Monday 4 July 2011

5 Pemain import Perak yang berjaya..


Tidak boleh dinafikan khidmat pemain import turut membantu dalam menyemarakkan arena sukan bola sepak Malaysia. Perkara ini dibuktikan apabila beberapa pemain import telah berjaya menempa nama dan jasa mereka dikenang sehingga kini oleh pemain dan peminat sukan bola sepak Perak kerana telah berjaya membantu Perak untuk memenangi pelbagai trofi dalam kancah persaingan Piala Malaysia dan juga liga.
Sehubungan dengan itu Peraknews mengimbas kembali lima pemain import yang telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap peminat pasukan Perak


LASZLO REPASI
Hanya melalui satu musim sahaja, beliau telah berjaya memenangi anugerah ‘Kasut Emas’ dan turut berjaya memenangi hati peminat pasukan bola sepak Perak. Beliau yang telah bermain di posisi penyerang dalam beberapa pasukan bola sepak di Hungary telah mengambil keputusan untuk menukar arah dengan bermain di Liga Malaysia pada tahun 1997.
Kebanyakkan jurulatih di Malaysia telah menggambarkan beliau sebagai seorang penyerang yang lengkap kerana memiliki kemahiran mantap dan pergerakan lincah beserta kejayaan yang telah dikecapi dengan menaikkan reputasi Liga Malaysia melalui prestasinya dengan pasukan negeri Perak. Repasi dijangka untuk menetap di Malaysia tetapi akhirnya beliau telah mengakhiri kerjayanya di Finland.
Kini, beliau yang berumur 44 tahun menjadi jurulatih untuk pasukan Youth Halasztelek FC tetapi pernah menzahirkan hasrat untuk kembali ke sukan bola sepak Malaysia tetapi pastinya bukan sebagai pemain.

JANOS KRESCKA
Beliau kini merupakan jurulatih pasukan Liga Super Perlis, tetapi pada tahun 90an beliau merupakan antara pemain yang digeruni dan pastinya beliau juga telah berjaya menempa nama di Malaysia. Kehebatan dan jasa Kresca dalam membantu membangunkan sukan bola sepak Perak akan tetap diingati oleh para peminat bola sepak Perak.
Beliau dikatakan telah berjaya menyesuaikan taktik permainannya dengan perlawanan di Malaysia dan pendekatan strategi yang luar biasa digunakan olehnya sememangnya disukai oleh peminat bola sepak Perak, apabila ianya berjaya membantu Perak memenangi Liga Malaysia pada tahun 1998.
Kekuatan, semangat juang dan kemahiran pertahanan yang sukar ditembusi oleh pasukan lawan yang ditonjolkan oleh beliau sepanjang perlawanan dipuji oleh pengurus-pengurus pasukan bola sepak Malaysia pada ketika itu. Selepas kerjayanya berakhir, beliau telah memulakan kerjaya sebagai seorang jurulatih. Beliau telah melatih pasukan bola sepak di Hungary dan juga Malaysia iaitu KL Plus dan kini sebagai jurulatih pasukan Liga Super Perlis.
Beliau sentiasa menegaskan bahawa Perak tetap berada pada tempat istimewa di hatinya dan membawa pelbagai kenangan yang tidak mungkin dilupakan.

 

JANG JUNG
Pemuda Korea Selatan ini merupakan pemain Korea pertama yang bermain di Liga Malaysia. Pada awalnya beliau dijual kepada Kelab Korea Lucky Goldstar Hwangso, di mana beliau telah menarik perhatian Marco Bilic dan telah menjadi rebutan pada tahun 1991.
Pembelian beliau oleh Bilic telah dipersoalkan oleh kebanyakkan peminat bola sepak pada ketika itu dan mereka mula meragui kebolehan Bilic menilai pemain.
Walaubagaimanapun, Jang Jung berjaya membuktikan beliau seorang pemain yang bagus apabila telah mengetuai pertahanan pasukan Perak dan merupakan pemain pertahanan terbaik dalam Liga Malaysia pada masa itu.
Dengan itu, beliau telah menjadi idola bagi peminat sukan bola sepak Perak. Kekuatan yang dipaparkan tidak setanding dengan tubuhnya yang kecil dan itulah merupakan salah satu ciri terbaik beliau.
Jasa beliau pada perlawanan akhir piala FA di mana Perak menentang Selangor pada tahun 1990, pastinya tidak akan dilupakan kerana beliau telah merangsang perlawanan tersebut dengan daya ketahanan yang ditunjukkan.
Kini Jang Jung telah mengembangkan sayapnya dengan menjadi jurulatih pasukan nasional Sri Lanka.

AUNG NAING
Perak bertuah kerana berjaya mendapatkan khidmat pemain import Aung Naing dari Myammar kerana pada masa itu Myammar merupakan sebuah negara yang menghasilkan banyak pemain yang berpotensi dan banyak diimport oleh pasukan-pasukan bola sepak.
Beliau tiba di Perak pada tahun 1990 dan menjadi salah satu aset pasukan Perak di mana, namanya meniti di setiap bibir peminat bola sepak Perak dalam setiap perlawanan.
Sikapnya yang sentiasa positif dan teknik kemahiran yang dimiliki ketara dilihat dalam setiap permainan dan beliau turut membantu Perak menjaringkan gol untuk mengecapi kemenangan.


KEITA MANDJOU
 Apabila Frank Seator pergi meninggalkan Perak, peminat pasukan bola sepak Perak berasa begitu kehilangan penjaring gol yang bagus dan apabila Keita Mandjou hadir untuk mengisi kekosongan tersebut ramai yang mengetahui bahawa beliau merupakan pemain yang bagus tetapi tetap mempersoalkan adakah beliau dapat menggantikan pemain Liberia tersebut.
Persoalan tersebut terjawab apabila beliau menjadi popular di kalangan peminat dan sentiasa mempunyai matlamat yang kental. Kombinasi beliau dengan Khalid Jamlus merupakan salah satu kombinasi terbaik dan banyak pertahanan dan strategi pihak lawan gagal dalam menagani serangan pasukan Perak.
Pada tahun 2005, beliau telah membantu Perak memenangi Piala FA dan sejak itu beliau sentiasa bergerak maju ke hadapan. Beliau juga sentiasa mempunyai semangat juang yang tinggi kerana beliau telah membantu rakan sepasukkannya sepanjang beliau berada di pasukan Perak.
Kekuatan, ketinggian, dan posisi kedudukkannya digunakan sepenuhnya oleh Steve Darby dan beliau hampir memenangi anugerah pemain asing terbaik pada tahun 2006. Keita Mandjou meninggalkan Perak pada tahun 2007 kerana telah ditawarkan untuk menjalani ujian berkhidmat dengan pihak Ligue 1, FC Lorient tetapi malangnya beliau telah gagal.
Sejurus selepas kegagalan tersebut, beliau telah ke Amerika Utara kerana telah dibeli oleh Portland Timber. Kini beliau masih menabur khidmat bermain untuk India, Pune FC dan apa yang mengagumkan ialah beliau masih boleh beraksi cemerlang walaupun pada usia 36 tahun.
Dengan keputusan FAM untuk membenarkan kembali penyertaan pemain import di harap dapat melahirkan lagi para pemain yang dapat mewarnai lagi pertandingan bolasepak negara ini.
Sumber dari :: Perak News dan www.yob4ever.com

DAPATKAN KAD PERUBATAN DARI PRUDENTIAL.PELAN 3 DALAM 1 YANG KOMPREHENSIF

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...