Saturday, 19 May 2012

Cara nak admit masuk hospital guna Prudential Medical Card (PRUhealth / PRUflexi med / Takaful Health )

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana nak gunakan kad perubatan / medical card daripada Prudential utk masuk hospital dan gunakan manfaat kad perubatan berkenaan.  Secara peribadinya, saya sendiri belum lagi merasa manfaat ini kerana alhamdulillah masih lagi sihat. Oleh kerana saya yang ajak saudara/saudari sekalian utk mendapatkan serta memiliki kad perubatan PRUhealth / PRUflexi med ini bagi kemudahan saudara/saudari di kemudian hari, jadi disini saya ceritakan serba sedikit bagaimana nak gunakannya.

Pertama sekali, sebelum admit, doktor akan berikan satu surat admission untuk diserahkan di kaunter hospital pada tarikh kita kena admit. (pastikan anda sudah memiliki PRUhealth atau PRUflexi med daripada Prudential dengan memohon mendapatkan kad perubatan berkenaan daripada pelan PRUlink one Prudential)


 Langkah 1 :
Jangan lupa bawa surat yang diberikan oleh doktor pada tarikh anda admit (masa anda perlu masuk wad), lepas tu tunjukkan surat dan medical card PRUhealth atau PRUflexi med anda di kaunter admission.  Bayar deposit dahulu dan ini bergantung kepada hospital, dan selalunya deposit hanya dalam lingkungan RM300 (tanya pihak hospital terlebih dahulu, takut tak bawa wang yang mencukupi).  Tunggu sekejap sehingga Prudential hantar Guarantee Letter dekat hospital yang anda masuk dan lepas itu pihak hospital akan bawa anda masuk ke wad.  Jangan lupa, semasa kat kaunter admission, anda boleh request nak upgrade bilik atau pilih ikut kelayakan anda daripada pelan PRUlink one yang anda ada . Contohnya bilik anda berharga RM150 ( 2 bed room) nak upgrade ke bilik bernilai RM200 (1 bed room), anda hanya perlu tambah RM50 setiap hari.
TETAPI, kalau anda ada PRUflexi med, anda ada kelebihan bagi pemilihan bilik (Room & Board) ni..check kat sini (post yg lalu)..

Langkah 2 :
Masuk wad (warded, bukan warden ok..hehe), Terima rawatan sehingga selesai. Berapa lama? Bergantung kepada jenis penyakit dan jenis rawatan..lagi lama, mungkin lagi mashyuk..(Sakit pun anda masih ada pendapatan..banyak yang tidak mengetahui perkara ini..baguskan..?? maksudnya, anda tak perlu takut untuk sakit lagi dah..)

Langkah 3 :
Discharge (rawatan tamat dan masa untuk balik rumah dan bekerja semula).  Pada saat ini, doktor akan beritahu anda masa anda akan discharge dan doktor anda akan beri tarikh untuk followup.  Pada hari anda discharge, jururawat/nurse akan bawak satu surat untuk bil kepada anda dan selepas itu anda boleh turun ke lobi dan serahkan surat berkenaan kat kaunter discharge. Ha..pada saat inilah kita akan tahu brapa jumlah bil kita keseluruhannya.  So, kalau bil kita tadi, katakanlah berjumlah RM6200, contohnya, jadi total co-insurance yang perlu anda sendiri bayar dulu adalah RM620 (tetapi dengan rider baru, PRUflexi med, kalau anda ambik zero deductible, anda tak perlu bayar apa-pun dan kalau anda ambik RM300 deductible, anda hanya bayar RM300 dan semua baki bil Prudential akan bayar untuk anda).  Oleh kerana anda dah bayar deposit RM300 (waktu mula-mula masuk wad dulu), anda hanya topup RM320 sahaja bila discharge (ingat, yang ada PRUhealth, perlu topup RM320 tu dan yang ada medical card PRUflexi med, tak perlu dah).

Sekarang saya cuba kirakan manfaat yang anda dapat sepanjang check-in kat hospital.  Contoh, sekiranya anda duduk 4 hari di hospital, elaun wad yang anda perolehi daripada pelan PRUlink one; Hospital Benefit/PRUmed adalah RM250 sehari, total elaun anda adalah RM 1000 (RM250 x 4 hari).  Elaun/Manfaat/Duit ini akan dibayar dalam bentuk cek dalam masa 14 hari bekerja.  Ejen anda akan hantar check ini kepada anda. (Ingat, pada masa mula-mula masuk sehingga discharge, jgn lupa keep-in-touch dengan ejen anda kerana beliau akan membantu anda membuat semua claim yg anda layak dapat).  Duit yang anda bayar untuk co-insurance RM620 (bagi pemilik kad perubatan PRUhealth), anda akan dapat balik RM1000 (daripada manfaat elaun duduk hospital), ok lat tu kan..?? Ada untung lagi dalam RM380. Mana rugi nya kalau ada insurans? Baki kos rawatan suma dah settle..tak lah kita bertambah sakit kalau keluar hospital tengok bil tinggi..semuanya dah dibayar dan anda pula sembuh dari sakit yg dialami..Begitulah al-kisahnya.

Untuk buat claims :
*Peringatan :  Dokumen/Bil yang anda perlu serahkan kepada ejen anda untuk mereka buat claim bagi pihak anda :-

1. Resit daripada doktor/hospital sebelum masuk wad (Pre-hospitalization – 90% dari resit akan dibayar oleh Prudential bagi pemegang medical card PRUhealth)
2. Resit doktor selepas keluar hospital (Post-hospitalization – 90% dari resit akan dibayar oleh Prudential bagi pemegang medical card PRUhealth dan 100% bil dibayar sepenuhnya oleh Prudential bagi pemegang medical card PRUflexi med dengan zero deductible)
Contoh kalau jumlah didalam resit untuk (post-hospitalization) RM300, RM270 akan dibayar balik dalam bentuk check kepada client.(kepada pemilik PRUflexi med pula, deposit RM300 berkenaan akan dipulangkan semula oleh pihak hospital kepada anda.)
Adakah ini perkara ini yang anda perlu tahu? Sekarang dah jelas kan? Apa yang anda nak tunggu lagi, luangkan masa utk menilai insurans serta kad perubatan yang sesuai untuk anda berdasarkan kemampuan anda dan yang pastinya, KINI SEMUA SUDAH BOLEH MEMILIKI KAD PERUBATAN SENDIRI !!!

TAK JELAS ??? CALL / SMS 017 511 2737

Anggaran kos pembedahan general hospital swasta di Malaysia

GENERAL SURGERY
 
Non – complication Appendisectomy :
(a) Laparoscopic 4500.00 – 7000.00
(b) Open 3000.00 – 4500.00
Breast Lump 2000.00 – 4000.00
Laparoscopic Cholecystectomy 9000.00 – 10000.00
Hermorrhoidectomy 7000.00 – 10000.00
Herniaraphy 5000.00 – 7000.00
Thryoidectomy 4500.00 – 5500.00
Mastectomy 5000.00 – 6000.00
Colonoscopy 1300.00
Gastroscopy 600.00
Sekaran kita tahu, dengan melihat daripada kos pembedahan di atas , anda dan saya perlu/kena ada sekurang-kurangnya, atleast, RM 10,000 dalam bank akaun anda untuk kecemasan.
Kenapa kita perlu nak bayar cash kalau kita boleh ambil medical card dengan prudential dengan minimum RM 100 sebulan. Kalau nak dikira kurang dari RM5.00  je sehari.  Teh o ais dua gelas lagi mahal dari medical card. 
Macam biasa, anda mesti akan cakap “xpa, government hospital ada, baya seringgit sahaja…”.  Pergi bedah dulu lepas tu baru kita tengok berapa ringgit kita kena bayar yer.  Kalau korang sakit macam nak gila, perlu buat pembedahan cepat, sanggup ke nak tunggu sampai 6 bulan ke setahun untuk tunggu giliran pembedahan ? Mesti tak sanggupkan !!
Penghujung ceritanya, terpaksa lah pegi keluarkan duit ASB kasi habis semua, untuk bayar bil hospital… Tugas saya sebagai seorang Perancang Kewangan dan juga Perunding Insurans Bertauliah (lebih glamer – ejen insurans) adalah untuk beri kesedaran tentang kepentingan medical card, tak kisah anda beli dengan siapa pun yang pentingnya, anda ada kad perubatan berkenaan.  Pastikan anda dan keluarga anda di insured secukupnya supaya tak menyesal di kemudian hari.
Tak perlulah risau ...Kalo ada MEDICAL CARD semua boleh settle ...tapi jangan dah kena baru nak apply .Medical  Card ni boleh ambil waktu sihat je..Kalau dah nak operate baru nak amik ...Sorry la...
Call 017 5112737 kalau nakkan perlindungan dari Prudential

Nazmi serasi bersama Beira-Mar

Tempoh singkat berada di Portugal tidak memberi masalah buat pemain muda negara, Muhamad Nazmi Faiz Mansor untuk menyesuaikan diri pada sesi latihan bersama kelab SC Beira-Mar kelmarin.

Biarpun hanya tiba di Portugal Isnin lalu untuk menjalani ujian percubaan selama seminggu dengan kelab Liga Divisyen Satu itu, pemain berusia 17 tahun itu mengaku cukup teruja merasai pengalaman baru berlatih dengan skuad utama Beira-Mar.

“ Saya sudah menjalani latihan selama beberapa hari dan diberi peluang berlatih bersama pemain utama kelab ini. Walaupun corak latihan berbeza tapi ia tidak memberi masalah kepada saya.

“ Ia pengalaman hebat dengan stadium besar dan berlatih bersama pemain yang bagus. Setakat ini saya masih menjalani latihan biasa mungkin petang ini atau esok (hari ini) saya akan diuji dalam perlawanan persahabatan,” katanya ketika dihubungi di Portugal.

Nazmi pemain Harimau Muda A ditawar peluang menjalani ujian percubaan selepas aksinya dalam Liga Singapura musim ini serta ketika bersama skuad Olimpik negara pada kempen kelayakan Olimpik berjaya menambat hati ejen pencari bakat, Marco Guimaraes.

Dia yang ditemani ayahnya, Mansor Mustapha bakal ditawar kontrak profesional menyarung jersi Beira-Mar andai berjaya melepasi ujian itu.

Menurut Nazmi, dia akan memberikan aksi terbaik pada baki sesi pemilihan selepas ini bagi memastikan misinya untuk mengembangkan karier di Eropah terlaksana.

“ Saya mendapat reaksi positif di sini, jurulatih juga sering berinteraksi dengan saya. Saya harap dapat mendapat keputusan baik di sini,” katanya. - myMetro

Thursday, 17 May 2012

Nazmi Faiz dalam akhbar Portugal





Cayalah...
Moga2 Nazmi akan dapat tempat dalam kelab yang berpengkalan di Portugal tu ...

Thursday, 10 May 2012

PRUflexi Med ...tiada co insuran



Yang ni adalah Rider terbaru dan terbaik yang baru saje diperkenalkan oleh Prudential utk memenuhi permintaan para pelanggan. Aku mmg suka Prudential perkenalkan Rider terbaru ni. PRUflexi med bukanlah Plan terbaru tapi hanyalah Rider yang boleh dipilih oleh pelanggan jika mahu memiliki Plan Perlindungan Perubatan PRUlink One
Kalau sebelum ni, Rider utk perubatan dalam akaun PRUlink One adalah PRUhealth yg mana pelanggan dikenakan Co-Insurance ketika ingin membuat claim. Sape2 yang dah ada Medical Card PRUhealth mesti tau Co-Insurance tu apa kan. 

Akan tetapi!!! PRUflexi med yang baru diperkenalkan ini adalah lebih istimewa dan fleksibel kerana korang boleh memilih samada TAK NAK Co-Insurance langsung, bermakna 100% bil hospital dibayar oleh Prudential ataupun korang boleh pilih untuk bayar Co-Insurancesebanyak maksimum RM300 SAHAJA, bermakna korang hanya bayar RM300 sahaja dan selebihnya Prudential bayar.

Dan disamping itu jugak, korang boleh pilih berapa harga Bilik/Wad yang korang nak. RM100, RM200, RM300 atau RM400. Lepas tu korang jugak boleh pilih berapa banyak Annual Medical Limit yang korang nak. RM 50,000.. RM 100,000.. RM 150,000 ataupun lebih terpulang pada korang lar. Lifetime Medical Limit korang pula adalah 20 kali ganda dariAnnual Medical Limit yg korang pilih.

Contohnya :-

Korang pilih Annual Medical Limit sebanyak RM50,000.. So Lifetime Medical Limit korang adalah RM1,000,000 (1Juta). Korang claim lar sampai puas. Kalau nak check in hospital tiap2 tahun pun, suka hati korang lar.


Nak tau lebih lanjut call je ....017 511 2737
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...