Tanpa lima tonggak yang digantung tujuh perlawanan, Perak membuktikan ia bukan penghalang apabila sudah sebelah kaki untuk suku akhir Piala Malaysia selepas mengalahkan Sabah 2-1 di Stadium Perak, semalam.
Perak hanya memerlukan satu mata dalam dua perlawanan terakhir untuk ke pusingan kalah mati hasil gol Fazrul Hazrul Mohd. Kadri (minit keempat) dan penalti Mohd. Failee Mohd. Ghazali (minit ke-46) pada aksi di Stadium Perak semalam.
Gol tunggal Sabah dijaringkan Shahrul Azhar Ture pada minit ketujuh untuk skuad Badak kekal di tangga kedua dengan tujuh mata.
Perak akan bertandang ke gelanggang lawan untuk baki 2 perlawanan seterusnya dengan menentang Kedah dan Johor.
No comments:
Post a Comment