MOHD SHUKRI (kiri) menunjukkan telefon bimbit yang digunakan suspek untuk membuat panggilan palsu pada sidang media di Ipoh semalam.
IPOH: Ancaman bom palsu yang menyebabkan lebih 1,200 penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari utara ke ibu negara terkandas lebih enam jam pada Khamis lalu, berpunca daripada seorang pekerja jualan langsung yang bergaduh dengan teman wanita serta mahu menghalangnya ke Kuala Lumpur.
"Dia kini ditahan reman lima hari sehingga Khamis ini dan polis merampas sebuah telefon bimbit jenis Nokia 1280 yang dipercayai digunakan suspek untuk membuat panggilan palsu itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah," katanya semalam.
Khamis lalu, perjalanan tren Ekspres Langkawi dari Haatyai-Kuala Lumpur Sentral, Ekspres Langkawi Butterworth-Kuala Lumpur Sentral, Sinar Mutiara dari Ipoh-Kuala Lumpur Sentral dan perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) dari Ipoh ke Kuala Lumpur Sentral terkandas lebih enam jam selepas KTMB menerima panggilan mengatakan ada objek dipercayai bahan letupan di landasan antara laluan Sungkai-Slim River.
Bagaimanapun, selepas pemeriksaan dan pemantauan lebih 10 jam, polis mendapati objek yang ditemui berdekatan landasan di Kilometer 259.25 itu adalah satu botol plastik berbalut tikar plastik yang ditimbus dengan batu di Jambatan Sungai Pekan Lama, Sungkai.
Objek itu kemudian diletupkan dan hasil pemeriksaan tidak menemui sebarang bahan letupan.
"Kita kesal dengan perbuatan itu dan menasihatkan orang ramai tidak membuat panggilan palsu untuk kepentingan diri terutama menggunakan talian kecemasan 999. Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab ini," katanya
No comments:
Post a Comment