Saturday, 13 August 2011

Cinta Mukabuku - Najwa Latif

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. Kenakah rasa itu..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku

Menjelang Hari Raya - DJ Dave

Jom ambil mood raya....hehe


Menjelang hari raya
Berakhirnya puasa
Bergema takbir senja
Menyambut syawal tiba
Suasana riang ria
Terlihat sini sana
Menyeri malam raya
Terhias indah rupa
( korus )
Oh... cantik berseri-seri
Tua dan muda berpakaian serba baru
Oh... sungguh meriahnya
Miskin kaya pun turut bergembira
Selamat hari raya
Aidil fitri mulia
Semoga berbahagia
Hidup aman sentosa


Friday, 12 August 2011

Awas meningitis

 
Jangkitan virus pada otak, boleh bawa maut tidak kenal mangsa

BAGI seorang ibu, masalah anak demam, enggan makan dan minum, sakit kepala, merengek, muntah mungkin kedengaran seperti gejala penyakit yang biasa dialami anak kecil. Hakikatnya, tanda penyakit begini jangan diambil mudah kerana mungkin anak anda sedang menderita penyakit meningitis.
Meningitis adalah radang akibat jangkitan virus atau bakteria pada selaput meninges pada otak dan saraf tunjang. Punca paling lazim meningitis adalah jangkitan virus yang biasanya pulih selepas mendapat rawatan. Bagaimanapun jangkitan meningitis oleh bakteria sangat merbahaya dan boleh menyebabkan kematian atau kecacatan otak.
Malangnya, berapa ramaikah ibu bapa khususnya yang menyedari bahaya meningitis dan mengambil tindakan segera? Menyedari kepentingan itu, hari ini diisytiharkan Hari Meningitis Sedunia yang dianjurkan Persekutuan Pertubuhan Meningitis bagi menyemarakkan kesedaran dan kesan meningitis ini serta manfaat pengambilan vaksin bagi mengelak kematian akibatnya.

Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Prince Court, Dr Anthony James Mansul, berkata ada beberapa jenis bakteria yang menyebabkan penyakit meningitis seperti Streptokokus pneumonia dan Neiseria meningitis.

“Bagaimanapun, di negara ini kuman bakteria yang sering ditemui adalah Hemophilus influenza atau HIB.

“Apa yang menakutkan mengenai Hemophilus Influenza ialah sebaik masuk melalui darah ke selaput otak ia akan terus membentuk nanah. Masalahnya antibiotik tidak boleh menembusi nanah sekali gus gagal membersihkannya.
“Akibatnya, kanak-kanak yang mengalami penyakit ini akan maut ataupun mengalami kecacatan otak,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Dr Anthony berkata, sekitar awal 1990-an, kebanyakan kes yang dilaporkan membabitkan latar belakang masyarakat dengan sosio ekonomi yang rendah. Mereka tidak menyedari masalah kesihatan anak-anak mereka kerana seharian bekerja di ladang dan kerana itulah ramai kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital dalam keadaan tenat.

Kini, biarpun perkembangan sains dan teknologi yang serba canggih, hakikatnya sukar untuk menangani persepsi masyarakat yang memandang serong ujian diagnosis meningitis yang masih kontroversi. Ini disebabkan satu-satunya cara bagi mengesan meningitis adalah dengan mengambil cecair pada saraf tunjang menggunakan jarum suntikan atau prosedur dikenali lumbar punture.

Mereka beranggapan dalam kebanyakan kes, apa yang berlaku adalah apabila prosedur ini dilakukan, pesakit meninggal dunia atau mengalami kecacatan. Ini tanggapan yang salah mengenai prosedur berkenaan dan akibatnya sehingga kini, sukar untuk meyakinkan orang tersayang dan keluarga pesakit untuk meneruskan prosedur berkenaan.

Bagaimanapun, sejak enam hingga tujuh tahun kebelakangan ini kes meningitis semakin berkurangan. Jika dulu pengamal perubatan menerima satu atau dua kes setiap hari, kini hanya satu kes dalam masa dua bulan. Ini adalah kesan proaktif kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan memperkenalkan program HIB ke dalam senarai jadual imunisasi kanak-kanak pada 2000.



INFO: Golongan berisiko:
 
Orang dewasa di bawah 30 tahun dan kanak-kanak di bawah 5 tahun sering dijangkiti meningitis. 
Virus Herpes menyebabkan viral meningitis.
Meningitis juga boleh disebabkan oleh kesan kimia, alahan pada ubat, kulat dan ketumbuhan.


  • Dapatkan Perlindungan kesihatan dari PRUDENTIAL..

  • Tuesday, 9 August 2011

    Pemeriksaan awal cegah darah tinggi

    Pemeriksaan kesihatan adalah adalah langkah terawal yang disifatkan paling terbaik dalam usaha mencegah serangan gejala penyakit darah tinggi.
    Tetetapi ia mungkin bukan amalan di kalangan kita, tetapi lebih baik disegerakan pemeriksaan supaya apa juga penyakit terutama darah tinggi dapat dikesan di peringkat lebih awal.
    Ini kerana penyakit darah tinggi yang dikenali sebagai pembunuh senyap itu biasanya tidak menunjukkan apa-apa tanda di peringkat awal.
    Malah kata Pakar Perubatan Hospital Pusrawi, Dr. Shaharuddin Che Kadir pemeriksaan kesihatan itu menjadi lebih penting terutama kepada mereka yang tergolong dalam kategori berisiko tinggi.
    "Contohnya mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, kurang aktiviti fizikal, menghidap kencing manis, mempunyai paras kolesterol yang tinggi dan sejarah darah tinggi di kalangan keluarga,'' katanya.
    Beliau berkata, dengan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dapat melakukan usaha pencegahan dari awal.
    "Kajian yang dilakukan di Malaysia (Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan Ke 3) menunjukkan 42.6 peratus rakyat negara ini menghidap darah tinggi pada 2006,'' katanya.
    Katanya, jumlah itu menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding 29.9 peratus semasa kajian pada 10 tahun sebelum itu.
    "Kajian pada tahun 2006 juga menunjukkan hanya 36 peratus sahaja yang mengetahui mereka menghidap darah tinggi dan hanya 87.7 peratus daripada mereka yang menerima rawatan,'' katanya. 


    Dr. Shaharuddin berkata, sebahagian besar pesakit yang menerima rawatan pula tidak berada pada tahap pengawalan darah tinggi yang baik.
    "Penyakit darah tinggi perlu dikawal dengan baik kerana ia sebenarnya menjadi salah satu penyebab utama serangan jantung, lemah jantung, angin ahmar dan kegagalan buah pinggang,'' katanya.
    Mengenai punca penyakit darah tinggi, kata Dr. Shahruddin, lebih daripada 90 peratus tidak mempunyai penyebab yang khusus dan dipanggil essential hypertension.
    "Walaubagaimanapun ia berkait rapat dengan faktor genetik, berat badan berlebihan, pemakanan yang tidak sihat dan peningkatan umur,'' katanya.
    Selain itu, katanya, sebilangan kecil penyakit darah tinggi disebabkan oleh penyakit-penyakit lain dan dipanggil secondary hypertension.
    "Antara penyebabnya ialah penyakit buah pinggang, primary hyperaldosteronism, cushing syndrome dan phaeochromocytoma," katanya.
    Tambahnya, terdapat juga sebilangan pesakit mengalami tekanan darah tinggi hanya bila datang berjumpa doktor yang dinamakan white-coat hypertension atau office hypertension.
    "Jika mengesyaki perkara ini biasanya doktor akan menyarankan pesakit merekod bacaan tekanan darah di rumah atau membuat pemeriksaan tekanan darah menggunakan alat merekod tekanan darah yang dipakai pesakit selama 24 jam,'' katanya.
    Selain itu, katanya, pemakanan juga turut mempengaruhi kemungkinan seseorang itu boleh mendapat penyakit darah tinggi.
    "Kajian menunjukkan pemakanan yang sihat mengurangkan risiko penyakit darah tinggi dan juga menurunkan tahap tekanan darah pesakit darah tinggi,'' katanya.
    Tambahnya, salah satu kajian klinikal dinamakan DASH (Dietary Approaches to Stop Hypertension) menunjukkan keberkesanan pemakanan yang sihat untuk menurunkan tekanan darah.
    "Pemakanan DASH merangkumi meningkatkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, ikan dan kekacang,'' katanya
    Diet itu juga menyarankan pengurangan pengambilan garam, gula, minuman yang mengandungi gula, mengurangkan pengambilan lemak tepu dan daging.
    Selain itu, katanya, penyakit darah tinggi dan juga kolesterol yang tinggi juga boleh menyebabkan masalah atherosclerosis - kerosakan salur darah yang mengakibatkan salur darah menjadi keras dah sempit.
    Katanya, akibat kerosakan salur darah, pesakit boleh mengalami serangan jantung dan angin ahmar.
    Walaubagaimanapun tidak semua pesakit yang mempunyai kolesterol tinggi mengidap penyakit darah tinggi dan begitu juga tidak semua pesakit darah tinggi mempunyai tahap kolesterol yang tinggi.
    Tetapi kebiasaannya kedua-dua penyakit itu berkait rapat.
    "Stres boleh meningkatkan tekanan darah untuk seketika tetapi kesan jangka panjang stres keatas tekanan darah masih tidak begitu jelas,'' katanya.
    Begitupun pesakit darah tinggi disaran mengambil langkah-langkah mengurangkan stres dan mendapatkan rehat secukupnya sebagai sebahagian daripada penjagaan kesihatan mereka.
    Dr. Shahruddin memberitahu, darah tinggi boleh dielak dengan mengamalkan cara hidup yang sihat.
    Ia merangkumi mengawal berat badan di mana mesti mengekalkan berat berat badan yang ideal iaitu jisim berat badan 18.5-22.9 kg/m2.
    "Jika mengalami masalah berat badan berlebihan atau obes, penurunan berat badan disyorkan.
    "Sebaiknya ambil makanan yang rendah lemak, mengurangkan penggunaan minyak dan santan, mengurangkan pengambilan garam dan gula dan juga meningkatkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin,'' katanya.
    Oleh SHOLINA OSMAN -Utusan Malaysia

    Sneijder ulangi keyakinan mungkin ke Old Trafford

    MILAN - Bintang Belanda Inter Milan, Wesley Sneijder sekali lagi memberi bayangan mengenai penghijrahan ke Manchester United.
    Ditanya sama ada dia menggemari perpindahan ke Old Trafford, pemain tengah itu berkata: "Ya, tapi tiada lagi sesiapa yang menghubungi secara rasmi.
    "Mungkin terdapat rundingan tidak rasmi. Situasi sekarang ialah saya masih pemain Inter Milan, namun kemungkinan saya meninggalkan kelab ini memang ada,"
    Sneijder akan mewakili Belanda menentang England dalam aksi persahabatan di Wembley hari ini, dan mencari penyelesaian kepada masa depannya selepas itu.
    Bekas bintang Ajax Amsterdam dan Real Madrid itu menambah: "Jika ada peluang mendatang dalam perjalanan karier saya, saya ada masa mencukupi untuk membuat keputusan mengenainya.


    "Ia terpulang kepada kelab. Jika bidaan bagus diterima, mereka akan membiarkan saya pergi. Mereka tidak mahu kehilangan saya, namun mereka akan berbuat demikian.
    "Saya akan meninggalkan England selepas perlawanan esok (hari ini), tapi kalau saya mendapat kebenaran, saya perlu kembali."
    Pada awalnya, halangan terbesar untuk Alex Ferguson adalah gaji lumayan Sneijder iaitu 5.25 juta pound (RM26 juta) setahun selepas cukai.
    Namun, berikutan kenyataan terbarunya itu, terdapat kemungkinan dia sanggup menerima tawaran yang lebih rendah untuk beraksi dalam Liga Perdana. - Agensi

    sumber : Utusan Malaysia

    Monday, 8 August 2011

    Perak FA umum tiga pemain pinjaman


    Perak akhirnya mengumumkan secara rasmi tiga pemain pinjaman yang bakal beraksi bersama skuad Kejor Yob Kejor itu dalam saingan Piala Malaysia, September depan.

    Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, semua pemain berkenaan dipilih berdasarkan prestasi yang memberangsangkan sepanjang tempoh sesi pemilihan yang dibuat mulai akhir bulan lalu.

    Menurutnya, mewakili Perak, semua pemain itu jugamula menjalani latihan bersama pemain lain di bawah kendalian ketua jurulatih, Norizan Bakar sejak beberapa hari lalu.

    “Pada hari ini kita mengesahkan bakal menggunakan khidmat pemain Perlis, Mohd Hafiszuan Sallehuddin di bahagian pertahanan; pemain Universiti Sains Malaysia (USM) FC, Mohd Failee Mohamad Ghazali (penyerang); dan pemain Harimau Muda, Muhammad Rafiuddin Rodin (tengah, kiri),” katanya kepada pemberita di Pejabat Pafa, semalam.

    Hadir sama, Setiausaha Kehormat Pafa, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin dan Pengurus skuad Kejor Yob Kejor itu, Khairul Azwan Harun.

    Zainol berkata, ketiga-tiga pemain berkenaan, sudah pun menjalani latihan sehingga ke hari ini.

    Menurutnya, pihaknya tiada masa untuk berehat kerana bakal mengharungi perlawanan pertama Piala Malaysia, menentang Sabah, di Stadium Likas pada 6 September depan malah, pelepasan cuti hari raya kepada pemain juga mungkin hanya sehari dua sahaja.

    “Oleh itu, kita bakal mula berlatih pada hari ketiga hari raya kelak kerana perlu bertolak awal ke sana.

    “Setelah itu kita juga perlu bersedia bagi menentang Johor pada 10 September di Stadium Perak pula dan berharap semua pemain dapat membantu memantapkan kembali pasukan kita dalam saingan Piala Malaysia kelak,” katanya.

    Terdahulu Zainol Fadzi berkata, beberapa perlawanan persahabatan juga sedang disusun pihak pengurusan dan antaranya menentang skuad Selangor.

    Katanya, beberapa perlawanan di peringkat dalaman juga sedang diatur dalam usaha membentuk keserasian mantap dalam kalangan pemain.

    “Berdasarkan undian, kita dalam kumpulan yang agak susah kerana rekod pertemuan kita dengan Kedah dan Sabah agak seimbang; ada kalah, ada seri.

    “Bagaimanapun, bagi saya undian ini juga diharap dapat memberi motivasi tersendiri kepada pemain untuk memberikan yang terbaik kerana kita masih belum pernah menang dengan mana-mana pasukan berkenaan,” katanya.

    sumber : Sinar Harian

    Medical Card...Perlu ke..?

    Kenapa perlu ada Medical Card atau MC esp Prudential ? ok.. Pertamanya..MC yg dikeluarkan oleh kami ialah 1st party punya MC.. dan segala urusan claim akan terus diuruskan oleh pihak Prudential dan tidak perlu lagi submit sana sini... macam kebanyakan medical card pengendali takaful lain.. ianya merupakan 3rd party.. bermaksud urusan pembayaran,pengesahan perlu melalui dua pihak.. iaitu melalui pengendali takaful itu sendiri dan syarikat MC itu sendiri. Nampak kan apa beza dia.. ok saya bukanlah mau bercerita mengenai sapa punya MC yang hebat..Anda sendiri boleh buat perbandingan.

    Kalo kita tengok TV.. semenjak beberapa tahun ini berapa ramai orang kenamaan, artis atau pun individu yang masuk tv merayu meminta sumbangan untuk menyara kos perubatan mereka? Kenapa benda ini terjadi? Padahal pendapatan mereka melebihi 3 - 4 ribu sebulan.. boleh apa bayar bil hospital. Ini kerana bil perubatan masa kini memang boleh dikatakan paling tinggi.. lebih mahal dari rumah. betul kan? dan kos perubatan akan sentiasa meningkat... ada yang sampai beratus ribu.. cash plak tu..mana bleh hutang wee... ini yang sekarang menjadi dilema masyarakat kita sekarang...
    Biasanya korang akan kata :

    1 - Hospital Kerajaan murah.. tp perlu diingat..dalam kes besar, Hospital kerajaan sendiri refer kepada hospital pakar swasta..dan kebanyakan doktor sendiri mempunyai Medical Card.

    2 - Bergantung kepada simpanan ASB, Bank dan sebagainya. mmm.. berapa lama nak simpan baru dapat kumpul RM150 ribu? 20 tahun? 30 tahun? itu pun kalo kita kena penyakit pada masa wang sudah cukup.. kalo kita sebulan dr sekarang.. alahai...baru 200 ringgit dlm simpanan.. terpaksa pegi klinik.. bayar 50 dan dapat ubat yg macam2 warna.. bulan depan masih datang lg penyakit..

    3 - Majikan/kerajaan tanggung kos perubatan - ha'ah ya la tu.. apa sangat yang di tanggung.. kalo demam biasa.. kemalangan biasa..memang laa.. cuba kalo penyakit kanser.. paling2 kerajaan bagi ko RM5 ribu.. sebagai deposit.. kalo ndak pun suruh claim..bayar dulu claim kemudian.. kalo bil RM45 ribu?.. teraksa pigi ASB kasi keluar duit.. tu pun kalo ada laa... Pak Menteri pun sekarang ada Takaful daaa..Kalau korang sihat pun..esok2 umur 55 tahun dah pencen..masa tu la macam2 penyakit datang..kalo time tu baru nak ambil Medical Card...Siap je la RM500-RM800 sebulan

    4 - Berapa ramai sangat orang kita ni lepas kerja 5 tahun ada RM50 ribu dalam akaun?.. tak payah kira semua.. kira dikalangan keluarga kita..berapa orang yang ada duit begitu..

    ok.. di bawah ni ada kisah seorang guru ..korang baca laa sendiri.. mana tau bleh buat korang berfikir..


    Kalau korang dah fikir panjang dan nak ambil Medical card...email je butiran peribadi..nama..tarikh lahir...pekerjaan...isap rokok / tak...ke khairulniza@prupartner.com.my
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...