- Tujuan insurans nyawa ialah untuk memberi jaminan kewangan kepada anak-anak dan tanggungan lain yang berada di bawah tanggungan pencari nafkah jika beliau meninggal dunia. Insurans penggal memberi perlindungan insurans untuk beberapa tahun yang ditetapkan (term). Jika pemegang polisi meninggal dunia dalam tempoh itu, keluarga beliau akan mendapat jumlah yang diinsuranskan. Tetapi jika pemegang polisi tidak meninggal dunia dalam jangka masa yang ditetapkan itu, beliau tidak akan mendapat apa-apa dari syarikat insurans berkenaan. Keistimewaan insurans penggal adalah premium yang dibayar adalah lebih rendah berbanding dengan insurans lain.
- Untuk jenis insurans yang lain seperti insurans endowmen, polisinya ialah untuk jangka waktu tertentu. Pemegang polisi akan menerima jumlah yang diinsuranskan pada akhir tempoh yang ditetapkan.
- Walau bagaimanapun, sekiranya pemegang polisi meninggal dunia sebelum tempoh yang ditetapkan, keluarganya berhak menerima bayaran daripada polisi tersebut. Bagi polisi insurans nyawa seumur hidup, pemegang polisi membayar premium untuk seumur hidup. Apabila pernegang polisi meninggal dunia, keluarga beliau akan menerima kesemua jumlah wang yang diinsuranskan.
- Jika pemegang polisi menyerahkan polisi beliau selepas 20 atau 30 tahun, sebelum kematiannya seperti yang dinyatakan di dalam polisi, beliau akan mendapat balik sejumlah wang yang tertentu - iaitu jumlah yang beliau telah bayar campur dengan sebahagian dari keuntungan pelaburan kumpulan wang insurans berkenaan.
- Jenis insurans yang akan memberi faedah adalah satu polisi yang dapat memberi perlindungan maksimum dengan kos yang minimum.
Thursday, 23 June 2011
Insuran Hayat....
Labels:
Prudential
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment