Lemang merupakan sejenis masakan tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti hari-hari raya. Di Malaysia, lemang telahpun direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864 lagi.
Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. Kaedah memasak menggunakan buluh merupakan kaedah kaum asli memasak di Malaysia.
RESEPI LEMANG
Lemang boleh dimakan dengan rendang , serunding |
Bahan-bahan
Cara penyediaan
- Basuh beras pulut dan tuskan airnya.
- Gulong daun pisang dan masukkan ke dalam buluh mengikut bulatan buluh.
- Kemudian masukkan beras pulut yang telah dituskan ke dalam gulongan daun pisang dalam buluh tersebut dan tinggalkan ruang satu atau dua inci. Jangan terlalu penuh.
- Masukkan sedikit garam secukup rasa ke dalam santan dan tuangkan ke dalam buluh.
- Bakar dengan menggunakan api yang sederhana besar. Setiap 15 minit hendaklah dibalik-balikkan agar masaknya sama rata.
- Masak sehingga tiga hingga empat jam sebelum diangkat.
- Lemang boleh dimakan pada bila-bila masa.
No comments:
Post a Comment