Friday 31 August 2012

Pengecualian Umum ... sebab tu Insuran tak cover


Pengecualian ini terdapat 2 bahagian.
A. Pengecualian Umum (General Exclusion)
Pengecualian yang dikenakan oleh semua orang yang ambil polisi sama ada lelaki, atau perempuan, sihat atau sakit. Contoh, pengecualian tuntutan akibat apa-apa yang berkaitan dengan bersalin, ibu mengandung, keguguran bayi, komplikasi akibat mengandung dan sebagainya…(kecuali polisi tersebut memang ada perlindungan khas seperti Takaful Puteri dari PRUBSN Takaful atau PRUessential lady dari PAMB).
Contoh pengecualian umum :
1. Kecederaan diri yang disengajakan.
2. Peperangan, penglibatan secara langsung dalam rusuhan, mogok atau kekacauan awam.
3. Kehamilan, melahirkan anak, keguguran atau pengguguran janin.
4. Rawatan pergigian melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit yang melibatkan pembedahan oral.
5. Sebarang pembedahan elektif, pembedahan kosmetik atau plastik (melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit).
6. Kemasukan ke hospital yang tujuan utamanya ialah untuk penyiasatan, diagnosis, pemeriksaan Xray, pemeriksaan fi zikal am atau pemeriksaan kesihatan rutin; rawatan khusus untuk mengurangkan atau menambahkan berat badan; pemulihan, penjagaan atau rehat pulih.
7. AIDS, kewujudan sebarang jangkitan HIV atau penyakit yang disebarkan melalui hubungan seks.
8. Perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan perubatan.
9. Penyakit otak, penyakit jiwa, penyalahgunaan/ketagihan arak atau bahan.
10. Ketidaksuburan, pencegahan hamil, pemandulan, kecacatan kelahiran, kecacatan kongenital, berkhatan.
11. Sukan professional, sebarang jenis perlumbaan, selam skuba, aktiviti sukan udara dan sebarang aktiviti atau sukan berbahaya lain.
12. Sebarang pelanggaran atau percubaan untuk melanggar undang-undang atau menentang daripada ditahan.
13. Penyakit-penyakit tertentu berikut bagi 120 hari pertama perlindungan. Sila rujuk senarai penyakit spesifik seperti di bawah.

B. Pengecualian Khusus (Specific Exclusion)
Pengecualian jenis ini adalah dikenakan oleh individu tertentu yang biasanya telah mengidap penyakit tersebut sebelum mengambil polisi insurance/takaful atau dinamakan “Pre-Existing Condition”
Contoh, individu tersebut telah menjalani rawatan membuang ketumbuhan (cyst) pada bahagian tumbuh beliau dan apabila beliau mengambil polisi, ada kemungkinan apa-apa penyakit yang berlaku akibat cyst sama ada secara langsung atau tidak, tidak akan dilindungi. Sedangkan, bagi individu yang sihat semasa mereka mengambil polisi dan penyakit itu berlaku selepas daripada polisi berkuatkuasa, ia akan dilindungi.

Nasihat saya .... kalau dapat polisi dokumen dari mana2 pengendali Insuran / Takaful ..baik baca elok2..kalau tak faham boleh tanya pada Agen yang berdaftar .. Jangan dok percaya bulat2 apa yang agen tu cakap.
Kalau belum ada Polisi dari Prudential / PruBSN boleh hubungi saya..
Khairul Khamis
Prudential Wealth Planner 017 5112737

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...