EJEKEN penyokong Indonesia jelas hanya memerangkap diri apabila skuad Harimau Muda memalit kecewa besar kepada lebih 100,000 penonton di Stadium Gelora Bung Karno dengan kemenangan 1-0 mengatasi Garuda, malam tadi.
Jaringan tunggal Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-18 berjaya menutup mulut penyokong lawan dan sekali gus melonjakkan barisan didik Ong Kim Swee selaku juara Kumpulan A dan akan bertemu Myanmar, naib juara Kumpulan B dalam separuh akhir, esok.
Jaringan tunggal Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-18 berjaya menutup mulut penyokong lawan dan sekali gus melonjakkan barisan didik Ong Kim Swee selaku juara Kumpulan A dan akan bertemu Myanmar, naib juara Kumpulan B dalam separuh akhir, esok.
Kemenangan itu sekali gus melonjakkan pasukan kendalian Ong Kim Swee sebagai juara Kumpulan A dan meneruskan misi mempertahankan emas pada peringkat separuh akhir bertemu Myanmar, esok.
“Pemain menunjukkan watak mengagumkan malam ini (semalam). Tapi masih banyak perlu diperbaiki apabila kita menentang Myanmar dalam separuh akhir Sabtu ini. Bagi saya, setiap pasukan ke separuh akhir kuat dan harus waspada lagi,” kata Kim Swee.
Gol jaringan pemain lincah, Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-17 berjaya menutup mulut lautan merah di Gelora Bung Karno - hanya selepas tiga minit dia masuk menggantikan Wan Zaharul Nizam Zakaria yang mengalami kecederaan.
Selepas rehat, barisan pemain muda Indonesia yang agak tertekan dengan harapan disandarkan penyokongnya, mula menggandakan asakan dan bermain lebih keras menyaksikan Baddrol Bakhtiar dan Syahrul Azwari menjadi sasaran.
Kim Swee yang cuba menyuarakan rasa tidak puas hati atas permainan Indonesia kepada pengadil, Fahad Al-Kassar dari Emiriyah Arab Bersatu, diarahkan keluar padang pada minit ke-67.
Pengendali negara yang memberi arahan menerusi walkie-talkie kepada pembantunya, Yong Wai Hwang berjaya mengekalkan tumpuan pemain mempertahankan kedudukan 1-0 kekal hingga wisel penamat.
sumber : berita harian
No comments:
Post a Comment