Thursday 7 July 2011

Pengurus Pasukan Perak letak jawatan....

Pengurus Pasukan, Khairul Azwan bin Harun mengambil keputusan nekad meletak jawatan tersebut apabila Perak gagal berada dalam kelompok lima pasukan terbaik Liga Super musim ini.
Khairul Azwan beranggapan beliau gagal membimbing skuad Seladang untuk berada dalam kelompok tersebut.
“Kedudukan Perak di tangga keenam pada akhir saingan Liga Super 2011 ini masih tidak memadai dan saya mengambil keputusan melepaskan jawatan tersebut,” jelas Khairul Azwan dalam kenyataan akhbar Persatuan Bola Sepak Perak ( Pafa ) yang
bertajuk “MAAFKAN SAYA”….
“Seseorang perlu bertanggungjawab atas kegagalan ini,” tegasnya.
Perak menamatkan musim 2011 dengan catatan seri 0 – 0 bersama Selangor di Stadium Perak, Ipoh malam kelmarin.


Keputusan itu meletakkan Perak di tangga keenam liga dengan mengumpul 40 mata apabila mencatat sepuluh kemenangan, seri dalam sepuluh perlawanan dan kalah enam perlawanan.
Beliau tetap bersyukur dapat membawa Perak ke tangga keenam liga berbanding tangga kesebelas liga pada musim lalu.
“Namun secara peribadi, ianya sedikit tersasar daripada matlamat yang telah saya tetapkan,” tambahnya.
Beliau turut menyatakan bahawa tugas pengurusan pasukan akan disandang sementara waktu oleh penolong pengurus, Ahmad Shahrul Azhar bagi menghadapi saingan Piala Malaysia yang akan datang.
Katanya, Ahmad Shahrul akan bertanggungjawab untuk membuat laporan secara berkala kepada Jawatankuasa Pengurusan Liga Super Pafa.
Selain itu, Khairul Azwan menyatakan bahawa barisan jurulatih yang diketuai oleh Norizan Bakar dan para pemain yang sedia ada dikekalkan.
“Walaupun saya tidak menguruskan pasukan Perak tetapi khidmat saya tetap diteruskan terutamanya dari aspek pengurusan kewangan, pemantauan pasukan serta pembangunan bolasepak demi memartabatkan sukan bolasepak di negeri ini,” tegasnya.
Beliau yang juga Bendahari Kehormat PAFA berkata, Perak sedang merangka persiapan awal untuk membawa masuk beberapa orang pemain baru secara pinjaman bagi memperkuatkan skuad Seladang bagi menghadapi saingan Piala Malaysia kelak.
Khairul Azwan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak terutamanya peminat setia skuad Seladang yang tidak henti-henti memberikan sokongan
Sumber dari :: Perak News

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...