Friday 6 June 2014

PruBSN dinobat Anugerah Institusi Takaful Terbaik

KUALA LUMPUR 5 Jun - Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) dinobatkan sebagai Institusi Takaful Terbaik daripada The Asset pada majlis penganugerahan 'Triple A Islamic Finance Awards' yang berlangsung baru baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Azim Mithani berkata, penghargaan daripada pihak antarabangsa dan tempatan yang diterima oleh syarikat itu menguatkan lagi keupayaan perniagaan mereka pada jangka masa panjang untuk mempertingkatkan penembusan pasaran bagi pelbagai tawaran takaful di negara ini.

Menurutnya, melalui usaha yang berterusan, bersama dengan pelaksanaan strategistrategi utama secara berdisiplin, PruBSN telah berjaya memberikan perlindungan kepada lebih 600,000 pemegang sijil iaitu dua peratus daripada populasi rakyat Malaysia.

Beliau berkata, pihaknya berbesar hati dan bangga di atas anugerah yang diberikan oleh The Asset terhadap PruBSN.

"Ini merupakan pencapaian yang mengagumkan buat semua yang terlibat dengan syarikat dan kami merasa amat bangga menerima penganugerahan ini daripada satu jenama yang unggul seperti The Asset,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, PruBSN sentiasa fokus dalam menjana produk dan perkhidmatan inovatif untuk para pelanggan demi pembangunan bersama.

Tambahnya, sebelum ini PruBSN turut dianugerahkan Bintang Cemerlang Institusi Takaful pada tahun 2011 dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Terbaik pada tahun lalu.

Anugerah The Asset Triple A adalah pengiktirafan terulung di Asia bagi menghargai keunggulan yang dicapai oleh institusiinstitusi kewangan dan pemimpin-pemimpin industri.

Sumber : Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...