Sunday, 12 August 2012

Sinopsis filem Tanda Putera

Filem Tanda Putera mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr Ismail yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969. Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia mengenai penyakit leukemia yang dihadapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan negara. Mereka berdua berkongsi doktor. Bilik bacaan di rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia bagi rawatan mereka oleh Dr Macpherson, tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr Ismail sendiri.
Mereka memiliki aura yang kuat. Kecekalan dan keazaman mereka telah menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah, tenaga pengajar, Kara dan anak muda, Zaman. Tun Razak dan Tun Dr Ismail mencorakkan warna hidup warga muda seperti pelajar dan tenaga pengajar di institusi pendidikan tinggi ketika itu serta mereka yang bertugas di pejabat
Filem Tanda Putera berdasarkan kisah benar tragedi 13 Mei 1969 menampilkan Rusdi Ramli sebagai Tun Abdul Razak, Zizan Nin (Tun Dr Ismail), Faezah Elai (Tun Rahah), Linda Hashim (Toh Puan Norasyikin), Tunku Abdul Rahman (Kamarulzaman Taib), Sahee Shamsuddin (Najib Tun Razak), Razif Hashim (Johari Tun Razak), Ismaizal Yusoof (Tawfik Tun Ismail), Ali Steven Shorthose (Dr Macpherson) dan Norman Hakim (IGP Hanif).
Ia dibantu Kavita Sidhu (Kara), Riezman Khuzaimi (Sarjan Aman), Kuza (Maimon), Zaefrul Nordin (Koperal Musa), Ika Nabella (Zarah), Zoey Rahman (Johan), Ahya U (Zaman) dan Alan Yun (Allen).
Selain itu, filem sarat dengan emosi dan tragedi itu turut menampilkan pelakon undangan seperti Hasnul Rahmat (Tun Hussein Onn), Ida Nerina (Jah Steno), Sharifah Shahira (Guru Besar), Fizz Fairuz (Tan Sri Arshad Ayub), Nazril Idrus (Tun Dr Mahathir Mohamad), Khir Mohd Noor (IGP Abdul Rahman Hashim), Bell Ngasri (Datuk Harun Idris), Chew Kin Wah (Tan), Razali Hussain (Haji Ahmad Razali Mohd Ali), Douglas Lim (Leslie Cheah), Chealsia Ng (Catharine), Wong Sip Nen (bapa Allen), Nas-T (Najib Rahman) dan Aidil AF (Datuk Senu).
Filem Tanda Putera diterbitkan Pesona Pictures Sdn Bhd dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC). Ia dijangka menemui penonton bermula 13 September 2012

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...