Friday, 3 June 2016

London Trip - Chapter 5

FREE & EASY - WEMBLEY-ARSENAL

Hari ni masuk hari keempat aku kat London. Aktiviti harini free & easy ataupun hari buat la apa korang nak buat..
Aku memang plan nak ke Stadium Wembley hari ni memandagkan aku terlepas nak ke Wembley masa Final Emirates FA Cup ( Man Utd vs Crystal Palace ) pada hari kedua aritu. Plan asal ke sana dengan geng stadium ..Poknik , Kong , Zaki dan Hanip. Macam biasa lah aku pun ajak la sekali Lynn dengan Sue join sama. Masa tu pun diaorang mungkin takde plan lain atau pun terpaksa follow aku...Kiranya aku berjaya la hasut depa ikut aku..Paksa rela namanya hahahaha...



Jam 9 pagi start bergerak , tapi memandangkan puteri-puteri kayangan ni lambat siap maka aku terpaksa gerak lewat. 

PokNik & geng gerak dulu dan janji jumpa di Wembley. Selesai sarapan kat hotel kami mula bergerak. Destinasi pertama mencari Underground Station untuk ke Wembley. Kat London ni public transport dia memang efisien. Senang nak bergerak dari titik A ke B. Korang boleh beli Oyster Card dalam GBP5 je pastu topup kalau nak guna. Macam touch & go la,atau boleh beli Travelcard. Ni guna untuk sehari suntuk , kalau Oyster Card boleh guna bila-bila masa. Jadi kami amik Travelcard je dengan harga GBP12 untuk laluan zon 1-6. Kira satu London boleh pegi.


Tube Map ni banyak membantu

Start dati stesen Edgware Road kami terus amik Tube Metropolitan Line untuk ke Wembley Park Station. Perjalanan tak sampai setengah jam pun.Sampai Wembley Park, turun je dah nampak Stadium Wembley depan mata. Exited beb, biasa dok tengok Stadium Bukit Jalil je haha...Exited punya pasal sampai je tak boleh masuk kawasan stadium, polis dok merata-rata tempat, tak tau pasal apa. Kami pun dilencongkan ke dalam library. Seb baik ada wifi free kat situ. Nak keluar memang tak boleh sebab polis tu kata dalam sejam setengah baru selesai...Jammed, PokNik & geng pulak kat area Designer Outlet.







Pandai jugak Lynn ni guna GoPro....
Ok, boleh keluar library ..sempat la ronda dalam kawasan stadium sambil berGoPro. Sue dengan Lynn redho je la sebab kena ikut aku. Lepas acara bergambar, kami amik keputusan patah balik ke Central London, sebab gagal hubungi PokNik. Kami berpisah di sini.
Aku dah sampai Wembley oiiiii

Kali ni aku pulak kena follow agenda Lynn dan Sue iaitu Sopping...ahahhh....kita ke Oxford Road untuk sessi terapi minda dan poket. Amik Tube berenti kat Baker Street.



Sampai Oxford Road , Lynn pulak kasut dia jahanam..kena beli kasut baru kalau tak jalan kaki ayam la...cari paling murah kat H&M dapat la rege GBP12 kalau tak silap. mahai gila..tak lawa pulak tu kihkih





Next...pi Primark outlet, fuh..sini memang boleh mencederakan poket..murah baju dia. Kalau baju budak tu GBP1.5 je..kaut tak ingat la...bila nak bayar GBP25 ..amik kau..
Lynn pun lebih kurang jugak la..cuma Sue je tak sopping sebab tak berapa sihat kot.
Ok abis duit kat Primark dah, perut dah lapor..mana nak cari kedai makan halal ni. Nampak McD je...boleh la makan beger ikan dengan Fries. Best jugak makan fries dengan serunding kan..sebab cari cili sos tak jumpa...licin jugak la sebab lapor punya pasal.
Dah kenyang kan...sekarang giliran Lynn dengan Sue pulak kena ikut aku ...haaaa nampak tak game aku macamana..kali ni kita ke Emirates Stadium , Arsenal





Masuk Underground amik Tube dari Baker Street dan tukar Tube kat Green Park dan terus menghala ke Arsenal...Finally sampai jugak aku kat Arsenal. Dari stesen tu jalan kaki 5 minit dah sampai stadium. 


Ada orang tak...nak tumpang toilet boleh
Teman dah sampai Arsenal oiii
Tak sangka beb, kawasan stadium bersih je, tak la besar sangat stadium ni. Lynn pulak dari tadi dok mencari toilet, sebab kat station memang takde toilet..wat the fishhh..camane depa ni 'throw small water' ni. Kat stadium pun tak jumpa, maybe sebab dah tutup kot.
Boleh slim dok London ni..banyak jalan kaki




Ok ..bertenang dan cari jalan...tak jumpa jugak last-last kami patah balik ke hotel. Tu je toilet yang aku nampak ...sepanjang dalam Tube gelisah tak tentu arah dah...cis!!! apa da ..tak mesra toilet sungguh
Jam 7 malam sampai hotel, Lynn dah selesai hajat dia, Sue pun dah penat jadi depa terus masuk bilik berehat. Aku ?? macam biasa ada lagi urusan tak selesai..ROCK SHOP laa
Kebetulan jumpa Wan Melaka kat lobi dan dia dengan kawan-kawan dia pun nak ke Hard Rock...Cantekkk ada geng ..Masuk underground dari Edgware Road menghala ke St James Park Station, dari sana jalan kaki dalam 5 minit ke Hard Rock.



Abis beli terus belah, Wan pulak nak ke Primark, aku tak follow dah sebab jahanam kalau ke sana nanti..Aku balik solo naik taxi sebab dah penat nak berjalan, kena GBP6 je...ok la kan...Sampai hotel perut lapor , sempat la pau Maggi goreng kat bilik Lynn. Masuk bilik tengok Zaki tak sampai lagi...
Makan maggi goreng dengan hot choclate memang ohsem dunia ni hahahaha....Terima kasih lah Lynn dengan Sue sebab sudi follow aku hari ni. Menyesal dak ? hahahahaha

Ok chapter 5 dah abis , esok chek-out hotel dan balik Malaysia , tapi aku dengan kawan-kawan tak balik lagi sebab ada task belum selesai...apa task tu ? tunggu chapter 6 lah...

OK gracias amigos ....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...