Sukan atau aktiviti lasak bukanlah satu permainan yang ringan.Silap gaya dan teknik pasti berlaku perkara yang tak diingini.Cukuplah kalau terseliuh atau bengkak , pasti sakit akan dirasai.
Ingat!!!..kecederaan dalam bersukan bukan sahaja untuk golongan muda tetapi tidak terkecuali golongan tua yang aktif bersukan mahupun pemain profesional atau semi pro.
Jenis-jenis kecederaan yang biasa dialami
1. SENDI - Bahagian kaki , buku lali , sendi lutut dan pinggang
2. TISU OTOT - Otot peha , betis dan belakang.
Punca dan gejala kecederaan semasa bersukan
Kebanyakkan punca kecederaan ini meliputi pertembungan di antara pemain , hentakan daripada pihak lawan atau peralatan sukan , jatuh dan aktiviti sukan atau latihan yang berlebihan.
Apabila keadaan berlaku pastikan seseorang itu mengenal pasti kecederaan atau tanda seperti sakit , bengkak , lebam , sakit kepala , terseliuh , pening , loya dan muntah ( mungkin akibat kecederaan otak ).
Langkah pertama yang harus dilakukan setelah alami kecederaan
Sebagai langkah pertama , anda boleh mengikuti garis panduan yang boleh dipraktikan.Namun jangan mengambil mudah sesuatu perkara kerana ia boleh mendatanagkan bahaya.
Seseprang boleh mendapatkan khidmat rawatan atau pertolongan cemas untuk menentukan jenis kecederaan yang dialami.Jika cedera ringan rawatan terus boleh dibuat.
Salah satu yang sering diamalkan oleh pemain sukan adalah berdasarkan prinsip RICE iaitu :
REST : Rehat dari bersukan & rehatkan bahagian yang cedera.Pastikan berada dalam keadaan selesa & tidak bergerak untuk mengelakan rasa sakit atau kecederaan makin teruk.
ICE : Letakkan ais di bahagian yang cedera untuk mengurangkan rasa sakit.Ais membantu pengecutan saluran darah dan menghadkan pendarahan dan bengkak.
COMPRESSION : Tekanan..balut bahagian yang tercedera untuk mengelakan bengkak.Semakin berkurangan bengkak semakin kurang rasa sakit dan mempercepatkan proses penyembuhan.
ELEVATION : Ampu sedikit tinggi.Ampu bahagian yang cedera tinggi sedikit dari paras jantung.Ini kerana ia mampu mengurangkan bengkak / edema yang dialami
Cara mengelakan kecederaan?
1 . Mendapat tunjuk ajar daripada jurulatih sukan atau guru jasmani.
2. Ikut peraturan sukan yang ditetapkan kerana ia boleh melindungi dari kecederaan.
3. Belajar atau minta nasihat dari jurulatih atau kawan yang tahu tentang sukan yang ingin dilakukan.
4. Gunakan peralatan yang sesuai mengikut saiz dan jenis sukan.
5. Gunakan pelindung yang lengkap.Alat pelindung mulut , lidah , gigi & mata.
6. Lakukan pemanasan badan sebelum bersukan
Dapatkan Medical Card anda...Jika anda tercedera dan memerlukan rawatan..kami bayar bil hospital anda dan boleh dapat elaun MC.
No comments:
Post a Comment