NORSHAHRUL Idlan Talaha membuktikan bisanya apabila menyumbat dua gol untuk membantu Kelantan mengukir sejarah menjulang trofi Liga Super buat julung kali dengan menundukkan Sabah 2-1 di Stadium Likas, malam tadi.
“Kejayaan ini memberi motivasi terbaik buat kami untuk menghadapi misi mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia selepas ini,” kata pengendali Kelantan, Datuk M Karathu. “Pada awalnya memang situasi agak tertekan, tetapi gol pembukaan Norshahrul sedikit meredakan tekanan.
“Pemain mengikut strategi yang diarahkan dengan baik dan keupayaan barisan tengah mengawal bola sepanjang permainan memainkan peranan dalam kejayaan malam ini.”
Kejayaan skuad Karathu itu menyaksikan mereka menjadi pasukan keenam selepas Pahang (2004), Perlis (2005), Negeri Sembilan (2006), Kedah (2007 dan 2008) dan Selangor (2009 dan 2010) menjulangnya.
Lebih manis, ia adalah trofi kedua dalam koleksi The Red Warriors musim ini selepas memenangi perlawanan sumbangsih Piala Sultan Ahmad Shah dengan menewaskan Selangor 2-0, selain mengubati kedukaan tewas kepada Terengganu 2-1 dalam final Piala FA.
Turun dengan hanya perlukan keputusan seri, Kelantan hanya mengambil masa lima minit sebaik bermula bagi meredakan tekanan tinggi perlawanan itu apabila Norshahrul menembusi gawang dikawal Azizon Abdul Kadir.

Gol berpunca daripada lontaran Daudsu Jamaluddin yang gagal dikeluarkan benteng Sabah sebelum Norshahrul yang baru pulang daripada tugasan bersama skuad kebangsaan di Taiwan, mudah menolak masuk untuk gol ke-17 musim ini.
Penyerang mesra dikenali Mat Yo itu mengulangi sentuhan pemusnahnya di babak kedua apabila melambung cantik untuk memperdayakan Azizon pada minit ke-71, sebelum Razlan Oto merapatkan kedudukan buat tuan rumah lima minit kemudian.
Semetara itu di Stadium Perak , Selangor tercicir ke tangga ke3 liga selepas gagal membolosi gawang yang dikawal ketat penjaga gol Nasril Nourdin dan hanya mampu mengumpul 51 mata , 1 mata di belakang Terengganu
No comments:
Post a Comment