Friday 29 July 2011

5 pemain Perak hadapi tindakan FAM

Lima pemain berhadapan tindakan tatatertib FAM


Lima pemain Perak berhadapan tindakan tatatertib FAM

Lima pemain utama skuad Perak telah diarahkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk membeladiri berhubung insiden semasa perlawanan Liga Super 2011 antara Perak dan Sabah, di Stadium TLDM Lumut pada 19 Mei lalu.
Tindakan diambil oleh Jawatankuasa Disiplin FAM berdasarkan laporan pengadil perlawanan, Mohd Sabri Mat Ladzim, yang mendakwa dirinya diserang.
Insiden berlaku pada minit-minit akhir permainan apabila Sabah diberikan sepakan percuma berhampiran kotak penalti Perak dan berjaya menghasilkan gol penyamaan menerusi Rozaimi Rahman.
Perlawanan berkesudahan seri 1-1 setelah Perak sebelum itu mendahului menerusi jaringan ketua pasukan, Shahrul Nizam Mustapa pada minit ke-52.
Kelima-lima pemain yang terbabit adalah Shahrul Nizam, Akmal Rizal Rakhli, Nasril Nourdin, Mohd Syazwan Roslan dan Azmeer Yusof.
Mereka berkemungkinan digantung permainan dan didenda wang tunai jika didapati bersalah oleh Jawatankuasa Disiplin FAM.
Surat-surat rayuan pemain telah diserahkan kepada FAM melalui Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), namun tarikh sebutan semula kes masih belum ditetapkan.
sumber : Perak FA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...