Tuesday, 6 September 2011

Pemilik Petknode Minta Maaf

Dalam pukul 11 pagi hari ini, pemilik Petknode di facebook mereka telah menulis nota permohonan maaf keran telah mengabaikan dan menyeksa haiwan haiwan yang dihantar ke premis penjagaan haiwan Petknode.  Pemilik Petknode Shahrul dan Yushairi menulis di facebook:

 
Dengan ini, kami, Shahrul dan Yushairi, pemilik perniagaan Petknode Online Pet Store, dengan hati yang tulus ikhlas dan rasa rendah diri, ingin menyampaikan rasa terkilan dan bersalah kerana gagal memberikan perkhidmatan yang terbaik seperti yang
dijanjikan. Kami mengakui kesilapan kami dalam menguruskan pusat jagaan kucing kami sehingga kebajikan kucing-kucing pelanggan diabaikan. Kami amat menyesal disebabkan gagal mendapatkan tenaga pekerja untuk membantu kami menguruskan pusat jagaan kucing dan sebagai perniagaan yang kecil, kekangan modal dan sumber yang terhad menyebabkan kegagalan kami menyediakan tempat tinggal yang terurus untuk kucing-kucing pelanggan. Walaubagaimanapun, kami telah cuba yang termampu untuk menguruskan kucing-kucing pelanggan dengan segala sumber yang ada.


Kami memohon maaf kerana menyebabkan kucing-kucing pelanggan menjadi tertekan, kurang makan dan minum, terabai kebajikannya disebabkan kekurangan dan kelemahan kami sendiri.




Namun permohonan maaf mereka tu tidak diterima ramai. Dalam facebook, korang boleh baca komen komen dari pemilik haiwan dan pencinta haiwan serta orang orang yang prihatin, tidak dapat menerima kata kata maaf dari Petknode.


Memang perbuatan Petknode amat kejam sekali. Sepatutnya mereka dihukum dengan hukuman yang setimpal bukan hanya dilepaskan dengan hukuman ringan.
Lebih seminggu kuicng kucing terkurung tanpa makanan dan minuman di petknode. Kira kira 290 ekor kucing terseksa dan ada yang mati.
Seramai 50 orang pemilik kucing sudah membuat laporan polis terhadap premis Petknode. Selepas itu, polis menyerbu premis berkenaan, sukarelawan turut berada di sana untuk menyelamatkan kucing kucing yang dikurung.
Siapa yang tak tau lagi, nak habaq sikit, Petknode ni premis yang menyediakan pusat jagaan haiwan kesayangan disebut “hotel Kucing/haiwan” . Selalu orang yang nak pergi bercuti ke mana mana tak bawa haiwan peliharaan diorang hantar ke pusat macam tu untuk dijaga dengan bayaran tertentu dikenakan oleh pusat jagaan.
CREDIT TO :: NURIZSPACE.COM

Read more: http://nurizspace.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...