Monday 19 December 2011

Kaedah pengiraan Dividen ASB

Membuat pelaburan dalam Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) tidak seperti kita membuka akaun bank kemudian kita masuk dan keluarkan duit. Ini adalah kerana apabila kita memutuskan untuk membuat pelaburan ASB, matlamatnya ialah untuk memperolehi keuntungan jangka panjang.


Jadi kalau kita masukkan duit dan selang beberapa hari kemudian kita keluarkan duit, itu bukan pelaburan jangka panjang namanya. Itu dah kira macam kita bukan akaun di bank yang mana kita boleh masukkan dan keluarkan duit dengan senang.
Apabila dah buka akaun ASB, kenalah ambil tahu bagaimana pengagihan dividen dilakukan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Senang cakap macam mana nak kira dividen. Kaedah pengiraan dividen ASNB adalah berdasarkan kepada baki terendah setiap bulan didarabkan dengan kadar dividen yang diisytiharkan oleh ASNB dan dibahagikan berapa bulan kita mencarum.

Untuk menggambarkan cara pengiraan ini, cuba lihat contoh di bawah:

Ogos
- Masukkan RM300.00
- Keluarkan RM100.00
- Masukkan RM100.00
Meskipun sudah masukkan RM300, tetapi oleh kerana ada pengeluaran pada bulan berkenaan, baki minimum yang dikira ialah RM200.00, bukannya RM300.00 walaupun selepas itu RM100 dimasukkan kembali.

Sept
- Baki dari bulan Ogos RM300.00
- Masukkan RM300.00
Meskipun RM300 telah dimasukkan tetapi RM300 adalah baki minimum pada bulan berkenaan. Jadi baki minimum yang diambilkira ialah RM300.00, bukannya RM600.00

Okt
- Baki dari bulan Sept RM600.00
- Tiada kemasukan pelaburan baru
- Jadi baki minimum yang diambilkira ialah RM600.00
- Baki kekal sehingga ke hujung tahun

Jadi pengiraannya ialah RM200 (Ogos) + RM300 (Sept) + RM600 (Okt) + RM600 (Nov) + RM600 (Dis)
= RM2,300 / 5 bulan X 0.07 (kadar dividen)
= RM32.20
Ini kalau kira secara manual, nampak macam susah sahaja. Tetapi di ASNB, mereka sudahpun mempunyai sistem berkumputer yang boleh kira dividen dan bonus dengan mudah. Masukkan aje angka-angka tertentu, seterusnya komputer yang akan kira. Walaupun kaedah komputer menyenangkan, cara pengiraan dividen perlu kita ambil tahu juga.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...