Sunday 14 August 2011

Chong Wei tewas lagi kepada Lin Dan

Datuk Lee Chong Wei kempunan untuk menjuarai kali pertama Kejohanan Badminton Dunia buat selepas tewas kepada pemain China, Lin Dan 22-20, 14-21, 21-23 pada final di Arena Wembley, sebentar tadi.

Kedua-dua musuh ketat itu mempamerkan permainan mantap dengan Chong Wei menang set pertama tetapi Lin Dan menyamakan set untuk mengheret permainan penentuan ke 'rubber set'.

Set ketiga atau penentuan agak tegang dengan kedua-dua pemain saling merapatkan kedudukan mata. 



Nampaknya Chong Wei kena la tunggu tahun 2013 untuk misi balas dendam.Tahun depan kejohanan dunia tak de sebab bagi laluan kepada Sukan Olimpik. Malaysia perlu cari pengganti Chong Wei pada masa depan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...