Friday, 28 October 2011

Filem 29 Februari ..Filem 3D pertama arahan Edry KRU


KUALA LUMPUR, 28 OKT 2011:
Selepas kejayaan filem Magika, pengarahnya, Edry Abdul Halim enggan mendiamkan diri dan memilih untuk mencuba sesuatu yang baru.

Lantas filem 3D stereoskopik berjudul 29 Februari tampil mengetengahkan idea kreativiti barunya dan sekaligus mengangkat karya keduanya itu sebagai yang pertama di negara ini menggunakan teknologi berkenaan.

"Filem ini menampilkan teknologi 3D stereoskopik dan merupakan yang pertama di negara ini menggunakan teknologi tersebut. Ia dihasilkan sebagai tanggungjawab kami kepada industri seni dan bukanlah sebuah hiburan kosong sahaja. Saya bangga dapat menghasilkan filem ini," katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran filem berkenaan di Stadium Merdeka, beberapa hari yang lalu.

Dibintangi oleh Remy Ishak dan Jojo Goh selaku pendukung utama, jelas Edry filem berkenaan mengangkat sebuah kisah cinta yang terhalang dek keluarga berikutan berlainan agama.

Namun yang menariknya mengenai filem tersebut ialah ia mengetengah elemen cinta, muzikal dan epik dalam satu pakej.


"Filem ini mengangkat kisah seorang lelaki bernama Budi yang dilahirkan pada tahun lompat iaitu pada 29 Februari. Perkembangan kehidupannya lebih perlahan berbanding orang lain kerana empat tahun orang biasa bersamaan setahun untuk lelaki itu.

"Dari situ bermulalah pelbagai kisah yang dilaluinya dan salah satu tentunya kisah cintanya terhadap gadis cina bernama Lily. Kelebihannya pada filem ini ialah suntikan muzikalnya serta pada masa yang sama kupasan sejarah kehidupan bermula pada zaman 1896 antaranya perang Jepun dan peristiwa 13 Mei ," ucapnya.
Tambah Edry lagi, penonton juga akan dapat melihat antaranya peristiwa 13 Mei dan perang Jepun yang turut diselitkan dalam filem berkenaan.


Dengan berbajetkan RM 3.5 juta, kata Edry antara cabaran yang dilaluinya dalam menyiapkan filem ini ialah ketepatan fakta sejarah serta ketelitian dalam penghasilannya menggunakan elemen 3D itu sendiri.

"Cabaran utama saya tentunya dari segi fakta sejarah, yang mana tak boleh salah dan tak boleh nak songsangkan sejarah. Sebagai contoh babak 13 Mei dan perang Jepun itu merupakan satu fakta jadi kita tak boleh tipu. Saya tak boleh nak putar belit sejarah.

"Selain itu juga, menerusi penggunaan teknologi 3D ini semuanya perlu diteliti kerana ianya nampak detail. Bayangkan kita menggunakan 3D untuk mempamerkan emosi dan ia bukanlah satu tugas yang mudah," katanya filem tersebut bakal ditayangkan pada 30 Ogos tahun hadapan.

Sumber : Murai.com

Saturday, 22 October 2011

Les’ Copaque Bakal Keluarkan Siri Animasi Terbaru Bertajuk “Pada Zaman Dahulu”!


Les’ Copaque bakal muncul dengan siri animasi terbaru yang lebih menarik dan berkualiti tinggi berbanding siri animasi Upin & Ipin sebelum ini.
OHBULAN! difahamkan “Pada Zaman Dahulu” merupakan siri animasi kedua yang dihasilkan oleh Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. selepas kejayaan siri Upin dan Ipin. Siri ini mempunyai 12 episod untuk ditonton dan ini bakal menjadi sebuah lagi produk yang akan membawa nama Malaysia di persada dunia.
Ia menjadikan kisah Sang Kancil sebagai medium hiburan dan pengajaran. Maka tidak hairanlah siri ini sangat sesuai di dalam menyampaikan mesej kepada kanak-kanak terutamanya dengan cara yang mudah dan menghiburkan.
Siri ini memaparkan tentang Aris dan Ara yang tinggal di kampung bersama Aki dan Wan. Terlalu biasa tinggal di bandar menyebabkan mereka sukar untuk membiasakan diri di kampung. Seperti kanak-kanak lain, Aris dan Ara juga nakal dan sering terlibat dengan masalah. Dari situ Aki cuba mendekati cucu-cucunya itu dengan bercerita kisah-kisah Sang Kancil agar mereka belajar dari kesilapan.
Untuk mengikuti perkembangan lanjut mengenai siri animasi yang akan di tayangkan di saluran Al-Hijrah ini, anda boleh melawat laman Facebook “Pada Zaman Dahulu” atau terus ke laman rasmi siri ini di PadaZamanDahulu.com sekarang.

Friday, 21 October 2011

Kesan Negatif Tampar Muka Budak

SAYA tergerak untuk menulis berkenaan kesan menampar muka kanak-kanak sama ada anak kita ataupun murid sekolah. Kita mungkin menganggap menampar adalah tindakan yang tidak serius dan bukanlah isu besar, malah kita sendiri pun pernah ditampar pada satu ketika dulu.

Bagaimanapun tahukah perbuatan menampar itu boleh memberi kecederaan serius terutama ke atas kanak-kanak. Dari sudut perubatan, kita mengetahui kanak-kanak mempunyai organ yang masih berkembang dalam menjalani proses tumbesaran.
Organ ini juga rapuh, mudah cedera dan berpotensi menghadapi masalah kesan negatif jangka panjang. Organ di bahagian muka seperti mata, telinga, mulut, lidah, saraf tunjang leher dan juga otak ialah organ penting yang berpotensi tercedera jika bahagian muka dan kepala dijadikan tempat membuat pukulan atau tamparan.
Jika kita membaca mengenai kesan kecederaan muka dan kepala terutama ke atas kanak-kanak yang didera, kita dapati kebanyakan kecederaan disebabkan tindakan menampar ataupun menumbuk di bahagian muka.


Orang yang menampar mungkin memakai cincin atau gelang dan kesan yang diakibatkan oleh tangan ini tentu sekali lebih serius. Apabila melakukan tamparan terutama di dalam keadaan emosi yang tidak terkawal, kita tidak dapat mengawal dan menentukan dengan tepat bahagian muka yang terkena tamparan.


Ini menyebabkan tamparan bahagian muka kadangkala boleh terkena leher, mata dan telinga. Tamparan yang kuat ke bahagian kepala boleh mencederakan tulang leher dan saraf tunjang kerana anjakan kepala yang mendadak dan cepat.

Anjakan cepat bahagian kepala ini juga boleh menggoncang otak dan ini boleh memecahkan salur darah, mengoyak selaput otak dan boleh berlaku pendarahan otak.
Pada waktu sama jika kepala terhentak ke dinding atau benda keras akibat momentum pergerakan kepala ketika ditampar, kecederaan yang berlaku boleh menjadi lebih serius dan mungkin boleh mengancam nyawa.

Jika tamparan tepat pada cuping telinga dan menutup lubang telinga, maka tekanan kuat akan disalurkan ke dalam rongga telinga dan sampai ke gegendang, gegendang telinga boleh pecah dan ini akan menyebabkan gangguan pendengaran yang kekal jika ia serius dan tidak dirawat dengan cepat.

Sebenarnya banyak lagi kesan fizikal akibat tamparan seperti lebam, bibir pecah, gigi patah dan lain-lain lagi. Apa yang penting ialah menampar bukan perbuatan yang boleh dipandang ringan lebih-lebih lagi jika ia digunakan sebagai kaedah untuk menghukum.

Di samping kesan fizikal yang dialami oleh kanak-kanak atau pelajar yang ditampar, kesan psikologi ialah salah satu akibat yang tidak kurang seriusnya.

Menampar dikatakan satu kaedah yang boleh menjatuhkan maruah seseorang lebih-lebih lagi jika ia dilakukan di hadapan khalayak. Saya menyeru kepada semua pihak supaya mengelakkan diri daripada menggunakan tamparan muka sebagai kaedah menghukum.

Kesimpulannya, apabila kita menghukum terutama ke atas anak-anak atau pelajar, hukumlah dengan kaedah sesuai serta berhikmah dengan tujuan mendidik dan penuh kasih sayang supaya ia dapat menjadi pengajaran berguna dan bertujuan menjadikan mereka seorang insan yang lebih baik di masa hadapan.

DR MOHD RUSHDAN MD NOOR,
Hospital Sultanah Bahiyah,
Alor Setar, Kedah.


sumber : Berita harian 

Maharaja Lawak Mega tampilkan 47 pelawak otai


Melihat kejayaan besar yang dimiliki menerusi program Maharaja Lawak yang lalu, pihak Astro Warna membawakan pula sebuah lagi program istimewa untuk mencari yang terbaik di kalangan yang terhebat di rantau Asia Tenggara berjudul Maharaja Lawak Mega.

Bakal memulakan siaran secara langsung pada setiap hari jumaat, jam 10.00 malam bermula 28 Oktober, program ini menampilkan 47 orang pelawak professional dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. 

Masih menggunakan format dan konsep yang hampir sama, nasib para peserta akan diadili dengan gabungan system pemarkahan juri tetap dan undian penonton. Kuasa Imuniti tetap dimiliki oleh ketiga-tiga juri tetap dan akan digunakan selepas mendapat persetujuan ketiga-tiga mereka.

Peserta yang paling menyerlah dan berjaya memikat hati juri dan para penonton bakal dinobatkan sebagai juara dan akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 350 000.

Menurut Pengurus Pakej Mustika, encik Nizam Sani, senarai peserta yang dipanggil adalah berdasarkan tawaran yang diberikan oleh pihak Astro dan kumpulan pula terbentuk berdasarkan pemilihan mereka sendiri.

“Kami member kebebasan untuk mereka sama ada untuk bertanding secara solo atau berkumpulan, ikut keselesaan mereka kerana keserasian itu dibentuk sendiri oleh peserta.

“Rancangan ini menjanjikan pelbagai kelainan menerusi penyampaian dan cara yang bakal ditonjolkan oleh setiap peserta. Hingga pada penghujung rancangan ini nanti, kita bakal menemukan juara yang akan bergelar “Otai Segala Otai”,”jelas Nizam Sani.
SENARAI PESERTA

Berkumpulan:Pimai ( Sathiya, Imuda, dan Mat Over)
Hiro (Hamdan, Ilya, dan Ropie)
Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik)
Anje (Achong dan Joey)
Osbon (Mr Os dan Abon)
Bawal Power (Bob Kuman dan Sobri)
Rap (Aziz Kota, Pak Lah, dan Rama)
Comel (Radhi Khalid dan Bell ngasri)
3G (Yassin, Didie Alias, dan Enot)
Syok (Suhaimi, Ifa Raziah dan Arif Sudin)
Gebu ( Hani dan Azian)
Bawel (Dodon Jambul, Amin Bawel, Dadang Ragas)
Lanun ( Jegan, Elyas dan Saiman Al Farisi)
Saehu (Eko, Bocil dan Vicha)
Caer (Adeteo, Mister Ibo dan Lugiana)

Solo:Adlin Aman Ramli
Jalil Hamid

Wednesday, 19 October 2011

Punca Kenapa Tidak Ada Yang Menolong Budak Umur 2 Tahun Di Langgar Di China

Pic sekadar hiasan from Google
Aku sebenarnya sangat ingin tahu kenapa semua orang hanya mampu memandang dan langsung tidak membantu budak yg b'umur 2 tahun dilanggar di China tu. So, aku pun tryla cari culture & what they have practice in China. Rata2 semua orang cakap pasal those in china sgt kejam. Then  I have found 1 articel about this from http://anneraini.blogspot.com . So, semoga kamu semua boleh baca dan tahu keadaan sebenar di China.

"Okaylah, sejak petang semalam, memang kecoh pasal video budak 2 tahun kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pon yang peduli. Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu buat dek jek... Video tu mmg tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni... Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia. Semalam pon HOT fm buat topik pasal ni...

Sekarang aku nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak pergi ke China... Kalau korang jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung, sila jangan tolong.. Ye, benar2 kawan2. JANGAN TOLONG! Nak tahu kenapa? Sebabnya bila kau tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab engkau. Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka ko yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb ko yang tolong dia...Ataupun ko akan disaman oleh anak makcik tu sbb ko lah penyebab mak die jatuh... Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sbb kalau mereka tolongpun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya... Serius wa cakap lu. Cerita ini diceritakan oleh ofismate aku yang membacanya dalam akhbar cina minggu lepas.

Dalam akhbar tu penulis bagitau ada seorang askar (kalau tak silap aku) menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba2.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tu.. Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama. Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung.

Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu? Mula2kan die dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sbb perasan die langgar budak. Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati, die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup die kena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tu akan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgar hidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati.. Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni...

Jadinya kalau sampai di China ingatlah pesan aku ni... JANGAN TOLONG kecuali family ko sendiri... Kalau ofismate aku tu tipu maka tipulah aku... Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini...
 

Kesimpulannya, di mana saja, manusia semakin hilang pertimbangan diri.

Wednesday, 12 October 2011

Ikan Baung

Ikan Baung adalah salah satu ikan yang sekerabat dengan ikan lele dan termasuk dalam marga Hemibagrus. Ikan ini secara sekilas mata memang sama dengan ikan Lele dengan adanya sungut dan patil di mulutnya. Sebagai ikan konsumsi, Ikan Baung terkenal sebagai bahn masakan yang cukup enak, terutama di daerah Sumatera, dan Kalimantan.
Ikan Baung terdapat di berbagai negara baik di India, Cina Selatan dan sebagian Asia. Dengan habitat perairan tawar mulai dari hulu sungai bahkan sampai di sungai dengan kadar air tawar yang bercampur air asin di muara sungai. Ikan Baung merupakan ikan yang mampu menyesuaiakan diri dengan kondisi air yang beraneka ragam, baik itu danau, sungai, waduk maupun perairan payau di muara sungai.


Ikan Baung merupakan ikan nokturnal yang aktif mencari makan di malam hari dan merupakan ikan yang termasuk omnivora yakni pemakan segala. Meskipun makanan kesukaannya adalah udang, ikan kecil, siput dan berbagai jenis serangga. Pada pemancingan ikan baung di sungai umpan pemancing biasanya adalah campuran berbagai macam bahan hewani yang dibusukkan
Untuk memancing ikan Baung biasanya di daerah Sumatera Selatan terdapat umpan yang disebut “kucur” yang merupakan campuran dari usus ayam, isi perut ikan dan telur itik  dicampur dan dibusukkan sehingga menimbulkan bau yang sangat menyengat dan dapat menarik penciuman ikan di dalam air. Saking hebatnya aroma ikan ini banyak juga pemancing yang cukup terganggu dengan aromanya. Umpan kucur untuk ikan Baung terbukti sering berhasil, bahkan juga aneka ikan lain juga berhasil di tangkap.
Meski termasuk ikan nokturnal, namun pemancingan di siang hari sering berhasil juga. Ikan Baung biasanya bersebunyi di dasar perairan dan juga lubang – lubang yang berada di pinggir sungai yang berada didalam air. Seperti lele kerabatnya, ikan Baung dapat juga ditangkap dengan menggunakan umpan alami lain seperti cacing, atau jangkrik.

Wednesday, 5 October 2011

Daihatsu Punya cerita

Daihatsu ....nama yang menjadi kegilaan para peminat modifikasi kereta kat malaysia.Khususnya segmen K Kar atau keta2 comel..Di Malaysia Perodua adalah saudara kepada daihatsu.Jadi menukar rupa asal atau JDM ( Japaness Domestic Model ) adalah mesti buat peminat2 daihatsu..Tak susah untuk dapatkan barang.Kedai half cut bersepah sekarang ni..cuma siapkan je pengerasnya..maklumlah..nak siapkan sebiji Kenari di transform ke MOVE Peanut / RS mau berpuluh2 ribu..kira complete la..siap dengan enjin skali..
Kat sini ada sikit info pasal asal usul Daihatsu...


Daihatsu Motor Co., Ltd. (ダイハツ工業株式会社 Daihatsu Kōgyō Kabushiki-gaisha ?, TYO: 7262, OSE: 7262) is the oldest Japanese manufacturer of cars, known mostly for its smaller models and off-road vehicles. Many of its models are also known as kei jidōsha (or kei cars) in Japan. Its headquarters are located in Ikeda, Osaka Prefecture.[1]
The name "Daihatsu" is a combination of the first kanji for Osaka (大) and the first of the word "engine manufacture" (発動機製造 hatsudōki seizō ?) ; when put together they are pronounced "dai hatsu."
Daihatsu was formed in 1951 as successor organisation to Hatsudoki and, by the 1960s, had started exporting cars to Europe, although it did not enjoy any major sales success until well into the 1980s.
Since February 1992 in North America, it has been common for Toyota to distribute Daihatsu models.
In January 2011, Daihatsu announced it would pull out of Europe by 2013, citing the persistently strong yen which makes it difficult to turn a profit from its export business.Daihatsu's sales in Europe had plummeted from 58,000 in 2007 before the financial crisis, to 19,000 in 2010.

Type Public company 51.2% owned by Toyota
Traded as TYO: 7262
Industry Automobile manufacturing
Founded March 1, 1907
Key people Kousuke Shiramizu (Chairman)
Teruyuki Minoura (President)
Revenue 1,348billion USD (2006)
Net income 4billion USD (2006)
Employees 11,873
Website Daihatsu.com       
 Sumber : wikipedia

Monday, 3 October 2011

Ikan Raja a.k.a Peacock Bass


PENGENALAN

Ikan ini terkenal dengan sifatnya yang sangat agresif dan mempunyai daya lawan yang tinggi.
Ia tersenarai sebagai salah satu spesis 'gamefish' yang menjadi buruan para pemancing.
Di malaysia, ia boleh ditemui di tasik, lombong tinggal, kolam tadahan banjir dan kawasan berair bersih lain. Ia mula ditemui di sekitar perak, lembah kelang dan kini telah merebak ke tempat2 lain sekitar semenanjung. Ianya dibawa masuk ke negara kita oleh segelintir pemancing dengan tujuan untuk merancakkan lagi arena sukan pancing di Malaysia.

SIFAT

Bersifat pemangsa dan 'teritory' terutamanya dengan spesisnya sendiri. Ketika kecil, ia sangat sensitif dengan kualiti air dan pemakanan. Apabila telah mencapai panjang lebih 10 inci, ia mula menjadi ikan yang sangat agresif. Kitaran hidupnya adalah sekitar 10 hingga 15 tahun dan boleh mencapai panjang hingga 36 inci.
Ia menjadi lebih agresif apabila waktu mencari makan dan ketika mengawal anak.

PEMAKANAN


Diet utamanya adalah anak ikan, anak udang, cacing tanah dan lain-lain benda hidup.

CIRI-CIRI


mempunyai bentuk badan yang unik dimana ia mempunya bentuk kepala yang berbonjol dan warna badan yang berwarna warni. Dibahagian badan, ia berwarna kuning kehijauan dan mempunyai tompokan hitam di bahagian badan dan ekor. Berwarna kemerahan pada bahagian sirip bawah badan dan kehitaman pada bahagian ekor dan sirip bahagian atas badan.
Disamping itu, ia juga mudah dikenali kerana mempunyai mulut yang besar menghadap ke permukaan air serta sisik dibahagian badan yang halus.
Bagi ikan jantan dewasa, ia akan mula ditumbuhi boggol di bahagian atas kepala apabila matang manakala bagi betina pula tidak.

PEMBIAKAN


dalam keadaan liar, ia boleh bertelur sebanyak 10,000 biji telur dalang sarangnya yang berbentuk seperti kawah bulat yang digali dalam kawasan tebing tasik yang berlumpur ketika musim hujan. Setelah menetas, anak ikan ini akan dijaga oleh induk sehinggalah ia berusia 4 minggu.

t/b : Ikan ini membiak dengan cepat dan secara tak langsung merosakkan dan mengganggu ekosistem hidupan akuatik asal negara kita. kini, hampir kesemua tasik dan lombong tinggal kini didominasi oleh spesis ini.
Jangan tangkap dan lepas, tapi tangkap dan makan...




credit to  padanghuma.blogspot.com

Maxis Hot Ticket ...untuk peminat BPL


Bagi peminat Barclay's Premier League ...korang boleh menang pelbagai hadiah dengan top - up Hot Ticket..


Hotlink is giving away the trip of a lifetime! Stand a chance to watch a match LIVE in England with Football Hot Ticket or an original football jersey consolation prize. You can also Scratch and Win for an instant prize, Win Bonus SMS in the weekly game bonus and receive Free Daily Football News! Great savings and great prizes.
RM15 FOOTBALL HOT TICKET
  • 50 Minutes
  • 150 SMS
  • 7 days validity
  • All local networks, All day
  • Minutes & SMS worth RM33.00
RM10 FOOTBALL HOT TICKET
  • 35 Minutes
  • 80 SMS
  • 5 days validity
  • All local networks, All day
  • Minutes & SMS worth RM20.60

Click here for complete terms and conditions.





Activate your Hot Ticket and stand a chance to win a trip to England!



More info http://www.hotlink.com.my

Sunday, 2 October 2011

NEW!!! ..TAKAFUL HEALTH 2

Kami berada di sisi anda apabila anda memerlukan kami dan memberi ganjaran apabila anda kekal sihat.Itu adalah janji yang telah kami tunaikan. Kini, kami memberi tambahan kepada manfaat sedia ada untuk menawarkan pelan perubatan yang lebih berbaloi untuk
anda. Memandangkan perbelanjaan perubatan yang semakin meningkat disebabkan rawatan yang lebih maju dan kemudahan-kemudahan yang dinaik taraf, kami telah mereka satu pelan inovatif yang membolehkan anda menerima rawatan perubatan yang terbaik daripada kemudahan yang bertaraf tinggi.

Dengan Takaful Health2, nikmati ganjaran dan pilihan untuk mendapatkan pelan penjagaan kesihatan yang paling komprehensif. Kerana kami hanya berikan yang terbaik untuk perihal
kesihatan anda.

Pelan perubatan untuk anda – Nilai lebih TINGGI dan lebih BAIK

Terus nikmati BONUS bagi TIADA TUNTUTAN
Kami memberi anda bonus1 tahunan sehingga RM500 sekiranya anda tidak membuat sebarangtuntutan bagi tahun tersebut2. Kekalkan kesihatan dan anda akan menerima ganjarannya.

Perlindungan KOMPREHENSIF untuk bil hospital dan pembedahan
Takaful Health2 memberikan anda ketenangan minda sepenuhnya. Ianya menyediakan perlindungan perubatan komprehensif sekiranya anda dimasukkan ke hospital, memerlukan pembedahan atau mendapat rawatan pesakit luar.

Manfaat Bilik dan Penginapan yang bernilai lebih TINGGI
Nikmati manfaat bilik & penginapan yang bernilai lebih tinggi dengan Takaful Health2.
Kini, manfaat1 kami bermula dari RM150 harian untuk Had Tahunan Keseluruhan bernilai RM50,000.

Pilihan KO-TAKAFUL atau DEDUKTIBEL
Selain ko-takaful, Takaful Health2 kini ada dua pilihan tambahan deduktibel. Pilih antara deduktibel bernilai RM3,000 atau RM10,000, yang mana memenuhi keperluan pelan perubatan anda. Sertakan bersama TH Retirement3 dan secara automatik ianya akan menukarkan amaun deduktibel kepada ko-takaful apabila anda mencapai usia 55 tahun. Bukan sahaja pilihan ini menjadikan pelan anda jadi lebih berpatutan, ianya juga memberi anda perlindungan tambahan di waktu anda paling memerlukannnya – semasa zaman persaraan anda.

Perlindungan TAMBAHAN sehingga UMUR 100
Pelan perubatan Takaful yang komprehensif ini memberi perlindungan sehingga anda mencapai usia4 25, 70, 80 atau 100.

Kami beri LEBIH lagi

Rawatan LUAR NEGARA
Dengan TH Overseas3, anda mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan perubatan bagi lima jenis kondisi yang dilindungi di Singapura, Hong Kong, China dan India.

Pilihan untuk MENGETEPIKAN had tuntutan tahunan UNTUK KESEMUA PELAN
TH Annual Limit Waiver3 kini dibuka kepada kesemua pelan Takaful Health2. Dengan mengambil pilihan ini, anda tidak perlu bimbang jika bil perubatan tahunan anda melebihi had tuntutan tahunan5 anda.

NAIK TARAF AUTOMATIK ke pelan bernilai lebih tinggi
Kami akan menaik taraf secara automatik pelan Takaful Health2 anda dua kali ganda6 tidak
mengambil kira keadaan kesihatan anda dan sebarang tuntutan perubatan sebelumnya yang
telah dibuat jika anda sertakan TH Auto Upgrade3. Naik taraf ini akan mengikut terma dan syarat pada permulaan atau apabila ianya disertakan bersama pelan Takaful Health2 anda.

LEBIH pilihan dan lebih BERPATUTAN

Pilih dari lima pelan Takaful Health2 mengikut keperluan dan bajet anda. Dari serendah RM100 sebulan, anda pasti dilindungi secukupnya.
Picture 
CALL SEKARANG UNTUK TEMUJANJI ....ATAU EMAIL  khairulniza@prupartner.com.my

Saturday, 1 October 2011

Sayangi jantung anda

MENJELANG tahun 2025, dianggarkan lebih 1.5 bilion penduduk dunia atau satu daripada tiga manusia yang berumur lebih 25 tahun akan menghidap penyakit tekanan darah tinggi (hipertensi), iaitu antara faktor risiko utama untuk pembunuh nombor satu, penyakit jantung dan strok (angin ahmar).
Tekanan darah tinggi tidak menunjukkan simptom ketara dan hanya boleh disahkan oleh doktor anda. Untuk itu, Hari Jantung Sedunia 2008 menekankan pentingnya ‘mengetahui risiko anda’.
Kira-kira 17.5 juta kematian berlaku setiap tahun disebabkan oleh penyakit jantung dan strok, sama banyaknya dengan jumlah keseluruhan kematian akibat penyakit HIV/AIDS, tuberkulosis, malaria, penyakit respiratori kronik dan semua jenis kanser.

Presiden Persekutuan Jantung Sedunia yang berpangkalan di Geneva, Switzerland, Profesor Shahryar Sheikh menyatakan tidak ramai yang mengetahui berapa banyak nyawa hilang akibat penyakit jantung dan strok.
“Tidak ramai juga yang mengetahui gaya hidup dan warisan (genetik) mereka mungkin menyumbang kepada risiko menghidap penyakit jantung dan strok.
“Ianya tidak terlalu awal dan tentu sekali belum terlambat untuk mula menjaga jantung,” katanya.
Menurut beliau, bilangan pesakit tekanan darah tinggi dijangka meningkat sebanyak 50 peratus pada tahun-tahun berikutnya.
Beliau bagaimanapun menegaskan peningkatan ini bukannya sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
“Dengan menerima perubahan gaya hidup bersesuaian dan mengurangkan risiko diri, masa depan anda mungkin lebih cerah,” jelasnya.
Penyakit jantung dan strok boleh dielakkan dengan senaman berkala, berhenti merokok dan diet lebih sihat yang kurang garam dan lemak, serta tinggi dengan serat. Pengambilan garam berlebihan dikait rapat dengan tekanan darah tinggi.
Kajian terkini menunjukkan peningkatan hidangan buah dan sayur dari kurang tiga hidangan sehari, kepada lebih lima hidangan sehari juga dapat mengurangkan 17 peratus risiko penyakit jantung koronari. Untuk maklumat lanjut mengenai Hari Jantung Sedunia hari ini (28 September 2008), layari laman web www.worldheart.org atau www.worldheartday.com.

Dapatkan Kad Peubatan dari Prudential...Dengan RM50k limit kad..anda tiada masalah untuk mendapatkan rawatan terbaik dari pakar..Call 017 5112737 untik temujanji
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...