Saturday, 19 May 2012

Cara nak admit masuk hospital guna Prudential Medical Card (PRUhealth / PRUflexi med / Takaful Health )

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana nak gunakan kad perubatan / medical card daripada Prudential utk masuk hospital dan gunakan manfaat kad perubatan berkenaan.  Secara peribadinya, saya sendiri belum lagi merasa manfaat ini kerana alhamdulillah masih lagi sihat. Oleh kerana saya yang ajak saudara/saudari sekalian utk mendapatkan serta memiliki kad perubatan PRUhealth / PRUflexi med ini bagi kemudahan saudara/saudari di kemudian hari, jadi disini saya ceritakan serba sedikit bagaimana nak gunakannya.

Pertama sekali, sebelum admit, doktor akan berikan satu surat admission untuk diserahkan di kaunter hospital pada tarikh kita kena admit. (pastikan anda sudah memiliki PRUhealth atau PRUflexi med daripada Prudential dengan memohon mendapatkan kad perubatan berkenaan daripada pelan PRUlink one Prudential)


 Langkah 1 :
Jangan lupa bawa surat yang diberikan oleh doktor pada tarikh anda admit (masa anda perlu masuk wad), lepas tu tunjukkan surat dan medical card PRUhealth atau PRUflexi med anda di kaunter admission.  Bayar deposit dahulu dan ini bergantung kepada hospital, dan selalunya deposit hanya dalam lingkungan RM300 (tanya pihak hospital terlebih dahulu, takut tak bawa wang yang mencukupi).  Tunggu sekejap sehingga Prudential hantar Guarantee Letter dekat hospital yang anda masuk dan lepas itu pihak hospital akan bawa anda masuk ke wad.  Jangan lupa, semasa kat kaunter admission, anda boleh request nak upgrade bilik atau pilih ikut kelayakan anda daripada pelan PRUlink one yang anda ada . Contohnya bilik anda berharga RM150 ( 2 bed room) nak upgrade ke bilik bernilai RM200 (1 bed room), anda hanya perlu tambah RM50 setiap hari.
TETAPI, kalau anda ada PRUflexi med, anda ada kelebihan bagi pemilihan bilik (Room & Board) ni..check kat sini (post yg lalu)..

Langkah 2 :
Masuk wad (warded, bukan warden ok..hehe), Terima rawatan sehingga selesai. Berapa lama? Bergantung kepada jenis penyakit dan jenis rawatan..lagi lama, mungkin lagi mashyuk..(Sakit pun anda masih ada pendapatan..banyak yang tidak mengetahui perkara ini..baguskan..?? maksudnya, anda tak perlu takut untuk sakit lagi dah..)

Langkah 3 :
Discharge (rawatan tamat dan masa untuk balik rumah dan bekerja semula).  Pada saat ini, doktor akan beritahu anda masa anda akan discharge dan doktor anda akan beri tarikh untuk followup.  Pada hari anda discharge, jururawat/nurse akan bawak satu surat untuk bil kepada anda dan selepas itu anda boleh turun ke lobi dan serahkan surat berkenaan kat kaunter discharge. Ha..pada saat inilah kita akan tahu brapa jumlah bil kita keseluruhannya.  So, kalau bil kita tadi, katakanlah berjumlah RM6200, contohnya, jadi total co-insurance yang perlu anda sendiri bayar dulu adalah RM620 (tetapi dengan rider baru, PRUflexi med, kalau anda ambik zero deductible, anda tak perlu bayar apa-pun dan kalau anda ambik RM300 deductible, anda hanya bayar RM300 dan semua baki bil Prudential akan bayar untuk anda).  Oleh kerana anda dah bayar deposit RM300 (waktu mula-mula masuk wad dulu), anda hanya topup RM320 sahaja bila discharge (ingat, yang ada PRUhealth, perlu topup RM320 tu dan yang ada medical card PRUflexi med, tak perlu dah).

Sekarang saya cuba kirakan manfaat yang anda dapat sepanjang check-in kat hospital.  Contoh, sekiranya anda duduk 4 hari di hospital, elaun wad yang anda perolehi daripada pelan PRUlink one; Hospital Benefit/PRUmed adalah RM250 sehari, total elaun anda adalah RM 1000 (RM250 x 4 hari).  Elaun/Manfaat/Duit ini akan dibayar dalam bentuk cek dalam masa 14 hari bekerja.  Ejen anda akan hantar check ini kepada anda. (Ingat, pada masa mula-mula masuk sehingga discharge, jgn lupa keep-in-touch dengan ejen anda kerana beliau akan membantu anda membuat semua claim yg anda layak dapat).  Duit yang anda bayar untuk co-insurance RM620 (bagi pemilik kad perubatan PRUhealth), anda akan dapat balik RM1000 (daripada manfaat elaun duduk hospital), ok lat tu kan..?? Ada untung lagi dalam RM380. Mana rugi nya kalau ada insurans? Baki kos rawatan suma dah settle..tak lah kita bertambah sakit kalau keluar hospital tengok bil tinggi..semuanya dah dibayar dan anda pula sembuh dari sakit yg dialami..Begitulah al-kisahnya.

Untuk buat claims :
*Peringatan :  Dokumen/Bil yang anda perlu serahkan kepada ejen anda untuk mereka buat claim bagi pihak anda :-

1. Resit daripada doktor/hospital sebelum masuk wad (Pre-hospitalization – 90% dari resit akan dibayar oleh Prudential bagi pemegang medical card PRUhealth)
2. Resit doktor selepas keluar hospital (Post-hospitalization – 90% dari resit akan dibayar oleh Prudential bagi pemegang medical card PRUhealth dan 100% bil dibayar sepenuhnya oleh Prudential bagi pemegang medical card PRUflexi med dengan zero deductible)
Contoh kalau jumlah didalam resit untuk (post-hospitalization) RM300, RM270 akan dibayar balik dalam bentuk check kepada client.(kepada pemilik PRUflexi med pula, deposit RM300 berkenaan akan dipulangkan semula oleh pihak hospital kepada anda.)
Adakah ini perkara ini yang anda perlu tahu? Sekarang dah jelas kan? Apa yang anda nak tunggu lagi, luangkan masa utk menilai insurans serta kad perubatan yang sesuai untuk anda berdasarkan kemampuan anda dan yang pastinya, KINI SEMUA SUDAH BOLEH MEMILIKI KAD PERUBATAN SENDIRI !!!

TAK JELAS ??? CALL / SMS 017 511 2737

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...