Sunday 12 June 2016

Paris Trip - Special Chapter

BIENVENUE a Paris

Sementara tunggu waktu berbuka, boleh la tulis pengalaman Lynn dan Sue di Paris. Aku tengok kat fesbuk je lah kemeriahan diaorang kat sana. Ikut plan asal memang aku ke Paris jugak selain Manchester, tapi sebab tertentu terpaksa aku lupakan hasrat nak tengok Eifell Tower. 



Setelah hampir 18 jam dalam bas Liverpool-London-Paris , akhirnya diaorang sampai dengan selamat di Kota Paris, di sambut oleh rakan Sue yang memang menetap di sana. Berbaloi kalau ada teman atau saudara yang menetap di sana sebab boleh jimat duit hotel kan....Kat sana diaorang stay kat Vitry Sur Seine, Val De Marne 94,..mana tu...ntah la aku pun tengok kat fesbuk Sue hahaha..






Memang best la Paris, kena pulak bahang Euro 2016 yang dah mula pun bulan June ni,..bila la aku nak ke sana...kumpul duit sebulan rm200 cukup kot untuk pegi lagi 5 tahun....Shopping memang heaven la kat sana...boleh mencederakan poket. Kalau barang branded memang murah kat sana.

Pegi pasar katanya...


Hampir 5 hari jugak la diaorang kat Paris tu...puas jugak la kot, kalau aku kat sana 5 hari mau 5 stadium aku jejak..Paris St German , Lyonn , Marseille , Bordeux ..Tapi kalau team Liga France ni PSG la champion..




31hb Mei..Lynn dan Sue bergerak meninggalkan Paris untuk ke London dengan EuroStar ..keretapi laju yang memang aku teringin nak naik tapi tak kesampaian..mujur ada ETS Ipoh-KL...hehehe..Flight ke KL akan transit di Abu Dhabi jugak.



Heathrow - Abu Dhabi jam 845 malam dan mereka sampai di KLIA pada 1 Jun 2016 jam 1045 malam...maka tamat lah perjalanan mereka di Kota Paris,..aku hanya menulis untuk menutup kisah perjalanan kami bermula dari KL-London-Manchester-Liverpool-Paris-KL. Selepas ini trip Prudential akan ke Korea, tapi aku tak lepas untuk ke sana. Hanya Lynn je yang akan ke KoreakeKiteeee...pandai2lah bawak diri ye...
Memang London ni adalah pengalaman yang takkan aku lupakan, sebab impian aku dari dulu dah jadi nyata...kalau ikutkan impian aku untuk ke Jepun , England dan USA telah aku realisasikan dengan Prudential. Next StarClub ke Crotia...tapi aku tak berapa minat nak ke sana dan untuk tahun 2017 aku akan berusaha untuk ke Australia...nak tengok kanggaroo...

Ok tamat sudah,...jom kita ke bazar ramadan cari tepung pelita,..harap2 sumbu tak basah..
Jumpa lagi di siaran akan datang...Grasias








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...