang dimasukkan melalui satu atau dua insisi kecil di abdomen anda.
Secara amnya, surgeri laparoskopik memberi peluang kepada anda untuk
sembuh dengan cepat dan tanda parut yang kurang. Tetapi, jika apendiks
anda telah pecah dan jangkitan telah merebak melampaui kawasan apendiks,
atau jika terdapat nanah, anda memerlukan insisi yang lebih besar untuk
membolehkan pakar bedah anda membersihkan kaviti abdomen dengan lebih
teliti. Anda akan menerima antiobiotiks secara intravena dan perlu
tinggal di hospital beberapa hari untuk proses pemulihan.
Kos
pembedahan biasa apendiks adalah sekitar RM 4,000. Tetapi kadangkala
pesakit terpaksa menjalani pembedahan kecemasan pada waktu luar pejabat
yang akan menelan kos di sekitar RM 5,000-6,000 di sesetengah hospital.
Kos pembedahan apendiks juga berbeza-beza jika pembedahan dilakukan
secara laparoskopik, pembedahan yang lebih rumit kerana pesakit lebih
obes, apendiks yang sudah pecah atau kedudukan apendiks yang di luar
kebiasaan. Kos rawatan apendisitis pada keseluruhannya juga boleh
berbeza akibat dari ujian-ujian yang terpaka pakar bedah lakukan di
dalam proses mendiagnos apendisitis akut.
info dari mycolumbiaasia
PruBSN Smartlink ...Lindungi Anak Anda Dari Dalam Kandungan Lagi
**Lindungi Anak Anda Dari Dalam Kandungan Lagi**
Kini Anda Boleh Dapatkan Sokongan dan Lindungi
Perkara paling indah dalam kehidupan datang dalam bentuk yang tak dijangka – serupa dengan kelahiran seorang bayi. Jadi, kenapa tunggu sehingga bayi anda telah lahir untuk memberikannya yang terbaik. Kini PruBSN SmartLink meluaskan perlindungan supaya anda boleh mula melindungi si manja dari dalam rahim lagi.
Pelan bijak ini memberikan anda ketenangan jiwa dengan memastikan anda dan bayi anda sentiasa dilindungi - dari mula lagi.
1. Apakah perlindungan tambahan yang diberikan dalam PruBSN SmartLink?
PruBSN SmartLink melindungi anak anda seawal 20 minggu kehamilan. Semasa tempoh ini
kami memberikan anak anda perlindungan yang diperlukan sehingga dia dilahirkan. Dapatkan
Extra Basic dan kami akan memberi perlindungan semasa anda hamil serta manfaat-manfaat
selepas lahir untuk bayi anda.
2. Siapakah yang layak untuk mengambil pelan PruBSN SmartLink?
Anda boleh memiliki PruBSN SmartLink dari ketika anda hamil 20 minggu dan jika anda
berumur di antara 19 dan 45 tahun.
3. Saya tidak hamil sekarang, apakah pelan yang boleh saya ambil kemudian jika saya
bersedia untuk berkeluarga?
Apabila anda sudah bersedia untuk berkeluarga, anda boleh mengambil rider Baby Care.
Rider ini melindungi bayi anda dan anda semasa hamil dan selepas lahir – dan kami berikan
perlindungan yang sama untuk setiap kelahiran.
Kami juga menyediakan Bonus Imunisasi sebanyak RM200; selepas 2 tahun anak anda
dilahirkan.
4. Siapakah yang layak untuk mengambil rider Baby Care?
Jika anda berumur di antara 19 dan 40 tahun, anda boleh mengambil rider ini bersama pelan
PruBSN FirstLink atau PruBSN TakafulLink anda. Pelan ini melindungi anda sekiranya anda
hamil sebelum anda berumur 46 tahun.
5. Apakah manfaat-manfaat yang diberikan pelan-pelan ini?
Kini Anda Boleh Dapatkan Sokongan dan Lindungi
si Manja
Sebelum Dia Melihat Dunia Untuk Pertama Kali.
Sebelum Dia Melihat Dunia Untuk Pertama Kali.
Perkara paling indah dalam kehidupan datang dalam bentuk yang tak dijangka – serupa dengan kelahiran seorang bayi. Jadi, kenapa tunggu sehingga bayi anda telah lahir untuk memberikannya yang terbaik. Kini PruBSN SmartLink meluaskan perlindungan supaya anda boleh mula melindungi si manja dari dalam rahim lagi.
Pelan bijak ini memberikan anda ketenangan jiwa dengan memastikan anda dan bayi anda sentiasa dilindungi - dari mula lagi.
1. Apakah perlindungan tambahan yang diberikan dalam PruBSN SmartLink?
PruBSN SmartLink melindungi anak anda seawal 20 minggu kehamilan. Semasa tempoh ini
kami memberikan anak anda perlindungan yang diperlukan sehingga dia dilahirkan. Dapatkan
Extra Basic dan kami akan memberi perlindungan semasa anda hamil serta manfaat-manfaat
selepas lahir untuk bayi anda.
2. Siapakah yang layak untuk mengambil pelan PruBSN SmartLink?
Anda boleh memiliki PruBSN SmartLink dari ketika anda hamil 20 minggu dan jika anda
berumur di antara 19 dan 45 tahun.
3. Saya tidak hamil sekarang, apakah pelan yang boleh saya ambil kemudian jika saya
bersedia untuk berkeluarga?
Apabila anda sudah bersedia untuk berkeluarga, anda boleh mengambil rider Baby Care.
Rider ini melindungi bayi anda dan anda semasa hamil dan selepas lahir – dan kami berikan
perlindungan yang sama untuk setiap kelahiran.
Kami juga menyediakan Bonus Imunisasi sebanyak RM200; selepas 2 tahun anak anda
dilahirkan.
4. Siapakah yang layak untuk mengambil rider Baby Care?
Jika anda berumur di antara 19 dan 40 tahun, anda boleh mengambil rider ini bersama pelan
PruBSN FirstLink atau PruBSN TakafulLink anda. Pelan ini melindungi anda sekiranya anda
hamil sebelum anda berumur 46 tahun.
5. Apakah manfaat-manfaat yang diberikan pelan-pelan ini?
6. Anak-anak anda cemerlang dalam peperiksaan? Dapatkan EduSmart Bonus :
Sunday, 6 January 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)