Sedari mula aku mula mengarah hinggalah ke hari aku merasakan letihnya mengarah, dunia perfileman adalah alam yang aku sanjung dan sayang. Segala perhal kepentingan dunia ini aku tampung dan ampu bagai mendokong anak bongsu puteri bunian. Aku mahu dunia perfileman melayu harus megah dan disanjungi pembikinannya. Aku mahu filem dan drama melayu tinggi martabat sumbangannya pada bangsa dan negara.
Bukan aku seorang. Ramai pengarah-pengarah yang lain mempunyai niat dan rasa tanggungjawab yang sama di dalam pembikinan sesebuah karya itu. Filem-filem Uwei Hj Shaari memperceritakan budaya Melayu dalam setiap adaptasi penceritaannya. Erma dengan persoalan berat wanita melayunya. Aziz m osman juga di dlam filem terbaru Azura nya mengangkat budaya melayu hingga membuat penggambaran ke luar negara. Soal bangsa adalah keramat besar kami kerana itu adalah akar yang mencengkam bumi menahan langit yang dijunjung.
Boleh baca sini.. tempurungpecah.blogspot.com
No comments:
Post a Comment