Anda ke gimnasium , menjaga pemakanan dengan baik malah sentiasa memastikan kadar kolestrol berada pada tahap yang normal serta tidak merokok , namun tak semua yg anda lakukan ini menjamin anda bebas daripada risiko penyakit JANTUNG.
Ini kerana terdapat beberapa amalan yang lain membuatkan anda terdedah kepada risiko ini.Berikut adalah di antaranya :
1. Anda mempunyai penyakit kulit
Kulit memerah serta bersisik lebih dikenali sebagai psoriasis adalah antara penyakit yang menjadi faktor penyumbang anda diserang penyakit Kardiovaskular , sama seperti risiko bila anda merokok.
2. Kurang tidur
Kebiasaan tidur selama 5 jam atau kurang daripada itu sebenarnya mendedahkan risiko 2 kali ganda terhadap serangan jantung , walaupun anda tergolong dalam golongan sihat.
3.Penyakit Gusi
Orang yang mengidap penyakit kronik periodontal dan jangkitan bakteria pada gusi berisiko 2 kali ganda lebih besar untuk mengidap serangan jantung fatal.
4. Komplikasi Kehamilan
Mengalami komplikasi pre eklampsia iaitu tekanan darah tinggi dan protein dalam urin manggandakan lagi serangan jantung.Bukan itu sahaja ia juga memberi risiko diabetes gestational sehingga 70%.
5. Tekanan di tempat kerja
Wanita mengalamitekanan di tempat kerja dan tidak dapat mengawalnya berisiko 40% lebih besar untuk diserang penyakit jantung dan strok.
INGAT!!!!! MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT
No comments:
Post a Comment