Saturday 6 August 2011

Mr Bean nyaris maut

Aktor Rowan Atkinson nyaris maut apabila kereta mewah yang dipandunya terbabas.Kereta McLaren F1 yang berharga 650,000 pound atau  RM3.2 juta berpusing beberapa kali sebelum merempuh pokok tanda tanda jalan sebelum terbabas ke jalan yang bertentangan dan terbakar.


Bintang Mr Bean yang berusia 56 tahun berjaya keluar dari keretanya dan dibantu oleh pengguna jalanraya yang ada di situ sehingga bantuan kecemasan tiba di jalan A605 di Hoddon dekat Peterborough di Cambridgeshire kira-kira jam 7.30 malam.Anggota bomba mengawal kebakaran dan keadaan Rowan Atkinson dikatakan beransur pulih.
Ini buka kali pertama aktor tersebut terlibat dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan kereta mewah yang boleh memecut sehingga 0-60bsj dalam masa 3 saat.Kereta tersebut dibeli setelah filem Mr Bean berjaya di pawagam.Pada 1999 setahun selepas itu dia terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah Rover Metro di Lancashire.Rowan memang meminati kelajuan dan suka bertukar kereta dan memiliki sebuah Aston Martin Virage berharga 125,000 pound ( RM 613,319 ) , Rools-Royce Vintaj dan Morris Traveller yang biasa dipandu di sekitar kampung Oxforshire berdekatan dengan rumahnya yang berharga 1 juta pound.

Dapatkan pelan kemalangan dari Prudential...

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...