Tuesday, 29 November 2011

Asal Usul Bandar Tapah

Tapah adalah sebuah bandar yang terletak di selatan Negeri Perak yang terkenal kerana kedudukannya di kaki bukit banjaran Gunung Titiwangsa. Ramai pelancong dari dalam dan luar negeri yang berkunjung ke Cameron Highlands pasti akan lalu dan berhenti rehat di bandar ini.

Selain daripada menjadi ibu daerah Batang Padang, Tapah adalah bandar yang terkanan sekali di daerah ini. Ketua-ketua jabatan didaerah ini adalah beribu pejabat di bandar ini. Batang Padang mengandungi enam buah mukim iaitu Mukim Chenderiang, Mukim Batang Padang, Mukim Bidor, Mukim Sungkai, Mukim Slim dan Mukim Ulu Bernam.

... Sungai Batang Padang yang mengalir di tengah-tengah bandar Tapah telah memainkan peranan yang penting dalam sejarah bandar ini. Bahkan pada zaman sebelum bandar Tapah ini wujud, tempat ini dipanggil Batang Padang sahaja bersempena dengan nama sungai ini.

Pada masa pemerintahan Sultan Mukkaddam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah (Sultan Perak yang keenam, 1603-1619), ada seorang Dato’ tinggal di sebatang anak sungai Batang Padang ini. Dato’ itu telah memberi nasihat kepada Dato’ Bendahara Garang, dalam usaha dan ikhtiarnya untuk membawa pulang Puteri Limau Purut dari luar negeri.Kerana jasa-jasa, Dato’ itu telah digelar Toh Tua Sakti.

Pada zaman itu termasya permainan menyabung ayam sangat disukai ramai. Di setiap gelanggang penuh sesah dengan para hadirin dari golongan raja dan rakyat yang berjudi dengan cara tersebut. Dalam satu termasya seperti itu, Tok Tua Sakti telah tewas telah tewas dan habis kampung halamanya tergadai. Tok Tua Sakti sangat menyesal lalu bertaubat.

Pada malam itu, Tok Tua Sakti telah bermimpi. Dalam mimpi itu menyatakan pada esoknya seekor Ikan Tapah sebesar manusia akan terdampar diatas pasir dikuala anak sungai itu. Didalam perutnya akan terdapat beberapa keping emas yang akan menolong Dato’ itu. Dato’ itu hendaklah membelah perut ikan itu dengan menggunakan sembilu buluh dan menjahitnya semula menggunakan sundang lalang sebagai jarum dan ijok kabung sebagai benang.

Sebagaimana yang dikatakan didalam mimpi itu telah dilaksanakan oleh Dato’ tersebut. Kerana mengingati jasa baik Ikan Tapah itu, maka Ikan Tapah telah menjadi pantangan kepada Tok Tua Sakti dan keturunannya buat selama-lamanya. Anak sungai di kampung Dato’ itu yang mengalir masuk ke sungai Batang Padang telah dinamakan Sungai Tapah. Toh Tua Sakti dan Keturunannya adalah pasak Tapah ini. Bersempena dengan peristiwa tersebut, bandar ini telah dikenali sebagai Bandar Tapah..
See More

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...