Sunday, 12 August 2012

Manhester City laung amaran awal ..

Manchester City melaungkan amaran awal untuk mengekalkan mahkota EPL dengan mengalahkan Chelsea 3-2 dalam perlawanan Piala Sumbangsih.

Skuad bimbingan Roberto Di Matteo mengharungi tempoh sukar susulan Branislav Ivanovic yang dibuang padang sebaik sahaja The Blues mendahului 1-0 menerusi jaringan Fernando Torres pada minit ke-40.

Separuh masa kedua menjadi perlawanan berat sebelah dengan City banyak mengaturkan gerakan berbahaya menerusi gandingan Carlos Tevez dan Sergio Aguero.

Mereka tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi sentuhan Yaya Toure selepas 13 minit perlawanan bersambung sebelum Tevez meletakkan City di depan buat pertama kali.

Samir Nasri mengukuhkah kedudukan City dengan menyambut baik hantaran Aleksandar Kolarov.

Chelsea cuba bangkit biar pun lawan mereka masih rancak melancarkan serangan dan usaha mereka akhirnya berhasil namun gol Ryan Bertrand, 10 minit sebelum perlawanan berakhir sudah terlewat untuk Chelsea menyelamatkan keadaan.

"Ia hari yang hebat buat kelab ini. Tidak kira trofi apa yang dimenangi, kami akan meraikannya.

"Untuk kad merah, saya berada jauh daripada tempat kejadian, apa yang saya boleh katakan kami sedang menguasai perlawanan.

"Namun musim ini pasti sengit kerana anda dapat lihat kualiti yang Chelsea ada. Jika kami mampu meningkatkan persembahan musim lalu, saya pasti akan berasa sungguh gembira," katanya.
sumber:: stadium Astro



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...